Friday, January 30, 2009

My Pets

Bobby dah besar sikit

Miki yg comel


Miki dan Bobby, memang kelakar 2 ekor ni



Miki masa kecik




Abu yang macho dan penuh kejantanan





Atan dan Abu masa kecil

Dulu masa kat Tmn Dato' Senu, memang banyak juga kucing aku. Siap ada rumah kucing lg tapi buat sendiri ler. Bila dah mati si hitam dan anak2nya, aku tak bela lg kucing sampailah pindah ke Bdr Sri Permaisuri tapi rasa hati mmg teringin nak bela cuma keadaan rumah tak mengizinkan. Akhirnya sampailah aku jumpa Atan merayau2 kat bawah, sian pulak tengok kucing comel ni tak bertuan. Masa tu Atan dah besar sikit, dalam 6 bulan, So aku bela dia.
Tak lama lepas tu aku jumpa Abu. Abu kecik lg, maybe 2 bulan masa tu. Aku jumpa dia mengiaw2 kat tkt 11. Cam kebulur saja, so aku bawa dia balik dan dia sgt kamceng ngan Atan.
Sampai masanya Atan berdikari, dia lebih bnyk kat bawah dari kat rumah. Abu pulak membesar jadi jantan sebenar hehehehehe dia pun dah mula banyak masa ngan makwe kat bawah. Tapi Atan dah tak de, aku tak tau dia ke mana. Hilang gitu saja. Abu pulak dikenali sebagai kucing paling pandai kat Lestari hehehehehe sebab dia pandai naik lif, tau je dah sampai ke belum. Kelakarlah Abu ni, Abg Jai panggil dia Garfield, sebab cerdik cam Garfield.
Boring pulak rasanya bila Abu dah besar, tahun lepas masa balik kg Gemas, aku ambik anak kucing makcu. mulanya aku nak yg color oren sebab nampak sihat sikit tp Ayang tak nak sebab yg oren tu garang. Ayang nak yg putih, aku ambiklah juga walaupun tak berapa berkenan sebab meleweh saja cam tak cukup makan. Tapi akhirnya yg nilah yg aku paling sayang, Miki. Kesian Miki, sebab Abu tak kawan dgn dia, bergaduh lg adalah. Raya lepas aku rasa kesian sgt kat Miki sebab aku tinggalkan dia utk balik kg. Mati kutu dia, dok rumah sorang2. Sian sungguh. Akhirnya aku ambik pulak Bobby dari rumah Abg. Bobby masih menyusu, sebab tu sampai lah ni dia asyik nyot2 je tetek Miki walaupun bukannya ada susu pun. Miki kan jantan.
Miki dah kurang aktif, dah besar lah katakan. Bobby yg lasak. Miki pula sangat2 manja sebab dia membesar dengan kami saja. Tak pernah keluar rumah, keluar pun depan rumah tu ja pastu lari masuk balik. Dia sentiasa respond bila aku bercakap dgnnya.
Dan akhirnya, Jerry, ikan laga kesayangan aku. Kalau dipanggil2 dia akan naik ke muka air, tunggu nak makan. Jerry dah besar dari masa aku beli. Dah berat agaknya ekor dia, so dia bnyk duduk kat batu.

Inilah antara makhluk2 Allah yang menceriakan hidup aku.

Wednesday, January 28, 2009

My Miki

Gambar dari tepi rumah, Miki jatuh ke owning yg ada aircond.


Gambar Miki selepas jatuh, mulutnya berdarah dan bengkak.

Isnin lepas adalah hari yang paling mendebarkan sepanjang tahun ni. Miki jatuh dari tingkap bilik tok melayang ke owning rumah tkt 5. Kul 11 cam tu aku dok sidai kain kat bilik tok, aku letak Miki kat tingkap. Aku tau dia sangat2 takut dok kat situ, selalunya dia akan kelam kabut masuk dalam. Tak berani dia dok kat grill tingkap tu. lepas sidai kain, aku pun masuk dapur dok masak. 1/2 jam lepas tu aku dengar sesuatu jatuh atas owning kat bawah dan aku dengar suara kucing kuat bukan main dok mengiaw 2 kali. Mulanya aku buat dek saja, tapi dlm hati berkata cam suara Miki pulak. pas tu teringat Abu, manalah tau Abu dok bergaduh kat bawah dan dok terjun atas bumbung org. Aku pun keluar kat tepi rumah jengok ke bawah. Ya Allah, Miki !!! Aku jerit panggil budak2 cakap Miki jatuh. Kami turun ke tkt 6. Tuan rumah dan jirannya dah keluar sebab dia org agak sure mati kucing ni. Bungyinya kuat sgt.


Aku nampak Miki duduk di penjuru owning, aku panggil2 tapi Miki buat dekkk saja cam dia terkejut @ blur. Tuan rumah, Linda, izinkan aku masuk utk ambil Miki. Malangnya bahagian yard rumah dia di grill mati, tak boleh buka. Sib baik juga tak ada box grill dan owning rumah dia. Kalau ada, sure Miki akan terpelanting jatuh ke bawah. Sebab tak ada so dia boleh landing kat owning tkt 5. Linda pun sebenarnya dah nak pindah, sebab tu nampak barang2 dalam kotak. Linda nak keluar masa Miki jatuh tu, so dia bg kunci rumah kat aku, baiknya dia. Walhal ni lah pertama kali aku jumpa dia. Jiran sebelah Linda, Ana, juga kali pertama aku jumpa. Dia dan anak2 dia pun baik sgt. Anak2 dia yg beriya tolong aku nak keluarkan Miki. Tapi Miki tiada respond.


Aku naik atas dulu, masak kejap. Dengan harapan Miki akan lompat masuk rumah Linda. Lepas masak, aku turun lagi, Miki dah ada respond. Ngiaw-ngiaw dia bila nampak aku. Ayang bawa Bobby turun sama. Miki nampak suka bila nampak Bobby tapi pas tu dia dok diam2 lagi. Tak mau bergerak. Maybe dia masih trauma nak lompat. Aku frust betul. Kami naik atas semula. Then Abah balik dalam kul 3, cepat2 budak2 cerita kat Abah. Kami turun semula tengok Miki. Last2 Abah call bomba. Kelakarlah pulak. Dah tu nak buat cam mana lagi.


Bomba datang 5 minit kemudian dan Miki selamat dikeluarkan. Siannyeeee .... masa aku peluk dia, badan dia panas, dada dia berdebar2. Mulut pecah2 dan berdarah, gusi gigi atas hitam. Alhamdullillah tak ada yg patah @ luka. Ya Allah syukur kerana aku masih ada Miki. Terima kasih ahli-ahli bomba, yg masih sudi nak selamatkan Miki.


Kami bawa Miki balik, aku bg Miki makan, then Miki tidur sampai kul 8. Pas tu aku bg dia makan ubat demam dan tahan sakit, budak2 ni punya. Miki nampak ok selepas tu. Baru dia nak layan Bobby. Esoknya dia back to normal. Pagi ni dia dah boleh main cak-cak ngan aku macam selalu. Dah mengiaw-ngiaw manja. Semalam Haziq dok pegang makanan dia dalam paket, dia dah respond cam biasa. Miki memang pantang betul kalau makanan paket dia disua kat dia, nak makan ler tu. Alhamdullilah. Tak dapat aku bayangkan kalau Miki tak ada. Kelakarnya Anje, lepas bomba balik dia cakap cam ni - Mama, Anje tengokkan, org bomba tu handsome lah. hahahahahaha sempat lagi tu .... ishhhhh mama dia dulu2 idak ler cam tu ....

Birthday Ayang



Jumaat lepas, kami buat birthay Ayang ke 7. Happy birthday Ayang. Actually belated birthday. Tarikh lahir dia 9 Jan 2002. Bertangguh2 nak buat birthday last2 dah malas pulak. tapi tak mau hampakan Ayang, lepas balik kerja aku beli kek kat Secret Receipi. Sampai bdk tu kat rumah balik sekolah, kawan2 depa pun ada. So Anje dah jemput kawan2 rapat dia. Apa lgi kelam kabut aku order pizza, beli nugget dan beli mee goreng kat kedai bawah. Kelakarnya kawan2 dia datang pakai baju lagi lawa dari org yg nak sambut birthday, sebab Ayang dok pakai baju cam org nak tidur saja hehehe.


Alhamdullilah semuanya ok. Aku tak panggil pun Yan, sebab karang Anum pulak kecik hati tak panggil dia, walhal aku buat simple2 saja dan cadangan asal pun nak buat utk family saja.


Friday, January 23, 2009

2009

Masih belum terlewat utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 ... untuk diri aku ler. nak ucap kat sapa lagi. Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni.
1. Makcu dan pak cu dah pindah minggu lepas. Rumah mak mertua aku dari tengah ke belakang akan dirobohkan dan dibuat baru. Mak cu dan pak cu cam lari malam je hehehehe kelakar betui ngan peel depa. Aku - no komen lah, malas nak komen apa2, pandang sajalah.
2. Aku dapat anak baru - Bobby. Sukanya aku tengok Miki yang semakin ceria dan seronok dgn adanya Bobby. Dah tak layan aku, kalau tak asyik mengikut mana aku pergi, asyik kejar aku, gigit kaki aku kalau aku tak dukung dia. La ni Miki dah sibuk melayan adik dia. Kelakarnya Miki ngusukan Bobby. Miki kan kucing jantan, tapi melayan juga kerenah Bobby yg masih teringin nak ngusu. Aku macam biasa garang tak bertempat. Semalam Abu pukul Miki, aku cemas bila nampak darah kat badan Miki, rupanya hidung Abu yg berdarah dicakar dek Miki hehehehe kau dah tua lah Abu.







3. Ooooo My Ayang dah sekolah darjah 1. comelnya sayang mama ni. dah besar, dah cerdik. Tapi semalam Pak Rashid driver van tinggal dia. Ayang balik jalan kaki, sib baik ada makcik yg tolong dia melintas. berderau juga darah aku dengar dia menangis masa balik sekolah.







4. Yan Koyan hehehehe gelaran abah depa untuk jiran aku Yan, yg ala-ala CNN. dah lama berjiran, ni baru nak rasa berperang, tak lah perang besar, cuma aku bahasakan juga kat dia semalam. Nak ambik tau dan siasat hal anak orang tu pada-padalah. Ni sampai selidik macam FBI apa cite. Patutlah Faezah jiran aku sorang lg sampai tak mau pandang muka si Yan Koyan.
Tapi aku biasalah, marah tak lama. tak lama lagi aku sejuk lah. apa lg kalau nampak anak Yan, si zahid yg kelakar tu. 1-1 nya budak yg panggil aku AJU .... pelat budaknya.