Monday, January 30, 2012

Perjalanan Ke Selatan Tanahair

Dah 41 tahun hidup, antara bandar yg aku lom pernah jejak adalah JB.
27 Jan 2012, kami buat rombongan ke Permas Jaya. Family aku, family abg ngah, family encik, family uda, maktih dan 3 anaknya serta wan busu. So dari awal kerja2 booking hotel aku yg buat. yalah takat nak bermalam, budget hotel mencukupi. So member di opis JB cadangkan Lavender Inn. Mula aku book 6 bilik sebab family mak tih tak confirm pergi. Akhirnya jadi 8 bilik semua. Biliknya sangat2 selesa.



Bertolah dr Kl dlm kul 10.30, thari singgah Muar, katanya best mee bandung muar. aku pun siap makan ubat alergik, maklumlah mee bandung bnyk udang kering. So makin order mee bandung dan soto. mmmm indah kabar dr rupalah. danial cakap kedai tu masuk rancangan Warung Kita. mmg bnyk gambar2 org terkenal yg singgah tapi rasanya tak menepati citarasa aku lah, senang cakap biasa saja. Sotonya hehehe Anje cakap, mama buat lagi sedap. nak ke water front tengahari terik pulak. After lunch terus ke JB.


(kedai ni, melayu buat makanan, cina buat air .... aku niiii sebenarnya tak berapa gemar cina wat air ni tapi minum ja lah. belakang budak2 ni gambar pelanggan mee bandung kedai ni termasuklah Chef Wan)

Sampai dlm 2 lebih, lepas solat kami lepak kat Jusco yg sebelah je ngan hotel tu. Magrib baru rombongan encik, abg ngah dan uda sampai. Kul 9 kami gi makan kat ,,,, lupa pulak nama tempat makan ni. tapi tempat makan seafood. bnyk gerai, semua tepi laut mengadap singapore. Selera besar masing2, 4 ekor jenahak besar masak pedas, sotong grg tepung, udang butter, kepah pedas, kerang bakar, kangkung, kerabu mangga, tomyam. air order 2 jug sirap dan 2 jug air suam. ada pulak jelli kelapa. makan untuk 24 org kanak2 + remaja dan dewasa.

Berapa $$$ semuanya, hahahaha ni yg sejarah betui, tak pernah aku makan hidangan yg harganya RM925 semuanya. Duit tabung ada RM200 lebih je lagi, lepas aku tolak hotel. So bakinya semua kena hulur lg rm200 sorang .... fuyoooo. terkedu semua hahahaha .....


(anje dan ayang berlatarbelakangkan Lavender Inn)

(hidangan berharga RM925 - tu pun dah discount rm50 sebab tokeynya org pokok sena, kedah hahahahahaha)


Lepas makan, kami merayau ke Danga Bay pulak, terbang lagi $$$$ bnyk betui mainan budak2 haiyakkkkk. Apa pun budak2 enjoy.




(Danga Bay)

28 Jan 2012 - lepas subuh, zzzz balik. kul 10 lebih baru bangun, malas nak breakfast. Check out jam 12 terus ke Dewan Permas Jaya. Kenduri kawin. aku pun sebenarnya bukan sure sgt hubungkait tuan rumah kenduri tu ngan family abahnya. Ikut sajalah. Ada jugalah yg aku kenai beberapa org.



(makan kenyang2, nak jalan jauh pas niiii)




Kul 2 lebih bertolak balik, singgah Johor premium outlet. mmmm bukan level aku lah, kalau handbag pun harga rm500. Tapi abah dpt juga pourchbag rm40 dan danial yg rajin tolong di kedai dpt jugalah adidas bodyfit rm70. after that terus balik KL.




(depan dan dlm johor premium outlet)



Dah lama tak berjalan jauh2 cam ni, rasa dah sampai ke kedah pulak. aku ni biasalah, masuk keta lelap terus. tapi 10 kali jaga tak sampai2.


Menarik jugalah pertama kali berada di hujung selatan semenanjung malaysia.

Friday, January 20, 2012

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

*** semoga hidupku sentiasa dalam peliharaan dan perlindunganMu.

Dah Mula Sekolah

Bila dah mula sekolah semua aktiviti bertukar, semua jadual kena ubah.
Thn ni kurang sikit nak menggosok bila cuma tinggal 3 je yg sekolah. Danial nampak lebih matang bila masuk tkt 4. Mmg sekarang ni aku membebel apa pun dia diam saja. tak menjawab. disuruh pun cepat ja buat. Aku soh dia ulang mengaji ngan ustaz kat bwh. Yalah dulu aku yg ajar, aku pun bkn mahir sgt. So biarlah dia mengulang semula ngan ustaz.

Haziq dah berhenti kerja. Kerja promoter kasut berjenama di Parvillion 12 jam sehari, kdg2 je dpt 7 jam. sepanjang sebulan kerja cuma 2 hari cuti. mmmm padan muka baru tahu susah senang nak cari duit. Dia kerja untuk tempoh sales. habis tempoh, dia dah tak sanggup nak sambg lg. kerja kat cafe lah ... aku boleh relax sikit. kalau tak, bila balik kerja kdg2 aku kena tolong sampai magrib.

Ayang dah sekolah pagi. Lega sikit, cuma dah start ngan koko setiap Sabtu. Akulah yg kena hantar. Dia sedikit tension kerana kena ikut jadual belajar sama ngan Anje. Elok pulak bangun pagi, maklumlah anak dara ini mmg liat nak bangun pagi.

Anje akan ambik UPSR thn ni. Aku target dia utk dpt 5A, wpun dia kelas agak kebelakang. Sbb selama ni aku bnyk biar saja dia. Cuma anak pompuan ni senang ikut jadual. Tak bnyk songeh. kerja sekolah mmg bnyk, kdg2 aku sendiri tak larat nak tunggu dia siapkan kerja sekolah. bila dah agak lambat, aku kasi je jawapan ... sbb aku pun ngantuk. 14 jan, aku ke sekolah utk seminar dan taklimat ibubapa bg upsr. setiap tahun cikgu2 akan jadikan medan ni sebagai tempat hentam budak2 kelas belakang termasuk mak bapa sekali. mcm thn lepas, faezah balik dr seminar ni terus jumpa aku nangis2. terasa sgt dgn bahasa mulut puaka sebahagian cikgu. so thn ni aku mmg standby betul, ada je yg buat aku meluat, mmg aku akan sound direct cikgu2 tu.
Tapi itulah ... perancangan Allah sebenarnya amat sempurna. Thn ni motivator yg sekolah panggil pada seminar ni adalah Ustazah Dr Robiah. Mmg hebat. Dari mula dia bercakap sampai tamat, semua org konsentrate termasuk guru besar.
Pendek kata semua kena, dari budak sekolah, mak bapa, cikgu2 dan guru besar, semua kena sorang sebiji, ambik kau. Apa yg dibincangkan adalah sahsiah diri budak2, tanggungjawab sebenar dan pendekatan mak bapa dan guru + guru besar. masa taklimat, cikgu2 ckp berlapik, tak mcm dulu, suka hati nak keluar dr mulut ja.
Aku sendiri ... bnyk yg aku belajar dr sesi ceramah ni, terutama sekali tanggungjawab, hubungan dgn anak dan yg penting sekali hubungan kita dgn Allah.

Friday, January 6, 2012

kembali ke angka 13

Anak kucing yg diambil Ayang semalam dah mati. Nampak macam sihat, sakit rupanya. tapi aku ckp ngan Ayang, banyak pahala Ayang sebab tolong kucing tu ....
So miaw2 kembali ke angka 13

Thursday, January 5, 2012

Tambah lagi miaw2

2 minggu lepas Ayang bawa balik anak kucing lagi, aku baru perasan anak kucing kat bawah ni yg mak kucing beranak. tak salah ada beberapa ekor. ntah cam mana dia bawa balik sekor. mlm sebelumnya hujan lebat, sebelah ptg sebelum tu aku nampak ibu dan anak2 kucing kat tepi longkong. mmmm mungkin yg lain dah arwah bila hujan lebat semalam.
So aku jaga jugalah si kucing kurap bnyk tu, mandikan, boh ubat. nampak oklah sikit.
semalam aku dengar lagi bunyi kucing di tkt bwh. Ayang pun dgr, tak senang duduk dia terus dia gi cari suara kucing tu dan mmmm semestinya bawa balik lagi. AYang ckp adik beradik anak kucing yg dia bawa balik sebelum ni. Punyala kotor. Aku terus mandikan ngan air suam. kasi makan, lena tidurnya. tapi suaranya hehehehe punyalah kuat.

14 ekor dah .... cam mana niiiiiiii

Anak-anak

hehehehe nak gelak juga aku bila Danial digelakkan dek adik2nya. Balik Haziq dr kerja, tambah dok gelak lagi.
Permohonan ke Sekolah Permaisuri ditolak kerana telah penuh dan PPD arahkan report semula ke sekolah lama. terkedu sekejap dia tapi dia ok ja. tersengih-sengih disakat adik2. aku cakap kat dia ada hikmahnya ... aku pun sebenarnya suka lagi sekolah Sri Tasik sebab cikgu2nya + guru besar + guru disiplin sgt2 ok. Budak2 sekolah tu pun nampak dah lebih berdisiplin sekarang. Kuat betui ikatan Danial dan Seri Tasik hehehehe.

Ayang dan aje sekolah pagi, lega aku, semua uruskan sekali. Semalam Ayang balik sekolah dan ckp - Ayang suka sekolah pagi, aku tanya kenapa. Jawapnya - sekolah pagi makanan kat kantin banyak. haaaaa makin tembam lah nampaknya anak dara tu.

Haziq pulak dok kerja kat kedai kasut di Isetan. Balik kerja terlentang letih, sehari kerja 12 jam, punya lah nak cari duit lebih.