Tiba2 je tercuti2 Malaysia pulak ....
Alkisahnya Jumaat 8 Mac, kami balik nogori, sebab esoknya ada kenduri kat rumah sedara mara sebelah abah kat Palong. so sebab dah lama tak bermalam kat kg, kami dan family abg ngah balik kg dan bermalam kat rumah mak.
Cuma aku, abah, anje dan ayang saja yang balik. Amok ada tuisyen dan training bola.
Hari Sabtu, lepas kenduri, kami terus ke Kuantan. Abang Nan dah beberapa hari kat hospital kuantan, di transfer dari hospital Pekan. Kami sampai dah hampir jam 5. Kak mie ajak tidur Pekan tapi mmmm jauh la pulak. Ana pulak blk rumah mertua, so kami decide cari hotel ja lah. Lagi pun kak mie dan hafiz tidur kat hospital.
Alang2 dah sampai Kuantan, budak2 nak cari hotel kat tepi pandai, so kami merayau kat Balok, dah gelap juga waktu tu, ingat nak cari chalet tapi dek cuaca dah gelap, kami tuju hotel yg nampak saja lah. So kami bermalam kat De Rhu Resort. ok juga tempatnya.
Mlmnya keluar makan kat tepi pantai, bestnya ... lama betul tak lepak tepi pantai macam ni ... 2 anak dara ni yg paling enjoy. Esoknya pun pagi2 lepas breakfast, dia org dah tergedik2 nak ke pantai, pas tu mandi kolam pulak, maklumlah sejak pindah sepang tak jumpa kolam, kalau tak hari2 terjun kolam .... mmm ni melawat org sakit ke @ nak bercuti ....
Lepas check out, gi makan kat Tg Lumpur, then terus ke hospital semula. Dalam kul 4 kami bergerak balik Sepang. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
Sampai rumah, ada sikit yg berbeza. ada kesan tanah terbakar, dapur aku kemas tapi susun atur barang berubah2. mmg amok ada cakap yg kawannya tidur kat rumah. Lepas aku soal2 amok, baru dia cakap, rupanya mlm semalam depa dok berkumpul buat bbq. bertuah punya budak. 12 org kawan2 dia dok berkumpul kat rumah sambil makan2, bakar ayam. sakan betul anak bujang sorang ni.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment