Meninggalkan tahun 2013 dengan segala cerita, Think Positive and move forward ......
Disember 2013 - Alhamdullilah sahabat baik sejak zaman sekolah, Azie dah selamat diijabkabul dengan sesama rakan sekolah kami dulu, janda bertemu teruna. mmmm 2 kali hang dapat anak teruna ye .... apa pun i'm very happy for her. Semoga bahagia hingga ke Jannah.
Azie dan Zol di hari akad nikah |
Ok move on ... penjualan rumah di Cheras dah masuk fasa terakhir, walaupun dah setahun laywer buat kerja tak habis2 sampai dah hilang sabar. Dah tak boleh nak bercakap lg ngan org pejabat peguam, biar abah ja yg settle sebab kalau aku call mmg menambah dosa ja dgn kemarahan aku. Tak pernah dibuat org, proses jual rumah ambik masa setahun lebih. Sabar ... sabar .... ada hikmahnya ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, bertawakal dan berdoa semoga Allah memberi yang terbaik.
Danial masih menunggu SPM, dah kerja sebagai kitchen helper di Windmill Western Restaurant, Nilai. Balik tengah malam, esok kerja lagi. Kadang2 balik kerja dah dekat kul 1 pagi, esoknya masuk kerja jam 10 pagi. Dunia dia di dapur restoren tu ja. Apa pun nampak dia happy dan bersemangat.
Haziq pulak masih praktikal di Bangi, dah sama ja ngan org kerja, ada kala sampai tengah malam kena kerja, terutama kalau kena kerja luar. Kerja pulak 6 hari seminggu, So on weekend mmg dia akan lepak saja kat rumah, tidur, main game, tengok movie ... makan ... mulalah setiap Ahad minta nak makan itu ini.
"Like mother like daughter" |
Cabaran utk tahun 2014 .... mestilah barang mahal. Kalau ada rm100 dlm purse jangan berangan nak pi Giant. Beli ja lah apa yg perlu saja. Semua kena bersukat dan mesti ada kira2nya ... Sabarlah wahai hati ... mana tau kot ada harta karun turun dari langit, boleh aku beli tanah luas buat tanam kangkung hahahahaha
No comments:
Post a Comment