Monday, June 25, 2012

Maxis Yang Bingai

dah lama rasanya tak naik angin, cakap lepas saja apa yg nak hehehehe.
aku dah angin bila hari tu lagi aku tahu haziq register maxis postpaid, semata-mata nak telefon yg harganya cuma lebih kurang rm500 saja.  komitmen bulanan kata haziq rm68, dpt 3G internet line.
last month aku tanya berapa bil, dia jawab rm98. pas tu dia bising adik dia guna telefon.

tapi lepas fikir dan fikir aku yakin komitmen bulanan dia mesti lebih tinggi dr rm68.  aku bising lagi pasai siapa nak bayar bil, tak nak dia habiskan simpanan semata2 bayar bil telefon dan aku mmg tak puas hati sebab nak untung maxis aniaya budak lepasan sekolah macam tu.  So aku ckp ngan haziq, jgn guna lagi telefon tu.  aku nak make sure line tu terminate.

mula2 sekali aku call maxis center, aku tanya berapa had minima umur utk apply postpaid, si maxis tu jawab 18 thn.  Aku tanya lagi, 18 ikut tahun @ ikut tarikh lahir, maxis jawab ikut tarikh lahir.   Aku mmg lega sgt lah sebab haziq register pada 6 april, birthday dia pada 28 mei. haaaaa mmg nak kena betoi maxis ni .... nanti sat. dan paling aku angin, komitmen bulanan mmg rm98 (rm68 utk internet dan rm30 utk call dan sms).

So aku pun explain kat dia yg nama haziq dah register sedangkan dia belum umur 18 masa tu.  mula2 si maxis tu pertahankan company dialah, cakap aku kena penalti kalau terminat, mesti tunggu sampai 2 thn habis kontrak. haaaaa mmg buat darah aku menyirap la, so aku tanya mamat tu, kau nak suruh budak tu bayaq bil ngan bulu ka?   baru la si maxis bingai tu diam, minta aku dptkan detail kedai yg haziq register dan lain2.   So second time aku call, dah dpt detail, terus budak lain ambik report aku.
pas tu aku call pulak kedai maxis bdr sri permaisuri, si pompuan yg ambik call aku pun pd mulanya bnyk ckp terus diam bila aku tanya soklan sama, hehehe.  terus ckp nak semak semula. 

Angin aku makin naik bila ada org maxis call haziq. yg mulanya dok ckp pasal penalti rm1000 kena bayaq sebab terminate line.  call ke-2 minta haziq ke maxis utk siasatan, bila haziq soh call aku, boleh pulak org tu ckp mereka cuma berhubung ngan org yg register.  sah2 aku yg buat report.  
So ... nak main ngan aku sekali lagi ye ... aku buat aduan ke SKMM.  tapi baguslah SKMM, pagi aku repot, after lunch mereka dah forward report ke Maxis.  So selain aduan, aku juga menuntut supaya line diterminate tanpa kos dan maxis hanya bercakap dgn aku saja utk urusan ini. Pihak Maxis ada call aku, maklumkan yg semuanya masih dlm siasatan dan mereka hanya akan contact aku caja.
semalam, kedai maxis kat rumah aku ni call.  surela tokey dia ckp baik2.  so aku dah setuju utk pulangkan telefon dan bayar call yg haziq dah buat saja.  tapi aku cakap ngan dia, urusan ini adalah antara aku dan maxis center saja, semua call mesti dari maxis center.
Pagi tadi di tokey call lagi, tanya samada maxis dah call aku ke belum ..... ni mmg kepantangan besar aku bila org tak henti2 nak call aku atas sebab yg aku tak suka.  Tengahari azlina dari maxis call, sib baik la suaranya lembut, kurang marah aku.  dia tanyakan telefon dan persetujuan aku ngan tokey kedai maxis tu.  aku cakap aku tak boleh janji bila aku nak pi hantar telefon, bergantung pada bila aku free sebab aku kerja jauh, dan sebelum aku hantar telefon tu aku nak black & white berkaitan talian haziq, berapa aku kena bayar sehingga line di terminate dan  pengesahan dr maxis yg aku tak perlu bayar apa2 penalti.  once i receive confirmation from maxis, i will return the phone. tapi kalau nak soh aku hantar telefon tu buta2, maap la ....
So tunngu apa seterusnya ......

Tuesday, June 19, 2012

Azam Baru ....

Pilih mana satu :-
1.  Besarkan baju
2.  Kuruskan badan

pilihan buat zuraini ahmad ..... errrrrr rasanya nak pilih yg no 2. Semalam dah start round tasik permaisuri ngan faezah.  kul 10.45 pm dah zzzzzz.  budak2 pun heran. hari ni jangan lupa ya zuraini ..... dah melebar badan ....

*** rindu sgt dgn tommy, terpaksa keringkan hati tak nak ingat tommy ..... rasa sunyi sebab tak de miaw2 yg ikut ke mana saja mama pergi.  cuma la ni nampaknya tomok dan dedek yg cuba2 nyendeng mama ....

Thursday, June 14, 2012

Melalui Hari Tanpa Tommy

Tak tahu berapa hari aku boleh lupakan tommy, kucing kesayangan aku.

http://meow2mama.blogspot.com/2012/06/akhirnya-tommy-pergi-tinggalkan-mama.html

Tommy kucing yg sangat2 manja, peneman aku siang malam. setia bersama aku, sentiasa ikut aku ke mana saja ... mmg tak boleh terima hakikat tommy dah tak ada ......

Monday, June 4, 2012

Haziq dan Politeknik

Dalam perjalanan balik dari Cameron, haziq cek permohonan tru sms, dia berjaya dapat ke Politeknik Melaka cuma errrrr pendaftaran bulan Disember.  Lambat lagi ....
then aku call Politek Melaka, confirm registration in Disember tapi boleh buat rayuan ke sesi Julai.

Harap2 rayuan ni berjaya.  kursus yg dia dapat Dip. In Electronic Engineering ..... mmm boleh bawa ke mamat tu.  tapi budak2 la mmg buat aku hanginnnn saja, semua nak aku tengokkan. semua nak aku baca detail, org nak settle cepat dia terhegeh2.

Sunday, June 3, 2012

Cameron Highland








30 dan 31 Mei, kami sekeluarga ke Cameron Highland. aku dah plan awal supaya masa terisi sepenuhnya.
aku book muslim apartment yg boleh masak, rm250 oklah, kat tanah rata.

so kami keluar rumah jam 9, breakfadt kat Tangling.  Hujan lebat mula turun, dlm hati aku berdoa supaya di Camron tak hujan.  Sepanjang perjalanan mmg hujan lebat sampailah ke Rawang. lepas tu dah tak hujan. alhamdullilah.
Of course singgah di Lata Iskandar, ayang dan anje tak lepas peluang mandi air terjun yg sejuk.  Aku cecah kaki kat air sajalah, sejuuukkkkk.
Singgah lagi kat Bharat tea, ambil gambar saja then terus ka Tanah Rata. lepas zohor, kami makan kat area kedai majlis perbandaran. 6 org makan tengahari kosnya rm50 mmm cekik darah ke apa. then kami ke Mardi dan healthy strawberry farm.  aku sampai kembang tengkuk tengok strawberry, budak2 ni pulak suka sgt ngan strawberry chocolate.  then kami terus ke pasar malam Brinchang, beli barang2 utk anak2 dara ni, semuanya gambar / bentuk strawberry.
then kami balik semula ke apartment, lapas magrib baik dinner kat marry brown, pas tu lepak kat taman, nak balik awal lg.  best juga dok sejuk2 tu.  malam sejuk tapi siang dah tak sejuk mcm dulu lg.

pagi esok, aku buat nasi lemak utk breakfast, around 11 kami keluar @ checkout.  kami ke time tunnel, mmg nostalgia betul semua barang disini.  budak2 pun tak boleh imagine cam mana aku dulu guna dapur minyak tanah, batu giling etc ... paling best adalah tv yg dalam kotak dan of course mainan piano merah, teringat masa mak beli dulu, aku umur 6 @ 7 thn masa tu, seronok sgt dpt piano tu ... dan oh ya beg sekolah kotak, cuma masa aku dulu begnya moden sikit.

aku cuma beli sayur 1 bungkus dan ubi keledek, jgn tak beli ja dan nasib baik aku tak minat bunga, so tak de lah aku beli bunga.  aku cuma minat tengok bunga saja, nak tanam aku tak minat.  hajat asal nak ke sungai palas tapi terlepas jalan masuk, dah sampai tringkap. anje muncung sedepa bila tak jadi ke sg palas ladang teh boh.  so abah decide patah balik.
Akhirnya kami sampai juga ke ladang teh boh sg palas.  aku rasa ni lah temoat paling best kat cameron,  udaranya sgt segar dan nyaman tapi jalan nak masuk mmm hanya pemandu yg pro saja yg boleh masuk laluan sempit ni.  Kami lepak2, pekena tek asli sg palas, daun yg belum diproses, hanya dihancur sikit dikeringkan saja. sedap rasanya, mmg lain. aku order pizza dan semestinya scones, sedapnya, kena cari resepi scones ni.   tapi scones Bharat Tea lg sedap rasanya.  apa pun minum2 ringan saja dah rm55.

then balik kami ikut Tapah juga, tak jadi ikut Simpang Pulai.  Masa balik singgah lagi Lata Iskandar, budak2 mandi lagi ... kul 5 pm baru bergerak turun ke Kl.  dlm perjalanan hujan punyalah lebat, teramat lebat.  tapi alhamdullilah sepanjang 2 hari di cameron cuaca baik dan kami enjoy .....