Tuesday, February 28, 2012

Ayang, Anje dan Aktiviti Sekolah

Ayang dah ikut jejak Anje aktif kat sekolah, pertama kali dia masuk pertandingan kawad antara badan uniform sekolah. Ayang join Puteri Tunas, sama ngan Anje. So sebab Anje dah penat ngan aktiviti hoki, dia tarik diri dr pertandingan. Last Saturday, 25 Feb, aku ke sekolah tengok pertandingan kawad. Bangga dia, pasukan dia dpt no 2. Lebih dia suka, dia terpilih wakil sekolah untuk pertandingan kawad peringkat negeri.
Ayang dan piala pertama.


Anje wakil sekolah untuk pertandingan hoki peringkat zon last week. 3 hari kat padang hoki Jln Duta, sekolah dia dpt no 2. Nampak dia kecewa tapi oklah, memberi saingan hebat, walaupun pemain2nya kemetot belaka. Suka dia dpt mengumpulkan piala2 dan medal2.


2 anak dara ni jauhhhh lebih aktif dr 2 teruna.

No comments: