Tuesday, February 28, 2012

Kiki dan Bomba

Sabtu, 25 Feb - pagi sebelum Ayang ke sekolah utk pertandingan kawad, aku dgr bunyi kucing kat bawah. Sah le kucing aku je yg memekak kalau dia org sesat. So setingkat ke setingkat aku cari dan aku terkejut bila Kiki di atas owning tkt 6 (atas setingkat dr tempat Miki jatuh). oooo not againnnnnnn. Budak bujang rumah tu pulak cam tak nak respond sgt bila aku ckp ada kucing kat owning dia. Lepas hantar Ayang, abah turun tengok Kiki, rupanya wife zaidi dah panggilkan bomba. Baru ada akal budak bujang tu bila abah dan bomba dok ketuk pintu soh dia bg bomba masuk, td ngan aku kau eksyen tak layan.

ingat dia org bawa tempat tangkap haiwan yg mcm dulu tu, rupanya tak de, boleh anggota tu turun ke owning bawah dr grill. aku yg risau dan ngeri, dibuatnya tergelincir .... last sekali Kiki berjaya dinaikkan dr bumbung .....

Ayang, Anje dan Aktiviti Sekolah

Ayang dah ikut jejak Anje aktif kat sekolah, pertama kali dia masuk pertandingan kawad antara badan uniform sekolah. Ayang join Puteri Tunas, sama ngan Anje. So sebab Anje dah penat ngan aktiviti hoki, dia tarik diri dr pertandingan. Last Saturday, 25 Feb, aku ke sekolah tengok pertandingan kawad. Bangga dia, pasukan dia dpt no 2. Lebih dia suka, dia terpilih wakil sekolah untuk pertandingan kawad peringkat negeri.
Ayang dan piala pertama.


Anje wakil sekolah untuk pertandingan hoki peringkat zon last week. 3 hari kat padang hoki Jln Duta, sekolah dia dpt no 2. Nampak dia kecewa tapi oklah, memberi saingan hebat, walaupun pemain2nya kemetot belaka. Suka dia dpt mengumpulkan piala2 dan medal2.


2 anak dara ni jauhhhh lebih aktif dr 2 teruna.

Friday, February 24, 2012

Anje @ Hoki , Ayang @ Kawad

24/2 - Anak2 dara aku ni mmg lebih aktif berbanding abang-abangnya.
Anje 4 hari tak sekolah sebab ada pertandingan hoki. Isnin latihan (sejak 2 minggu lepas lagi, tapi ptg, isnin 1 hari latihan), selasa, rabu dan khamis pertandingan. Peringkat zon Pudu, sekolahnya dapat no 2. ok lah hitam anak dara aku.

Ayang pun dah ikut anje, esok akan ada pertandingan kawad badan beruniform peringkat sekolah. semangat betui dia gi latihan. mula2 anje pun terlibat dgn kawad tapi sebab dia dah all out utk hoki maka dia drop kawad. dah tak larat lagi.

anje akan diberi masa sampai bulan 4 untuk dia aktif. pas tu semua stop utk tumpuan upsr.

Monday, February 20, 2012

Angan-Angan

Angan-angan mat jenin aku datang lagi. Dengan semangat yg kembang kempis seperti biasa. Sebelum ni bagi alasan tak de kasut sukan. Berbulan2 dgn alasan yg sama. Bila semangat mengembang, aku selongkar almari, jumpa kasut lama haziq, basuh, jemur dah kering ... 2 minggu dok jemur.
Sabtu lepas, malamnya semangat sekali lagi mengembang, aku ajak anak dara 2 org tu, esok kita gi jogging kat tmn tasik. wahhhh depa excited sungguh.
Jumaat 17 feb - kat putrajaya jalan tutup sebab org2 kayuh basikal dok praktis, dah 3 hari tutup. So bas kami terpaksa park jauhhhhhh sana. oleh sebab jumaat kerja settle lewat, 5.10 baru aku kuar opis. kwn2 sebas dah lama tunggu ... apa lagi aku marathon la. sampai je bas, member2 dah gelak. "zu, mana lenggang kau, dah rupa kingkong kau jalan" hahahaha mmg kejang habis kaki aku. mlmnya puas dok berurut pulak ....
So... Sabtu esoknya, lepas solat subuh, aku ada 2 pilihan - salin baju gi jogging @ panjat semula katil (kaki masih lenguh marathon semalam).
Akhirnya aku memilih utk panjat semula katil kerana bantal melambai-lambai dan terus beradu sampai kul 9 ..... puas hati.
gemok pun gemok lah ... ada aku kisah!

Friday, February 17, 2012

Kelas Cake

17 Feb - Sepertimana yg selalu aku cakap ler, betapa bosannya kat Putrajaya ni. Bila kelab Rekreasi buat kelas deco cake, kamilah org2 yg daftar dulu. Apa pun kelas ni enjoy gak. Terketar2 tangan mendeko cake. Rasanya mmm boleh buat ni .... untuk makan je lah, bkn utk jual.

Cikgu Dila, bekas pramugari yg buka kelas cake kat Sri kembangan.

Haaaaa dah nak siap barbie doll cake, ingatkan susah, rupanya senang je. mmm birthday anje lambatlah pulak lagi.

Ni hasil tangan aku, boleh la ....

Monday, February 13, 2012

resepi baru lagi

apa pulak resepi minggu ni ... Apple Crumble.
Rasa crumble nya ok, cuma applenya terlebih manislah pulak .... apa pun seperti biasa tetap licin.

Friday, February 10, 2012

sebuah kehidupan

Apa sebenarnya yg kita harapkan pada sebuah kehidupan.
Apakah semua yang kita harapkan kita akan dapat.
Apakah semua yang kita lalui dalam hidup kita merupakan 1 pengalaman atau 1 ujian atau 1 ketentuan.
Apakah kita harus menggenggam sebuah impian dengan menjadikan masa lalu sebagai gambaran atau kita sebenarnya perlu melepaskan masa lalu untuk memandang dan melangkah ke hadapan.
Apakah sejarah kita akan menjadi lukisan indah hiasan masa hadapan atau sebagai lakaran yang tiada nilai apa-apa ....



Trima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata

Weekend

Banyak betul cuti awal2 tahun ni, kadang2 bosan gak sebab tak tau nak kemana.

Aktiviti cuti 4 hari ni .....


5 feb - attend weeding Hafiz, wahhhh grand betul mat polis sorang ni. Anak2 dara 2 org tu suka betui tengok pengantin lalu bawah pedang. Ayang siap cakap - nanti ayang pun nak kawin polis, nak lalu bawah pedang .... gelak besar aku. mana pulak nak cari menantu pegawai polis ni .... apa pun wedding ni mmg manarik sgt.


Cuti2 apa lagi, cuba resepi baru, 2 kali buat. Pavlova namanya.... oklah rasanya tapi budak2 sgt suka maybe sebab krimnya yg banyak, sampai 2 kali kena buat, licin kejap ja. Aku makan sekali je, muak pulak, abah langsung tak sentuh.

Aktiviti di Putrajaya

Ni aktiviti hampir setiap Jumaat (kalau ada mood nak keluar), mana lagi kalau bukan ke Pasar Tani Persint 3.
aku ni mmg jarang ke pasar mlm/pasar tani sebab area rumah mmg tak de, kalau ada pun kat bandar tun razak. So bila dok tempat sunyi sepi ni, mana lagi nak pergi ....
Kat Pasar Tani ada gerai menjual makanan, so ni tempat kesukaan kami, gerai char kue tiaw. Tapi aku paling suka mee tsunami ....