Sabtu, kami tengok wayang, apa lagi hantu kak limah2 la. Lama tak tengok wayang. Dah lama budak2 ajak tengok wayang, tp semua cite aku tak suka. Cite kak limah je yg boleh pi .... enjoy gak ceritanya, cuma kalau ada johan, ac mizal dan qeu haidar mesti lg best ....
Malam Sabtu Haziq balik cuti seminggu, hilang rindu kat anak teruna ni ...
Ahad mlm kakak dan husband datang dari Sg Petani, semestinya nak shopping ke Nilai untuk barang2 kenduri Along. So esoknya kami bershopping sakan. Dah lama tak merayap, sampai lenguh kaki semua. Penuh kereta ngan barang2 pengantin. Mlmnya kakak ke KL jumpa Along, tidur KL dan balik esoknya.
Ayam Golek home made semestinya utk Haziq. |
Balik dari main bowling, ajak abah je Giant Nilai. Haziq nak ke kedai buku menghabiskan voucher buku. Aku nak beli barang kat Giant. Amok tak ikut sebab nak pi tukar tiub motor. lepas beli barang, abah cakap jom gi makan terus lah. So kami pi pekena burger bakar. Aku call amok, nak tapaukan utk dia. Terkejut dengar dia ckp dia jatuh motor. Jatuh sorang2 kat selekoh langgar pasir. Tapi dia ckp tak teruk. So kami pun makan ler dengan seronoknya. Baliknya haaaa terkejut aku anak aku cam tu. Bnyk gak lukanya. Nak bawa ke klinik, dia tak nak. So aku sapu gamat gel saja. Esok dia sibuk nak pi sekolah juga. Tapi kul 10, cikgu dah call soh ambik dia balik. Kena juga gi klinik. Aku bawa ke klinik panel, bertampal2 lah juga.
Amok lepas jatuh motor. |
Masa dia jatuh sib baik kawan dia nampak sebab jalan situ agak sunyi ... apa pun Alhamdullilah, keadaannya ok.
No comments:
Post a Comment