Thursday, January 5, 2012

Anak-anak

hehehehe nak gelak juga aku bila Danial digelakkan dek adik2nya. Balik Haziq dr kerja, tambah dok gelak lagi.
Permohonan ke Sekolah Permaisuri ditolak kerana telah penuh dan PPD arahkan report semula ke sekolah lama. terkedu sekejap dia tapi dia ok ja. tersengih-sengih disakat adik2. aku cakap kat dia ada hikmahnya ... aku pun sebenarnya suka lagi sekolah Sri Tasik sebab cikgu2nya + guru besar + guru disiplin sgt2 ok. Budak2 sekolah tu pun nampak dah lebih berdisiplin sekarang. Kuat betui ikatan Danial dan Seri Tasik hehehehe.

Ayang dan aje sekolah pagi, lega aku, semua uruskan sekali. Semalam Ayang balik sekolah dan ckp - Ayang suka sekolah pagi, aku tanya kenapa. Jawapnya - sekolah pagi makanan kat kantin banyak. haaaaa makin tembam lah nampaknya anak dara tu.

Haziq pulak dok kerja kat kedai kasut di Isetan. Balik kerja terlentang letih, sehari kerja 12 jam, punya lah nak cari duit lebih.

No comments: