Wednesday, February 20, 2013

Ke Kuala Lumpur ....


16 Feb - Kami nak ke KL hari ni hehehehehehe ..... janggallak rasa cakap cam tu.  Maklumlah dah 18 tahun dok KL.  Sejak jadi orang Selangor, jarang ke KL.  So hari ni kami akan ke Sentul, Kuala Lumpur,  Hafiz anak arwah Kak Normah kawin.  Kak cik pun anak dah nak masuk 3.  Ros dah kawin baru.  Jabar pun dah kerja.  Sedih juga aku tengok kenduri kali ni, hanya anak-anak kak normah dan mak bapa saudara ja. Hafiz kawin orang Kelantan.
Kak Normah adalah pengasuh haziq, danial dan anje.  Budak2 ni mmg rapat ngan family arwah. 
Selamat pengantin baru (jabar jadi pengapit)
Ingat lagi masa arwah meninggal, Haziq tengah ambik PMR.  sehari lepas tu mak kak normah pulak meninggal dan 2 minggu selepas tu ayahnya pulak meninggal.  Kak Normah mmg sgt rapat ngan ibu bapanya.  Tinggal Maksu yg la ni dok sekali ngan kak cik.  Sebahagian besar family kak normah aku kenal.
Sekejap ja masa berlalu ...dulu masa mula kenal kak normah, anak2 dia sekolah lagi, Jabar masih belum sekolah, sekarang semua dah besar.

Balik dari kenduri tu, kami singgah rumah lama. Saja budak2 nak tengok.  Mmg sesak sgt2 kawasan tu sekarang.  Pokok belimbing dan kari yg abah tanam masih ada.  terfikir gak, cam mana la aku boleh dok situ dulu, mmg padat kawasannya tapi 10 tahun juga lah dok situ.






On the way balik, kami singgah kubur mak di Tanah perkuburan Cheras Baru.  Dah lama tak jengok kubur mak, apa lagi bila dah dok jauh.  Teringat kata2 orang yg jaga kubur dulu.  "Manusia akan terasa miskinnya kasih sayang bila mak dan bapa tak ada lagi".  Tak kiralah setua mana pun kita, kita tetapkan perlukan 'Mak' dalam hidup kita.   Al-Fatihah untuk mak.




Oh ya ... hari ni Hafiz anak Abg Nan bertunang di Trengganu ...  mmg tak disangka, semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

Aktiviti Cuti ....

Cuti Raya Cina - 10-13 Feb -

Sabtu, kami tengok wayang, apa lagi hantu kak limah2 la.  Lama tak tengok wayang.  Dah lama budak2 ajak tengok wayang, tp semua cite aku tak suka.  Cite kak limah je yg boleh pi .... enjoy gak ceritanya, cuma kalau ada johan, ac mizal dan qeu haidar mesti lg best ....


Malam Sabtu Haziq balik cuti seminggu, hilang rindu kat anak teruna ni ...
Ahad mlm kakak dan husband datang dari Sg Petani, semestinya nak shopping ke Nilai untuk barang2 kenduri Along.  So esoknya kami bershopping sakan.  Dah lama tak merayap, sampai lenguh kaki semua.  Penuh kereta ngan barang2 pengantin.  Mlmnya kakak ke KL jumpa Along, tidur KL dan balik esoknya.

Ayam Golek home made semestinya utk Haziq.
Selasanya, aku, haziq, amok, anje dan ayang ke KLIA sport center.  main bowling la konon .... saja ikut budak2 wpun aku tak suka bowling.  cam bodoh ja dok baling bola mcm tu.  abahnya tak ikut, so haziq bawa keta.  1st time aku nak keta haziq yg bawa.  so mulut mak dia ni mcm bertih goreng.  tension agaknya budak tu nak drive. anje yg happy sekali ... mulanya muka dah mencuka bila aku malassss nak gi.

Balik dari main bowling, ajak abah je Giant Nilai.  Haziq nak ke kedai buku menghabiskan voucher buku.  Aku nak beli barang kat Giant.  Amok tak ikut sebab nak pi tukar tiub motor.  lepas beli barang, abah cakap jom gi makan terus lah.  So kami pi pekena burger bakar.  Aku call amok, nak tapaukan utk dia.  Terkejut dengar dia ckp dia jatuh motor.  Jatuh sorang2 kat selekoh langgar pasir.  Tapi dia ckp tak teruk.  So kami pun makan ler dengan seronoknya.  Baliknya haaaa terkejut aku anak aku cam tu.  Bnyk gak lukanya.  Nak bawa ke klinik, dia tak nak.  So aku sapu gamat gel saja.  Esok dia sibuk nak pi sekolah juga. Tapi kul 10, cikgu dah call soh ambik dia balik.  Kena juga gi klinik.  Aku bawa ke klinik panel, bertampal2 lah juga.
Amok lepas jatuh motor.
Malamnya dah dibuka semua tampal, esoknya patut kena gi klinik lg tapi dia tak nak.  Katanya tak yah tampal2 nanti lambat baik.  Aku tanya 'Siapa doktor ni',  jawabnya ' doktor tu bukan reti, dia tak pernah jatuh motor'. mmmm suka hati kau la dek, meh sini doktor mama nak sapu ubat.
Masa dia jatuh sib baik kawan dia nampak sebab jalan situ agak sunyi ... apa pun Alhamdullilah, keadaannya ok.