Thursday, April 29, 2010

Mak masuk hospital

Ahad, 25 april - mak masuk hospital pekan dah 3 hari. So kami ke pekan (aku, abah, ayang dan anje) serta kak nor dan abg jai. haziq dan danial tak ikut. 3 hari 2 mlm kami di sana. Ita pun ada. Kakak, abg wahid dan kak fadilah kemudian sampai juga.
masa mula tengok mak mmg rasa cemas juga, tapi agaknya dengan semangat anak2 dia semakin segar. Aku beli je apa yg mak nak makan, mee, kuih, abc dan apa je yg dia sebut. Mak disahkan mengalami kegagalan buah pinggang stage 5. maknanya dah totally rosak dan perlu buat dialisis. 2 mlm aku temankan mak di hospital. mlm seterusnya kakak pula, lepas aku balik KL. Rabu mak dah boleh keluar, alhamdullilah. Cuma nanti kena ke kuantan untuk checkup b4 buat dialisis.

Danial dan anugerah

Sabtu 24 April - aku ke majlis penyampaian hadiah SMST. 1st time pi tengok anak ambik anugerah cemerlang hahahaha last sekali masa budak2 ambik sijil tadika. ni lah 1st time pi sekolah depa. Terkejut pun iya juga bila danial cakap dia dapat anugerah, sijil je sebenarnya tapi besar maknanya utk dia dan aku juga. tak sangka lah pulak sbb dia mmg bnyk main. buku langsung tak buka. Dapat juga anugerah progressif, oklahhh tuuuuu.

Monday, April 19, 2010

Pembantu Kedai - Siri Baru

Dah seminggu aku ambik pembantu baru, namanya Mohd Farok Sohan, warga Bangladesh. Geng ahli mesyuarat tingkap panggil dia Shah Rukh Khan, menyahut pulak dia mmmmm. Tapi dia dah lama kat Malaysia, agak fasih dan memang paham cakap kita.

Budaknya mmg rajin, jenis yg nak bekerja, bukan nak bermanja hahahahahaha. Aku pun mlm2 boleh tengok buku budak2, tak lah dok kedai lagi. Last week masa dia kena buka kedai pagi, dia kerja sampai jam 7pm, mlm aku tolong pulak. Seminggu je cam tu aku dah nak pitam. Lah ni, Zaidi je buka pagi since dia jual kuih muih dia. Sohan masuk thari sampai tutup kedai. Lega aku sbb tenaga aku dah habisssss .......

Aktiviti Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT)

Bersama cikgu poco2. Ni pun tak cukup korum, ramai yg tak ada minggu ni.

Seronok bila sesekali menjiwai anak2 .....

13 A - Seperti biasa setiap minggu aktiviti AMT ialah poco2. Tapi minggu ini tambah 1 lagi aktiviti hahahaha berendam. Nak kata berenang ..... belajar tak pandai2, asyik tenggelam ja.

Lepas berjoget, ntah sapa lah yg usulkan utk mandi, tiba2 normah dah turun ngan tuala. So aku, Madihah, Hasnah dan Ayu apa lagi terjun sekali. Then Baby join .... tu diaaaa bila ibu2 bersuka ria ngalahkan budak2. Cuma normah ngan baby je yg pandai berenang. Hasnah boleh sikit2. Yg lain2 sampai sudah tak pandai. Siap berebut papan renang ngan anak2 madihah .... Sampai kul 1 jugalah bersuka ria. Bila Mat sampai ngan daging dan ikannya, aku baru naik dr kolam. Time to cook.
Apapun enjoy betullah ...... Bak kata Madihah, patut ler kalau panggil budak2 naik dr kolam payah betul, rupanya memang syokkk dok dlm kolam.
--------------------
12 A - Sara's birthday (anak Hasnah), buat kat dewan. so ramai geng2 yg hadir. Meriah juga, tambahan ada sesi karoke dan cabutan bertuah. Masakan ... of course my chefs yg masak.


background - hasnah memang creative.
apa ler yg diumpat dek AMT tu .....
Happy birthday Sara. ( yg besar kat belakang tu Baby.)

Wednesday, April 14, 2010

Pembantu Kedai - Siri Akhir

14 A - Siri akhir kerana aku telah berhentikan dia kerja, sebelum keadaan menjadi lebih teruk. pompuan tu mmg tak tahu aku nak katogerikan sebagai apa. Kawan aku cakap - gersang, pembantu kedai yg sorang lg cakap - gedik. Member aku cakap - mengada2. Baby cakap - eeee geli saya. Semua aku dengar cakap2 org sebab apa yg dicakap mmg aku tak pernah dengar sendiri. Depan aku baiiikkkkk je dia cover line. Tak dengar langsung dia sebut diri dia adik. Pokoknya tak bersuara tetapi sesekali bila dia bersuara aku pun rasa pelek gak pompuan ni.

Kemuncaknya bila baby bercerita yg dia nak bawa anak2 dia duduk sini, bersekolah di sini sebab abg suruh. Abg tu ialah suami aku mmmmmm ni dah lebihhhhh. So aku perang besar ngan laki aku. Dr dlm keta, sampai parking pasar, sampai keluar keta, 1st time aku cakap kau aku je ngan laki aku dan suara aku menjerit hahahahaha. Sebab dia marahkan aku dengar cite org. Masalahnya kalau pompuan tu tak bercerita ngan org, tidaklah org bercerita ngan aku. Pokoknya 2 hari dia tak ada mmg mcm2 cerita aku dengar, dari hal kerja, hal mulut tak ada insuran dan perangai nak goda org + dok menggedik ngan laki aku ngan suara yg manja. Sampaikan tukang2 masak tu tak nak masak pun dua ngadu - Banggg, dia org ni tak nak masak utk adik- eeee geli tekak aku. bila zaki dan amir makan, time tu dia soh depa masak - bila depa buat bodoh dia ckp - kalau adik minta lambat je, kalau org lain minta cepat je bangun .... mmmm org lain tu SIAPA YA????? .. member2 aku yg dengar ckp - dia refer kat aku mmmm tul ke?

Petang sabtu lepas gaduh tu, aku turun bawah buat bodoh je. Then baby cakap yg laki aku soh aku hantar msg kat pompuan tu ckp jgn datang kerja lagi. Aku iayakan ja tapi tak hantar pun. So mlmnya laki aku sendiri yg cakap, msg pompuan tu ckp tak yah dtg lagi. Masa baby call dia , boleh pulak dia tanya - abg tahu tak yg kak zu hantar msg tu, hahahahaha. biul punya budak. aku ni baik ngan org yg baik ngan aku je, dont' play2 hahahahaha.
tapi sejak 3 hari dia tak ada aku rasa customer dah kembali ramai sbb sebelum ni mmg terasa yg customer dah kurang, may be ramai yg meluat ngan dia.
Apa pun aku rasa lega sbb aku tak buat dosa lagi mengata dia, muka aku pun tak muncung lg bila dok kedai. hati aku rasa aman .... pelek betullah pompuan ni .... boleh buat script drama.
Marah ke aku sebenarnya bila dia mcm mengada2 ngan laki aku? cemburu ke? mmmm nak kata cemburu sgt tu tak lah. tapi cemburu lah juga sbb dia laki aku , dan aku marah sbb dia cam nak sama ngan aku. ehhhhh sudah lebih ni.

Monday, April 5, 2010

Pembantu kedai lagi

Pembantu kedai aku Nor si janda umur 34 tu aku tak tahulah nak kategorikan sebagai apa. Bukan sebab dia janda tapi aku rasa merenyamnya semacam lah. Sib baik dr awal aku tak layan sgt. Balik dr cuti 5 hari, badan penuh love bite, dr leher sampai ke badan. Disahkan oleh room mate dan house mate dia. Mmg dia pi jumpa bangla tu masa cuti. ishhhh tolonggg lah kut terdesak pun pilih2 lah org.
Then dia bercerita ngan baby yg dia akan kerja bulan ni saja sebab bulan depan dia nak kawin ngan bangla tu. Aku tak kisah lah asal jgn dia kawin ngan laki aku dah la. Kut aku nak bermadu pun biarlah madu yg ada ilmu akhirat dan ilmu dunia. Idak ler sampai mati asyik tension je.
Smlm aku dengar khabar2 yg dia menangis, rupanya Abang La (bangla) yg dicintai nak balik negeri mmmm ?????? betul ke? ke dah lunyai dan kenyang bangla tu, apa tunggu lagi. ntah2 bangla tu dah dpt penyedap baru @ risau yg periodnya tak dtg2 tu.

Smlm pulak dia minta nak habis kerja awal kul 9 sebabnya dia nak jumpa bapa saudara dia. Yg peleknya dia ckp bapa sedara dia ni suami pada mak sedara dia (adik mak dia), datang sorang nak jumpa dia sebab dah 5 thn tak jumpa. tinggal kat sg besi. Apa kejadah punya cerita. Rumah mak Nor ni kat Cheras, bapa sedara dok sg besi , 5 thn tak jumpa hahahahahaha anak aku pun gelak dengar auta keling cam tu.
So malamnya dia mmg gelisah betul nak tunggu kul 9. Then kul 9 dia naik atas, bersiap. Baby ckp siap bersolek dan nak pinjam tudung baru baru. Baby tak kasi. Then dia dok sibuk cari helmet. Si bapa sedara datang dengan motor kul 9 lebih. Nak bawa pi jalan sebab dah lama tak jumpa ???????? Paling buat aku loya bila dia dok bercerita ngan baby yg bapa sedara dia sukakan dia .... oooooohhhhh tidak ..... Ni spesis mak Safiah, budak yg mati kena dera ngan jantan pak we dia tu. Main redah je semua org .... asal ada yg melayan.

Aku mmg tak boleh nak get along ngan dia lah, dr mula lagi ...... so hari ni apa pulak drama dia aku tak tau lah.

Friday, April 2, 2010

Shiro Keguguran

2 A - Semalam tengahari najwa call, cemas sekali. Shiro nak beranak, dah keluar 1/2. Mlm sebelumnya aku nampak Shiro gelisah sgt. dah ada bledding darah pekat melekat kat cadar aku sbb mlm tu dia tidur atas katil aku dan lantai. So kami sediakan laci kosong utk Shiro. Peleknya perutnya tak tegang spt kucing yg dah sampai masa nak beranak. Gelebeh cam biasa je, shiro mmg gemok. akhirnya dia beranak pun kat laci tu. Tapi sebenarnya dia keguguran. Anaknya 1 je, tak cukup bulan.

Lepas tu shiro cam kena meroyan, si bobby jadi mangsa. Dia anggap bobby mcm anak dia. digigit bobby bawa masuk bawah katil sampaikan susah bobby nak pi makan. kalau bobby keluar dr bawah katil dia akan mengiau2 mencari. Sian betul tengok Shiro, tak sangka sifat keibuan kuat sekali. kat perut shiro rasa cam ada lagi. Isnin nak cutilah nak bawa shiro ke klinik haiwan. Sian shiro.
Anak Shiro yg keguguran bersama karung.

Shiro menggonggong Bobby cam anak sendiri. Takut Bobby hilang.