Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Alhamdullilah diberikan rezeki dan umur yang panjang oleh Allah untuk aku terus beraya lagi tahun ini.

Walaupun azam raya tak kesampaian hehehehe azam nak control makan tapi raya tahun ni tetap meriah.
Kami sekeluarga balik ke Gemas pada hari Jumaat 17 Ogos 2012, seperti biasa kami akan sampai awal. Ngemas rumah sikit then ke pekan Gemas membeli barang2 dapur. Mlmnya berbuka di rumah ibu.

Encik dan Mak Tam sampai dalam kul 10.  Seronok budak2 jumpa sepupu sepapat dia org.  Lupa lak, kedatangan kami disambut Pak Cu, yg dah sedia dok ngemas rumah.  Rupanya pakcu nak beraya di rumah kg juga setelah 4-5 tahun tak mau beraya sekali ngan adik beradiknya.  Alkisahnya Makcu bergaduh ngan maknya .... mmmm no komen, kalau dah ngan mak sendiri buat musuh.  dia datang mlm masa aku dah zzzz, so bila anje kejutkan aku, aku cakap esok sajalah aku jumpa dia sbb aku pun dah kepenatan.

Sabtu mulalah acara memenatkan, persiapan raya.  Buat lemang, rendang daging 5 kilo, rendang ayam kampung 2 ekor utk berbuka. ketupat daun kelapa, kuah kacang, tulang masak lemak, sup tulang 9 kilo haaaaaaa jenuh kena darah tinggi.  Leganya sebab semua kerja siap awal.

Masa takbir, aku goreng makaroni dan nugget.  Haziq dan Danial pun ikut serta bertakbir ke rumah org tapi tak habislah. Raya berjalan lancar, pagi raya semua bangun awal siapkan utk breakfast, si makcu rupanya dah mula buat hal. Hari Raya, dekat kul 8 baru bangun.  konon mlm tak lena .... agaknya dulu dok bersumpah tak nak jejak rumah kg lg sbb tu tak leh lena. tengahari masak nasi, grg ayam dan kari ikan masin.  muak pulak makan pulut ja. Ptg raya beraya ke rumah ibu ngan family Mak Tam.  Encik ke Rembau dan makcu/pakcu tak pergi kononnya nak kemas rumah.  mmmm kemas apanya rupanya dok masak nasi sepot, makan 2 laki bini, dapur selerak mcm tu lah. Dgn kata lain sepanjang dia kat kg macam fresh & white (kata pak uda). hehehe mcm beruang kutub F&W tu. Asyik melepak kat atas rumah, baring tongkat kepala ...

Rupanya mlm tu ada adengan drama kul 2 pagi, aku ngan abahnya dah lena kat bilik bawah.  budak2 masih riuh kat atas. encik dan mak tam kat bilik bawah gak. Pakcu balik kul 2, tengok makcu kelam kabut sorokkan telefon bwh bantal, rupanya ada pakwe org kl, hehehehehe nak gelak juga aku.  kalau umur 20an mungkin la, ni dah hujung 30, badan lak, kecik sikit dr tong drum.  So pakcu dah campak tel ke lantai sampai budak2 yg riuh rendah kat atas tiba2 senyap sunyi terkejut.  bak kata Bariq, silent.  bdk2 tak berani bg tau encik sbb ira anak pakcu tak kasi.  kelakarnya si anje pun silent juga, selalunya dia yg kipoci lebih.  mlm tu juga 2 laki bini balik rumah, sbb makcu nak selesaikan hal dia org kat rumah.  so ira dah risau, baru dia inform encik.  terpaksalah encik dan maktam ke rumah dia org.  kata encik, makcu dah mcm kena histeria dan admit dia ada kawan ngan org KL, ada keta .... ntah mcm2.  sendiri mau ingatlah ... malas aku nak komen.  ada ke org betul2 nak kan kita, apa lagi dah beranak pinak ... sayang takat mana sgt lah,  main2 boleh ... sampai masanya bye2 lah ...

ingatkan kena hentak ngan pakcu, rupanya tidak. bila dah balik semula ke rumah kg.  aku nampak pakcu yg mcm dicucuk hidung, dia yg mcm mengampu bininya.  dgn kata lain meluat aku tengok.  beli air bawa masuk bilik, ambikkan gelas bawa ke bilik.  takut bini gemok mengamuk ka hahahaha dan dalam firasat aku ada sesuatu yg makcu pakai, so aku start baca ayat2 yg abg jai pernah ajar, sentiasa baca.  then pakcu ngadu kat encik yg makcu tak sihat, badannya panas.  dia ckp jantan kl yg dia kawan bomohkan dia sbb marah bila pakcu dah tau ....  bangang punya statement.  baru kenai 2 bulan, dia ingat jantan anak 5 tu heran sgt dia nak gaduh laki bini.  aku tak pasti samada ayat 2 yg aku baca buatkan dia kepanasan @ sebab sumpah dia dulu tak nak balik rumah mak.  Allah yg maha tahu.  Pokoknya aku mmg betul2 meluat tahap gaban.  Bayangkan aku dan encik pulun masak dan masak dan masak utk semua makan.  dia boleh jadi f&w.  turun makan ja .... hampeh ... mmg hampeh betullah. Sib baik la mak uda balik raya ke 2, lega ku.  mak uda rajin mengemas.

Apapun raya tetap best.  raya ke 2 kami masak nasi butter, ayam merah, kari kepala ikan dan acar.  tetiba ramai pulak tetamu yg datang.  raya ke 3 mlmnya kami buat bbq kambing panggang.  Bang ngah sefamili dan ibu sefamily pun balik.  mmg meriah .....
pas habis acara makcu dan pakcu balik rumah.  aku salam cam tu jelah, tak cakap apa2.  nak demamlah, panas badan lah mmmmm sendiri mau ingatlah.

Raya ke-4 kami mengemas rumah dan semua balik ke destinasi masing.  on the way balik singgah rumah abg ngah, lunch, then ke rautau rumah sedara mara abahnya ...
mlm sampai rumah mmmmm bestnya.  kat KL sejuk siang mlm, kat kg, mlm je sejuk, siang berbahang ....


Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya

Ramadhan kali ni mmg rasa kurang seronok sbb aku terpaksa menggantikan puas selama 13 hari .... mmg hari ini dalam sejarah betul.  Buatkan aku tension, pesallah jadi cam ni, tak boleh nak hayati ramadhan langgung .  dah la hadirnya tengah hingga hujung puasa .....

Apapun Selamat Hari Raya ....

Rawatan Gigi Siri 2

Apa nak cakap yeeee .... kelasifikasi sebagai hampehhhhh kot.
tu yg boleh aku cakap masa pi klinik pergigian hukm kat Jln Raja Muda pada 6 Ogos 2012.

dah la jauhhhhhhh ... masa pi dpt jumpa doktor.  sah2 sebelah kanan dah nampak bengkak dan sesekali bengkaknya berdengut.  Doktor cakap - sekarang awak tak sakit kan.  Aku jawab - sakit doktor.
Pas tu doktor ckp gigi yg ada masalah sebelah kiri bawah (no 36), berdasarkan surat dari doktor hukm,  Aku jawab - sebelah kanan bawah.  Lepas cek rupanya no 46.  Aku tak tau doktor sebab aku bukan doktor gigi.  kalau aku doktor gigi aku rawat sendiri gigi aku.

then soh x-ray gigi lagi .... hasilnya doktor cakap saraf gigi dah mati.  dia tanya aku, awak nak buat apa sekarang, cabut @ rawatan akar.  aku tanya - apa cadangan doktor.  Dia cakap buat rawatan akar tapi kena ambik appoiment 6 - 12 bulan @ boleh cecah 2 thn.  Aku tanya lagi - apa rawatan yg cepat dan aku tak akan rasa sakit lg.  Dia jawab - cabut.  Aku cakap - doktor cabut sajalah gigi saya.  Saya dah tak nak tanggung rasa sakit ni.
Jawab doktor - cabut kami tak buat bulan 8, bulan 9 baru boleh cabut .

Aku diam  ... diam ... diam. boleh tak aku nak cakap cam ni - bangang punya doktor, bangang punya peraturan.  tapi aku diammmmmm lg.  Doktor tanya - awak nak apa sekarang.  kepala aku terus terbayang klinik gigi yg biasa aku pi.  So aku cakap saya nak cabut di klinik lagi, si nurse kasi aku senarai klinik kerajaan.  OMG ! dan 1 resit utk ambik ubat.  So aku dibekalkan dgn ubat tahan sakit. I just say thank you and walk away ......

Balik aku terus ke klinik gigi u-smile.  Sebab sebelah kiri bawah dah kurang gigi, so sebelah kanan bawah doktor salmaah suggest buat root canal treatment - RCT (rawatan akar).  Aku cakap dgn doktor - Doktor buatlah apa yg doktor fikir baik sebab aku tak nak tanggung sakit gigi lagi.  So aku terus buat rawatan RCT pertama (dr 3 siri rawatan).  terus lega ....

Hujung minggunya aku buat rawatan ke-2 dan akan disusuli dgn rawatan ke 3 selepas raya.  Dan yg pentingnya masalah sebulan lebih gigi aku dah berakhir dan aku sanggup bayar rm500 utk RCT.  Akan disusuli dgn menampal crown yg akan melibatkan kos rm700.  mmmmm puas hati aku.  Doktor Salmaah explain detail apa rawatan yg aku buat dan aku sgt puas hati ......

Friday, August 3, 2012

Rawatan Gigi

2 ogos aku ke HUKM utk appoiment di klinik pembedahan mulut.  Mula malas gak nak pi tapi ngilu dan sebelah kanan masih tak boleh kunyah, buatkan aku ke hukm lg. 
Doktor lee yg rawat, siap soh pi x-ray.  sbb dia pun susah nak jangka apa masalahnya.  1st time x-ray gigi, alatnya pelek sikit.  masa tengah x-ray dan alat tu pusing sekeliling kepala, ada lagu omputeh lagi. 
Doktor sahkan yg saraf gigi ada masalah, lubang terlalu besar, maybe dah sampai ke bawah sgt tampalannya sbb selepas tampal gigi hari tu, gigi makin sakit.
Lepas doktor pakar cek, dia org bg cadangan -
1. root canal treatment + crown
2. cabut dan buat bridge

Aku teringat kak leha buat RCT last year, kat klinik pakar gigi.  tapi azabnya ditanggung lebih sebulan bila gusi dan pipi membengkak dan bernanah.  ngeriii pulak.  So aku decide nak buat bridge. kena cabut dulu gigi. 
Kos rawatan 2-2 ni mmg mahal di klinik swasta.  mulanya aku decide nak cabut kat klinik gigi kat rumah then susulan kat klinik pergigian hukm.  tapi search internet hari ni aku berbelah bagi .... rasanya nanti aku terus ke klinik gigi hukm and the doctor will decide what is the best for me.

*** rindu kat haziq ...