Wednesday, February 20, 2013

Ke Kuala Lumpur ....


16 Feb - Kami nak ke KL hari ni hehehehehehe ..... janggallak rasa cakap cam tu.  Maklumlah dah 18 tahun dok KL.  Sejak jadi orang Selangor, jarang ke KL.  So hari ni kami akan ke Sentul, Kuala Lumpur,  Hafiz anak arwah Kak Normah kawin.  Kak cik pun anak dah nak masuk 3.  Ros dah kawin baru.  Jabar pun dah kerja.  Sedih juga aku tengok kenduri kali ni, hanya anak-anak kak normah dan mak bapa saudara ja. Hafiz kawin orang Kelantan.
Kak Normah adalah pengasuh haziq, danial dan anje.  Budak2 ni mmg rapat ngan family arwah. 
Selamat pengantin baru (jabar jadi pengapit)
Ingat lagi masa arwah meninggal, Haziq tengah ambik PMR.  sehari lepas tu mak kak normah pulak meninggal dan 2 minggu selepas tu ayahnya pulak meninggal.  Kak Normah mmg sgt rapat ngan ibu bapanya.  Tinggal Maksu yg la ni dok sekali ngan kak cik.  Sebahagian besar family kak normah aku kenal.
Sekejap ja masa berlalu ...dulu masa mula kenal kak normah, anak2 dia sekolah lagi, Jabar masih belum sekolah, sekarang semua dah besar.

Balik dari kenduri tu, kami singgah rumah lama. Saja budak2 nak tengok.  Mmg sesak sgt2 kawasan tu sekarang.  Pokok belimbing dan kari yg abah tanam masih ada.  terfikir gak, cam mana la aku boleh dok situ dulu, mmg padat kawasannya tapi 10 tahun juga lah dok situ.






On the way balik, kami singgah kubur mak di Tanah perkuburan Cheras Baru.  Dah lama tak jengok kubur mak, apa lagi bila dah dok jauh.  Teringat kata2 orang yg jaga kubur dulu.  "Manusia akan terasa miskinnya kasih sayang bila mak dan bapa tak ada lagi".  Tak kiralah setua mana pun kita, kita tetapkan perlukan 'Mak' dalam hidup kita.   Al-Fatihah untuk mak.




Oh ya ... hari ni Hafiz anak Abg Nan bertunang di Trengganu ...  mmg tak disangka, semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

No comments: