Tuesday, January 13, 2015

Pindah ...

Awal November aku mendapat tawaran kuarters di Persint 17.
Mestilah aku terima sebab dah letih nak ulang alik dan boleh jimat kos.  Tapi aku selesaikan urusan sekolah anak, selesaikan urusan outstation dan waktu paling sesuai bila 2 anak teruna boleh balik.  Kebetulan minggu yg ada cuti Krismas haziq cuti seminggu dan danial dalam study week, so bolehlah balik tolong angkat barang.

20 Disember, aku pun jadi warga Putrajaya.  Kerja kat sini, rumah kat sini .... sesungguhnya kita hanya merancang, Allah juga sebaik-baik pelaksana.  Bila opis berpindah ke sini 4 thn lepas, kami semua sebenarnya dalam keadaan blur.  Kami yg biasa dgn kesibukan KL tiba2 dok tempat tempat yg sunyi sepi. Opis di Persint 5 yg mmg kawasan agak sunyi.  Masa tu tak terfikir nak kerja area sini apalagi nak tinggal disini.  Aku antara mereka2 yg lewat apply kuarters sbb tak rasa nak dok sini.
Tapi takdir Allah mengatasi segalanya dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.
2 tahun lepas. bermula dgn aku berhijrah ke Sepang, menjual apartment di KL dan membeli rumah di Nilai dan sekarang aku berhijrah ke Putrajaya.

Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana Persint 17 adalah kawasan yg kecil dan jauh dari suasana sibuk.  Kawasan yang selesa dan rumah yg sangat2 selesa.  Walaupun apartment tapi cukup luas bg kami 6 beranak.  Ditambah dgn 6 ekor miaw2, pun masih luas lagi.  Apartment disini bertaraf kondo sebenarnya, dgn saiz lebih kurang 1400 kp.  Yg paling aku suka 1 floor cuma ada 8 rumah.  So suasananya jauh berbeza dgn apartment di Cheras dulu yg 1 floor ada 22 rumah. 

2 anak dara dah tukar sekolah.  Ayang dah selesai orientasi tingkatan 1.  Anje pulak akan menghadapi cabaran 'budak baru' dan terpaksa tukar aliran sebab di sekolah baru tidak ada aliran ert yg dia ambil.

Miaw2 pulak .... mula2 dia org agak tension aku rasa.  Shiro dan wawa yg memang jenis jarang masuk rmh tiba2 terperap dalam rmh.  Minggu pertama kami terpaksa tutup semua tingkap, takut ada pulak yg terjun.  tp sekarang slowly dia org dah boleh terima perubahan. Masa nak pindah adalah saat yang paling susah, maklumlah dia org ni bukan sebulu, bekas kucing pun ada 1 ja.  So 3 ekor masuk dalam bekas, 3 lagi masuk kotak .... ambik kau.  1/2 hari dok berkurung dalam tu.

mak be, tomok dan kak yong luna dalam kotak ... bergegar2 kotak dia org dok bergaduh
Donit ... atas katil je tempatnya
Sian shiro ... dah tak dapat keluar ... tengok pemandangan ja lah

Apa pun tak boleh .... keluar tak boleh ... tidur je lah
Dapur yg dah siap kabinet ... agak luas dan selesa

Ruang lepak yg paling aku suka .....



No comments: