Wednesday, January 28, 2009

My Miki

Gambar dari tepi rumah, Miki jatuh ke owning yg ada aircond.


Gambar Miki selepas jatuh, mulutnya berdarah dan bengkak.

Isnin lepas adalah hari yang paling mendebarkan sepanjang tahun ni. Miki jatuh dari tingkap bilik tok melayang ke owning rumah tkt 5. Kul 11 cam tu aku dok sidai kain kat bilik tok, aku letak Miki kat tingkap. Aku tau dia sangat2 takut dok kat situ, selalunya dia akan kelam kabut masuk dalam. Tak berani dia dok kat grill tingkap tu. lepas sidai kain, aku pun masuk dapur dok masak. 1/2 jam lepas tu aku dengar sesuatu jatuh atas owning kat bawah dan aku dengar suara kucing kuat bukan main dok mengiaw 2 kali. Mulanya aku buat dek saja, tapi dlm hati berkata cam suara Miki pulak. pas tu teringat Abu, manalah tau Abu dok bergaduh kat bawah dan dok terjun atas bumbung org. Aku pun keluar kat tepi rumah jengok ke bawah. Ya Allah, Miki !!! Aku jerit panggil budak2 cakap Miki jatuh. Kami turun ke tkt 6. Tuan rumah dan jirannya dah keluar sebab dia org agak sure mati kucing ni. Bungyinya kuat sgt.


Aku nampak Miki duduk di penjuru owning, aku panggil2 tapi Miki buat dekkk saja cam dia terkejut @ blur. Tuan rumah, Linda, izinkan aku masuk utk ambil Miki. Malangnya bahagian yard rumah dia di grill mati, tak boleh buka. Sib baik juga tak ada box grill dan owning rumah dia. Kalau ada, sure Miki akan terpelanting jatuh ke bawah. Sebab tak ada so dia boleh landing kat owning tkt 5. Linda pun sebenarnya dah nak pindah, sebab tu nampak barang2 dalam kotak. Linda nak keluar masa Miki jatuh tu, so dia bg kunci rumah kat aku, baiknya dia. Walhal ni lah pertama kali aku jumpa dia. Jiran sebelah Linda, Ana, juga kali pertama aku jumpa. Dia dan anak2 dia pun baik sgt. Anak2 dia yg beriya tolong aku nak keluarkan Miki. Tapi Miki tiada respond.


Aku naik atas dulu, masak kejap. Dengan harapan Miki akan lompat masuk rumah Linda. Lepas masak, aku turun lagi, Miki dah ada respond. Ngiaw-ngiaw dia bila nampak aku. Ayang bawa Bobby turun sama. Miki nampak suka bila nampak Bobby tapi pas tu dia dok diam2 lagi. Tak mau bergerak. Maybe dia masih trauma nak lompat. Aku frust betul. Kami naik atas semula. Then Abah balik dalam kul 3, cepat2 budak2 cerita kat Abah. Kami turun semula tengok Miki. Last2 Abah call bomba. Kelakarlah pulak. Dah tu nak buat cam mana lagi.


Bomba datang 5 minit kemudian dan Miki selamat dikeluarkan. Siannyeeee .... masa aku peluk dia, badan dia panas, dada dia berdebar2. Mulut pecah2 dan berdarah, gusi gigi atas hitam. Alhamdullillah tak ada yg patah @ luka. Ya Allah syukur kerana aku masih ada Miki. Terima kasih ahli-ahli bomba, yg masih sudi nak selamatkan Miki.


Kami bawa Miki balik, aku bg Miki makan, then Miki tidur sampai kul 8. Pas tu aku bg dia makan ubat demam dan tahan sakit, budak2 ni punya. Miki nampak ok selepas tu. Baru dia nak layan Bobby. Esoknya dia back to normal. Pagi ni dia dah boleh main cak-cak ngan aku macam selalu. Dah mengiaw-ngiaw manja. Semalam Haziq dok pegang makanan dia dalam paket, dia dah respond cam biasa. Miki memang pantang betul kalau makanan paket dia disua kat dia, nak makan ler tu. Alhamdullilah. Tak dapat aku bayangkan kalau Miki tak ada. Kelakarnya Anje, lepas bomba balik dia cakap cam ni - Mama, Anje tengokkan, org bomba tu handsome lah. hahahahahaha sempat lagi tu .... ishhhhh mama dia dulu2 idak ler cam tu ....

No comments: