Wednesday, February 11, 2015

Kucingku Wawa, Si Putih Kucing Jalanan dan Si Hitam Yang Malang

Tomok, Mak Be, Shiro, Donit, Kak Yong Luna dan Wawa dah nampak selesa dgn persekitaran baru ... tak ada lagi cubaan melarikan diri setiap kali pintu di buka.  Kami pun dah letih round setingkat ke setingkat mencari kucing yg tersesat.  gatal nak keluar, pas tu sesat, meraung2 1 blok boleh dengar.

Cuma wawa agak terlebih gedik, 2 kali aku jumpa dia di taman, sekali dgn pakwe baru, siap si pakwe berlari2 ikut aku balik rumah. Wpun dah dimandulkan, wawa masih juga gedik, dia akan meraung2 dalam rumah, pening kepala kami.  Beberapa hari lepas, wawa hilang ... sgt pelek.  sblm tidur aku confirm wawa ada dlm bilik aku.  Bangun pagi wawa dah hilang, pintu bilik haziq tutup, cuma kalau dia nak keluar pun ikut tingkap bilik aku @ anak2 dara tu.  Tapi mustahil dia terjun dr tkt 6 .... mungkinkah dia terjatuh?  Pagi tu aku round di bawah, mencari wawa kalau2 dia terjatuh tapi sampai ke hari ni carian kami tak berhasil.  Dah buntu kat mana nak cari wawa ....




Putih Kelabu ...
Si putih kelapu adalah kucing terbiar yg sentiasa ada dalam kawasan blok kami.  Nak kata terbiar pun tak juga, sentiasa ja ada org kasi dia mkn.  Tapi dia pandai round blok.  pandai naik turun tangga, pandai naik lif.  Beberapa kali ada je dia tunggu depan pintu rumah, so aku sediakan siap2 makanan utk siputih kelabu ni.  Suaranya mcm ada problem, antara bunyi dan tak.  Last 2 weeks aku nampak si putih kelabu kat tkt 7, tkt 7 sebelah wing aku merupakan tempat tadahan air yg kami x boleh naik.  Sah ler si putih ni ikut bdk2 maintenance naik dan terperangkap kat atas.  Meraung2 dia dgn suaranya yg serak2 tu.  Then aku inform bdk maintenance, sib baik dia tolong si putihkelabu turun.


Si Hitam Yang Malang ...
Si Hitam ni aku jumpa sekali di taman.  Tak sure siapa punya tapi bulunya dan ekornya panjang.
Malam tadi hampir jam 1 pagi, aku dengar bunyi anjing bising kat parking bawah.  Mulanya aku biarkan ja sebab ingat depa bergaduh.  Tapi makin bising, aku jengok kebawah, nampak 2 ekor anjing mengelilingi 1 kereta. Seolah2 ada sesuatu di bawah kereta yag menarik minat anjing2 tu.  Mmg aku tak sedap hati, mungkin kucing.  Cepat aku capai tudung, ambik penyapu dan keluar rumah.  Masa nak keluar rumah aku dengar suara kucing 'miawww' yg kuat.  Sah kucing kat bawah kereta tu.  Abah belum balik lagi waktu tu.  Takut juga kul 1 pagi, sunyi.  Tapi lampu luar terang benderang, aku keluar ja.  Nekad. Sorang pun soranglah. Kot anjing tu nak serang, aku jerit kuat2 nanti. 
Nak turun lif terserempak ngan abah yang baru balik.  Aku ajak abah ke bawah sekali.  Sudah sampai ajal si hitam, aku sampai terlewat beberapa minit.  Si Hitam sudah mati dikerjakan oleh anjing2 liar tu ... tergamam aku. Sedih sgt2 rasanya.  Kenapa aku boleh lewat, kalau aku terus turun masa bunyi anjing tu, mungkinkah Si Hitam akan selamat.
Mcm mana nak diuruskan kucing tu mlm2 ni, cangkul pun tak ada.  So terpaksalah kami letakkan si hitam di kawasan letak sampah.  Abah ckp esok pagi abah cari cleaner, minta tolong tanam si hitam.
Blk rumah payahnya aku nak lelapkan mata, teringat pada Si Hitam.  Tak sure jam berapa lena tapi sebelum tu aku ambil tomok tidur sekali dgn aku, baru boleh lelap.
Sungguh aku tak expect yang anjing2 tu boleh bunuh Si Hitam sebab kucing2 aku sangat garang dengan anjing masa tinggal di Salak Tinggi dulu.  Mak Be dan Donit boleh lagi serang anjing2 tu.
Anjing2 masa di Salak Tinggi dulu biar pun liar tapi tak pernah mencederakan kucing2 aku. 
Rasa terkilan yang sgt2.


Friday, January 30, 2015

Anak-anak dan persekolahan ... "budak baru"

Menjadi pelajar baru bukan 1 yang mudah kecuali bg pelajar tingkatan 1 yang boleh dikatakan semuanya adalah budak baru.

Tahun ni 2 anak dara berkenaan dipindahkan sekolah ke SMK Persint 18(1).  Ayang di tingkatan 1 dan Anje di tingkatan 3.  Ayang agak selesa sebab memulakan sesi pelajaran dgn semua pelajar 'baru'.  walaupun majoriti pelajar tkt 1 dr SRK Persint 18(1) tp ramai juga yg mmg dr luas kawasan.  So dia dapat sesuaikan diri.   Berbanding dgn masa dia di SK Seroja, BBST dulu, bila dia masuk ke darjah 5, hari2 minta tukar sekolah.  Bkn saja dgn bdk sekelas, dgn cikgu pun dia tak boleh ngam.
So alhamdullilah kali dia sgt bersemangat untuk belajar dan tak sabar2 nak aktif dlm aktiviti sekolah.

Berbalik pulak dgn anak dara tkt 3 sorang ni .... mmm dia ni agak fragile ... Minggu pertama dia harus ikut minggu orientasi bersama form 1 dan semua murid baru.  Alhamdilillah dia dah jumpa kawan.  Minggu ke 2 baru dia ditempatkan ke kelas tapi x sama dgn kwn2 yg dia mula rapat masa minggu orientasi.  So bermulalah episod air mata dan tension .... dan tensionnya dia tempias ke aku.
Hari2 minta tukar semula ke sekolah lama di BBST.  Boleh dikatakan kena buli.  Oleh sebab dlm kelas cuma ada 6 murid perempuan, dia jadi x bnyk ckp.  Locker kena buka, kata2 kesat dari beberapa org kawan sekelas, ada yg perli2 suruh dia tukar semula ke sekolah lama .... macam2.
Mulanya aku cuba utk tukarkan semula ke BBST tapi masalah asrama yg penuh.  So aku terpaksa pujuk dia, hari2 bercakap dengan dia, nasihatkan dia, bg dia kata2 semangat.  Suruh dia bnyk berdoa, bagi dia ayat2 yang boleh dia amalkan untuk memudahkan urusan.  Sebab dia dah mula bg mcm2 alasan untuk tak ke sekolah, demamlah, sakit telingalah ... macam2.  Akhirnya aku ckp aku bg dia tempoh seminggu, kalau keadaan dlm kelas masih sama aku akan jumpa cikgu @ pengetua sekolah untuk berbincang.

Alhamdullillah mungkin dgn berkat doa yg tak henti2, selain ayat2 yang aku minta dia amalkan, keadaan beransur2 berubah.  Aku pesan dgn dia yg dia juga perlu cuba suaikan diri.  Mungkin ada sebab2 yg org menjauhkan diri dr dia.  Seminggu masa yang aku bg dah berlalu dgn baik sekali. Alhamdullilah.  Dia dah ok dgn kwn2 sekelas.  Masa rehat pula selalu dia habiskan dgn kawan2 yg dia mula rapat dari kelas sebelah.  Kawan2 sekelas pun dah tak ada yg perli2 atau buli dia lg.

Akhirnya dia bg tau kenapa dia jadi pendiam bila masuk kelas, sebab kawan2 pompuan asyik bercakap pasal boyfriend dan pasal cinta tak henti2 hihihihihihi dan dia rasa rimas dgn topik tu. 

Apapun yg penting sebagai ibu kita mesti rapat dgn anak kita supaya kita boleh sama2 memahami dan mengatasi masalah anak2.

"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan
 
(ini ayat yang aku minta Anje amalkan - syukur Ya Allah kerana memudahkan urusan kami)


Tuesday, January 13, 2015

Pindah ...

Awal November aku mendapat tawaran kuarters di Persint 17.
Mestilah aku terima sebab dah letih nak ulang alik dan boleh jimat kos.  Tapi aku selesaikan urusan sekolah anak, selesaikan urusan outstation dan waktu paling sesuai bila 2 anak teruna boleh balik.  Kebetulan minggu yg ada cuti Krismas haziq cuti seminggu dan danial dalam study week, so bolehlah balik tolong angkat barang.

20 Disember, aku pun jadi warga Putrajaya.  Kerja kat sini, rumah kat sini .... sesungguhnya kita hanya merancang, Allah juga sebaik-baik pelaksana.  Bila opis berpindah ke sini 4 thn lepas, kami semua sebenarnya dalam keadaan blur.  Kami yg biasa dgn kesibukan KL tiba2 dok tempat tempat yg sunyi sepi. Opis di Persint 5 yg mmg kawasan agak sunyi.  Masa tu tak terfikir nak kerja area sini apalagi nak tinggal disini.  Aku antara mereka2 yg lewat apply kuarters sbb tak rasa nak dok sini.
Tapi takdir Allah mengatasi segalanya dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.
2 tahun lepas. bermula dgn aku berhijrah ke Sepang, menjual apartment di KL dan membeli rumah di Nilai dan sekarang aku berhijrah ke Putrajaya.

Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana Persint 17 adalah kawasan yg kecil dan jauh dari suasana sibuk.  Kawasan yang selesa dan rumah yg sangat2 selesa.  Walaupun apartment tapi cukup luas bg kami 6 beranak.  Ditambah dgn 6 ekor miaw2, pun masih luas lagi.  Apartment disini bertaraf kondo sebenarnya, dgn saiz lebih kurang 1400 kp.  Yg paling aku suka 1 floor cuma ada 8 rumah.  So suasananya jauh berbeza dgn apartment di Cheras dulu yg 1 floor ada 22 rumah. 

2 anak dara dah tukar sekolah.  Ayang dah selesai orientasi tingkatan 1.  Anje pulak akan menghadapi cabaran 'budak baru' dan terpaksa tukar aliran sebab di sekolah baru tidak ada aliran ert yg dia ambil.

Miaw2 pulak .... mula2 dia org agak tension aku rasa.  Shiro dan wawa yg memang jenis jarang masuk rmh tiba2 terperap dalam rmh.  Minggu pertama kami terpaksa tutup semua tingkap, takut ada pulak yg terjun.  tp sekarang slowly dia org dah boleh terima perubahan. Masa nak pindah adalah saat yang paling susah, maklumlah dia org ni bukan sebulu, bekas kucing pun ada 1 ja.  So 3 ekor masuk dalam bekas, 3 lagi masuk kotak .... ambik kau.  1/2 hari dok berkurung dalam tu.

mak be, tomok dan kak yong luna dalam kotak ... bergegar2 kotak dia org dok bergaduh
Donit ... atas katil je tempatnya
Sian shiro ... dah tak dapat keluar ... tengok pemandangan ja lah

Apa pun tak boleh .... keluar tak boleh ... tidur je lah
Dapur yg dah siap kabinet ... agak luas dan selesa

Ruang lepak yg paling aku suka .....



Monday, December 15, 2014

Terbang Ke Medan ...


 





7 Disember 2014,  lebih kurang jam 3, aku dan my anak dara, anje terbang ke Medan.  Kali ni nama naik utk outstation ke Medan pulak.  Oleh sbb cuti sekolah, aku bawa anak dara ni sama, tak lah boring sangat sbb sorang lg yg ikut outstation Ahmadi.  tiket utk anje tak lah murah sangat.  Harga asal RM300++ pergi balik, +tax +insuran ... semuanya RM513.  Nak ambik 1/2 harga yg MAS offer tak sempat.  Medan sejam dibelakang masa Msia, so kami sampai sana jam 3 pm waktu tempatan.  Waktu Msia 4pm.  Ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke Indonesia.  Penginapan kami di Gand SwissBel Hotel ... sangat selesa.


Airport Medan yg baru di Kuala Namu ala2 KLIA cuma saiznya kecil, cantik dan bersih.  Kami disambut oleh Timbalan Pengarah Medan.  Perjalanan dr Kuala Namu ke pekan Medan lbh kurang 1 jam.  Dah ada kemudahan train ala2 erl terus dr Kuala Namu ke pekan Medan.

Medan sangat terkenal dgn jus buah yg segar dan pekat.  Kalau bernasib baik sesetengah kedai makan menawarkan jus yg pelek2 contohnya campuran sawi dan nenas, terung belanda (terung belanda disana sama mcm buah cinta di cameron highland), jus timun + limau, kelapa + oren dan mcm2 lagi.  Tapi yg paling famous jus alpokat (avocado) dan sirsak (durian belanda).  Mmg sgt2 best. Boleh dikatakan semua kedai makan ada jus2 ni.

Kami tak ke tempat2 peranginan sebab kekangan kerja yg membataskan pergerakan tapi mmg sempat untuk jalan2 cari makan hehehehehe .... makan dan makan saja ...

Sampai saja kami dan pekena jus2 yg sedap dan bakso. mmg tak sama bakso di malaysia.  sgt sedap.  Mlmnya bos besar medan bawa kami makan di 1 tempat namanya Lamber Kuning, seafood restauran tapi masakan ala indonesia.  Paling porpular di sini adalah ketam giant saiz.  Aku ambik juga rasa walaupun aku sebenarnya alergik ngan ketam.



So hari2 berikut kami dibawa dr 1 kedai ke 1 kedai makan.  Nasi Padang Simpang 3, Nasi Padang Sederhana, Kalasan (masakan jawa), Bel Monte (western) ... kami juga round kedai2 yg biasa tetapi mmg bersih sebab member2 sini dah biasa dgn kedai2 berkenaan untuk pekena bakso, sup bontot hahahahahaha sup ekor sebenarnya.  Amaliun Foodcourt pun best, macam2 ada ... pisang bakar cheese coklat, ekor bakar, macam2 mee dan sup dr bermacam daerah.
Barang2 disini consider murah, makan pun murah.  Sebab tu kami jalan2 cari makan je kerjanya.  Lain restauran Nasi Padang lain lauknya ...



teh botol, jus alpokat & jus sirsak

 
Nasi Padang Simpang 3

ekor bakar ...
Nasi padang Sederhana
Menu jawa di Restauran Kalasan


Shopping -- aku tak shopping sangat kali ni sebabnya masa ke Paja Ikan, tempat jualan telekung, kain, jubah2 ... ramai pulak geng2 mat indon yg jual2 keychain2, tshirt yg akan ikut ke mana saja kami pi.  Kami masuk kedai, dia org akan tunggu depan kedai ... 4,5 org. panggil2 soh beli barang dia, mmg memaksa.  dari rasa kesian, rasa nak tolong beli walaupun x perlu, sampai rasa sangat2 meluat dgn gelagat dia org.  So aku cuma beli 3 pasang telekung dan 2 pasang kain ... pas tu Anje dah macam nak nangis sbb org2 yg ikut tu.  Yg lelaki si driver dan member yg ikut pun jenis lembut2 belaka.  Jadi lebih baik terus balik.
Medan juga ada beberapa mall, yg paling best Medan Fair, sebab harganya sgt berpatutan.  Kat situ ada 1 kedai yg jual beg longchamp, kipling dan polo cetak rompak dgn harga 65,000 rupiah .... mula2 pandang saja harga offer kat luar, bila ambik culculator haaaa terus borong sebab semua beg berharga rm18.50.  So main ambik saja mana yg berkenan, kat Guangzhou pun x dapat harga mcm ni.
Beg jenama kipling yg sama design yg dijual di airport harganya rm200++ .... kami beli rm18.50 je.  So semua sekali ada 18 beg yg aku beli, utk anak beranak dan kawan2 ...
 

Kalau nak melancong ke sana lebih baik ambik pakej kecuali dah biasa ke sana.  Jangan suka2 nak adventure naik beca motor.  Takut hilang ntah kemana ... Elakkan juga angkutan kota, van2 yg digunakan sbg bas mini, kurang selamat.
Jalanraya .... ditengah2 bandar medan tu aku pun tak sure traffic light berfungsi ke tak, mmg sesak, dan bawa kenderaan suka hati.  Sabtu Ahad polis cuti, so tak pakai helmet pun tak pe.

Sempat juga kami mencari kuih Bika Ambon keluaran Zulaikha dan kek Brownise kukus keluaran Amanda. paling best brownise kukus pandan.  kalau tak sempat beli di Medan, boleh beli di airport Kuala Namu, sama saja harganya .... Tak lupa ikan keli salai, kiriman abah ... dipanggil lele sale, tapi yg ni kena order dr penduduk tempatan, kebetulan jiran driver office mmg buat keli salai utk restauran2 nasi padang.

Lain padang lain belalang .... walaupun Medan tak seindah KL tapi sayu hati nak tinggalkan kota Medan.  Orang2nya baik2 dan lembut.  Insyaallah, lepas ni ada rezeki, boleh ke sana lagi, pergi utk libur pula.  Oh ya ... Jgn lupa standby duit utk airport tax - 200,000 seorang (rupiah - lebih kurang RM60).
12 Disember kami pulang ke Malaysia ... sampai ketemu lagi ...
 

pancake durian / crepe durian (malaysia)

kenderaan awam - angkut kota
 



Wednesday, November 19, 2014

Projek Cendawan ....

Ini namanya memanfaatkan ruang yang ada ....
Bermula dgn kegilaan seorang kawan, akhirnya merebak ke org lain termasuklah aku .... kami memulakan projek tanam cendawan di bawah meja opis ...... aku ni bukan jenis reti tanam @ jaga pokok, tapi atas sokongan kawan2, berjaya juga projek cendawan aku .

Member dah start berminggu2 yg lepas.  Dek teruja cendawannya yg mekar, semua dah pakat merasa, maka kami order 50 beg cendawan.  Aku ambik 10 beg , sebab aku suka cendawan.  Start hari khamis lepas (14 Nov), hari ni (19 Nov) dah boleh tuai hasil tapi 3 beg je yg mengeluarkan hasil, yg 7 lagi masih malu2 nak keluar cendawannya ..... So hari ni sayurkan cendawan ....







Cuti-cuti Pulau Pangkor ...

Rasa macam nak berjalan2 dgn anak2.  Bila Haziq dan Danial dah lepas sekolah, masa utk kami berkumpul sgt terhad.  Mmg aku jenis yg susah nak lepaskan anak keluar dr rumah.  Aku jenis yg tak suka anak tinggal di asrama.  Sebab bila mereka lepas SPM, mereka akan keluar dr rumah dan jarang2 balik.

Masa haziq dan danial cuti mmg tak sama.  So aku decide, kami berjalan masa haziq cuti dan tempat percutian dekat dengan danial.  So kami ke Pulau Pangkor.  Aku pernah sekali ke sana, 20 thn lepas, dah tak ingat sgt dah ... dah tua memori pun dah kurang hihihihihi.

So last Friday, 14 November, kami gerak ke Lumut.  Ambil danial di asrama mimet unikl di Lumut dan terus ke jeti.  Sebelum ke sana puas juga aku google, tapi tak jumpa blog sesiapa yg cerita detail pasal Pulau Pangkor.

Dari jeti, kami naik feri yg tambangnya hanya rm10 (pergi balik).  Sila simpan tiket utk pemeriksaan semasa balik.  Feri akan berhenti di 2 jeti, pertama sg pinang dan ke 2 jeti Pulau Pangkor.  So turun pd jeti ke 2.  Pulau Pangkor kecil ja.  So tak payah ler susah2 nak sewa kereta,  ini bukan Langkawi.  Sewa kereta nak pi mana? Cukup naik van@teksi sewa.  Teksi2 disana menggunakan van berwarna pink.  Cakap je, nak ke chalet mana? Dia org akan bawa.  1 van rm20 sekali perjalanan.  Boleh muat 8 org.  Ada van baru, ada van lama.  Ikut nasiblah dapat yg mana. 

Aku dah book Nipah Bay Villa di Teluk Nipah sebulan yg lepas.  Mcm aku ckp td, tak perlu sewa kereta antara sebabnya jalannya berliku2, sampai selekoh kena hon sbb jalannya sempit.  So biarlah driver sana yg biasa yg bawa kita.  Sini banyak chalet2 kecil.  Majoriti bukan tepi pantai, di Teluk Nipah hanya 1 chalet, D'Senja Beach Resort yg betul2 tepi pantai.  Yg lain semua kena jalan sikit ke depan seberang jalan baru jumpa pantai.  Anjungan Beach Resort pun best juga walaupun bkn tepi pantai tapi fully book.  Resort ni ada swimming pool. 

Nipah Bay Villa ... oklah, chaletnya selesa dan cantik, kawasan agak sempit. sewa chalet je, tak ada breakfast.  Tapi mujur kat Teluk Nipah bnyk juga gerai2 makan. Kata org Teluk Nipah mudah nak cari makan dari Teluk Batik.  Tak sure bab tu sebab kami tak dok kat Teluk Batik.  pantai Teluk Nipah pendek jaraknya ke laut tak seperti pantai cenang di Langkawi .... Ditambah dgn bangunan tepi pantai yg dibina untuk kedai2 jual cenderahati, pantainya nampak serabut.  Tapi area D'Senja Resort viewnya cantik sbb chalet ni jauh sikit dari kawasan kedai2.

Aktiviti yg ada semestinya aktiviti laut.  Kami round pulau dan snorkling, 1 bot bayarannya rm350.  Menarik juga, aku suka laut , suka pemandangan, rasa sangat damai dan tenteram. 
Tempat snorkling sgt terhad,  ikan tak banyak jenis ... org yg ramai... kalau betul nak nikmati laut, suka snorkling, Tioman adalah lebih baik.  Laut di Tioman sgt sesuai utk snorkling dr di Pangkor. 

Then budak2 habiskan duit dengan aktiviti pantai, banana boat etc ... of cause lah aku tengok saja sbb aku mmg takut air.
Seafood ... agak murah, 1 keluarga makan anggaran RM170 untuk dinner, 2 jenis ikan (sekor jenahak, sekor lagi x sure ikan apa), udang, ketam, sotong, tomyam ayam, sayur kangkung, nasi dan 1 jag besar air.  Rasanya sangat berbaloi dgn harga ....  tengahari makan di 1 gerai (Liasari nama gerai kalau tak salah), kari kepala ikan nyok2 cuma rm20, kelapa ikan pun lbh besar dr 2 tapak tangan.  Seafood sgt segar dan sedap.

Hari balik, kami round pulau dgn van@teksi pink.  Bayarannya cuma rm80.  Tempat yg biasa dibawa - kilang/kedai jual hasil laut, galeri pangkor, tokong fuu ling kong, dan kota belanda.
Selepas ke kilang/kedai jual hasil laut, tekak aku rasa kembang nak makan segala keropok2 yg dijual ... hihihi.  kalau yg jenis nampak sepenuhnya buat guna mesin dan packingnya ok, aku makanlah, jenis yg cucuk2 tu mmmm tak rasa nak makan ...

So 3 hari 2 malam selesai percutian kami.  Yg penting aku dpt bersama anak2. Lepas hantar danial balik ke asrama dgn stok makanan yg banyak (kawan2 dah tunggu dlm bilik), kami terus balik rumah ....

Apa yg boleh aku katakan .... kalau nak menikmati keindahan alam semulajadi, menikmati laut, yg suka snorkling/diving, baik ke Tioman @ pulau2 sebelah pantai timur.  Kalau nak menikmati sikit2 pantai/pulau, ada shopping, moden2 ... baik ke Langkawi.  3 hari 2 mlm dah memadai, kalau dok seminggu kat Pangkor, aku rasa mau mati kutu dibuatnya ....

Good exposure for danial since he really love sea .... dan insyaallah bakal jadi orang laut!  Semoga Allah mepermudahkan perjalanan hidup dan impian anak2ku ....