Bila dah mula sekolah semua aktiviti bertukar, semua jadual kena ubah.
Thn ni kurang sikit nak menggosok bila cuma tinggal 3 je yg sekolah. Danial nampak lebih matang bila masuk tkt 4. Mmg sekarang ni aku membebel apa pun dia diam saja. tak menjawab. disuruh pun cepat ja buat. Aku soh dia ulang mengaji ngan ustaz kat bwh. Yalah dulu aku yg ajar, aku pun bkn mahir sgt. So biarlah dia mengulang semula ngan ustaz.
Haziq dah berhenti kerja. Kerja promoter kasut berjenama di Parvillion 12 jam sehari, kdg2 je dpt 7 jam. sepanjang sebulan kerja cuma 2 hari cuti. mmmm padan muka baru tahu susah senang nak cari duit. Dia kerja untuk tempoh sales. habis tempoh, dia dah tak sanggup nak sambg lg. kerja kat cafe lah ... aku boleh relax sikit. kalau tak, bila balik kerja kdg2 aku kena tolong sampai magrib.
Ayang dah sekolah pagi. Lega sikit, cuma dah start ngan koko setiap Sabtu. Akulah yg kena hantar. Dia sedikit tension kerana kena ikut jadual belajar sama ngan Anje. Elok pulak bangun pagi, maklumlah anak dara ini mmg liat nak bangun pagi.
Anje akan ambik UPSR thn ni. Aku target dia utk dpt 5A, wpun dia kelas agak kebelakang. Sbb selama ni aku bnyk biar saja dia. Cuma anak pompuan ni senang ikut jadual. Tak bnyk songeh. kerja sekolah mmg bnyk, kdg2 aku sendiri tak larat nak tunggu dia siapkan kerja sekolah. bila dah agak lambat, aku kasi je jawapan ... sbb aku pun ngantuk. 14 jan, aku ke sekolah utk seminar dan taklimat ibubapa bg upsr. setiap tahun cikgu2 akan jadikan medan ni sebagai tempat hentam budak2 kelas belakang termasuk mak bapa sekali. mcm thn lepas, faezah balik dr seminar ni terus jumpa aku nangis2. terasa sgt dgn bahasa mulut puaka sebahagian cikgu. so thn ni aku mmg standby betul, ada je yg buat aku meluat, mmg aku akan sound direct cikgu2 tu.
Tapi itulah ... perancangan Allah sebenarnya amat sempurna. Thn ni motivator yg sekolah panggil pada seminar ni adalah Ustazah Dr Robiah. Mmg hebat. Dari mula dia bercakap sampai tamat, semua org konsentrate termasuk guru besar.
Pendek kata semua kena, dari budak sekolah, mak bapa, cikgu2 dan guru besar, semua kena sorang sebiji, ambik kau. Apa yg dibincangkan adalah sahsiah diri budak2, tanggungjawab sebenar dan pendekatan mak bapa dan guru + guru besar. masa taklimat, cikgu2 ckp berlapik, tak mcm dulu, suka hati nak keluar dr mulut ja.
Aku sendiri ... bnyk yg aku belajar dr sesi ceramah ni, terutama sekali tanggungjawab, hubungan dgn anak dan yg penting sekali hubungan kita dgn Allah.
Puding Roti yang tak pernah menjadi
5 years ago
No comments:
Post a Comment