Friday, November 25, 2011

Rombongan makcik-makcik

Wild Life Sunway Lagoon -



High 5 Bread Town -
,


21 Nov - puspanita buat rombongan makcik-makcik dan anak2 ke High 5 Bread Town dan Wild Life Sunway Lagoon. Ramai geng BTM yg pi. aku, wan, kak kiah, kak li, ina dan kak anum. Aku bawa anak dara berdua tu. Seronok betui depa dapat pi dan dpt lepak opis baru mama dia org ni.






Kul 9 bertolak, kul 3 sampai balik opis. penat tapi enjoyyyyy .....

Bulat (anak angkat Sagua) dah besar






Bulat dah makin besar, dah cerdik, bila dipanggil berlari2 dia datang. dah boleh tumpang mengusu ngan Mak Itam. dah boleh main ngan yg lain. Ayang dan Anje makin sayangkan Bulat. Payah juga nak bagi kat kak li sebagaimana yg dijanjikan.




aku pun sayang gak ngan Bulat, ya lah dah mcm baby, dia je yg kecil kat rumah tu. Dalam dilema ni, nak terus bela @ bg kat kak li.

Tahun Peperiksan Untuk Haziq dan Danial


gambar haziq dalam dalam berita harian.

Kelakar betul masa buka paper BH bertarikh 14 Nov (isnin), seharian hari tu mmg bz, so aku ambik paper bawa balik. Atas bas aku dok buka paper, tengok gambar bdk2 peksa, teringat anak aku pun ambik peksa gak. pas tu tengok gambar tu dr sek men sri tasik, dlm hati aku berkata - ada agaknya dari bdk2 ni yg aku kenal. belek punya belek terpandang muka anak sendiri. Anak org lain masuk paper bila keluar result peksa, anak aku baru start peksa dah masuk paper hehehehehehe oklah tu.
Thn ni Haziq SPM dan Danial dah PMR, kejapnya masa berlalu. Danial nampak juga tekun belajar last2 minit. Haziq pulak dari awal peksa sampailah nak habis dah, mcm tu ja .... asyik soh aku relax saja.

Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 2011

4 November, lepas solat jumaat, kami berangkat ke Negeri 9, mmmm mana lagi nak pi. Sampai ptg. sib baik dia org dah balik minggu lepas utk kemas rumah, so rumah tak ler berabuk teruk sgt.
Mlmnya seperti biasa, gi beli barang2 dapur. then makan kat kedai Ram. mula tu malas juga nak pi, apa lagi nak ngadap along. dah la hari tu dia call aku wat dekkkk je sbb tak larat nak layan masalah rtangga dia. tapi abah nak pi juga, aku ikut ja lah. Sib baik dia mcm biasa dan seperti biasa lepas tu aku sambg dengar masalah rtangga dia yg dah masuk kes polis. sabar je lah.
Sabtu seperti biasa masak-memasak. Pagi raya, lepas solat, kami ke rumah kak tih, dia wat korban. luka gak la jemari ni dok potong daging. malamnya kami balik KL sebab ada acara lain esoknya kat Lestari. kehulu hilir aku bawa miaw2 tu ....

7 Nov, 1st time Lestari buat korban. ramai juga yg hadir. 1/2 dibahagi2, 1/2 lagi wat masak, kenduri lepas zohor. dah lama aku tak makan sup tulang yg sarat lemak mmmmm apa lagi lemak pun lemak lah .....sesekali.

Anak Angkat Sagua TInggal 1 Saja

Si bulat dan si kecik



Si kecik dah tak ada lagi .....

7/11/2011 - anak2 angkat Sagua yg 2 ekor, aku bawa balik kg. Sapa nak jaga pulak kat rumah.


Balik KL si kecik tu dah cam tak bermaya. Malam Tadi jumpa dah mati kat tepi peti ais. Nampaknya mama tak boleh jaga si kecik mcm mak kucing jaga.

tinggal lagi sekor yg bulat. nakal sgt, memanjat org je kerjanya.

Thursday, November 3, 2011

Sagua junior ke Johor

Sebiji mcm mak Sagua

Khamis 3 Nov 2011 - mlm ni Wan dtg ambik si Sagua junior. anak sagua yg sebiji mcm maknya. rindu sebenarnya kat sagua, sbb bila ke kedai tak ada lg sagua kat dlm kedai. sagua rajin ikut abah, specially kalau abah melawat tanaman kat hujung tanah lapang pun. terkejar2 sagua mengikut .... anak sagua aku tak mampu nak jaga, sayang sebenarnya tapi tak apalah moga dia lebih bahagia kat sana .... tinggal 2 lg anak angkat sagua, besar sikit boleh kasi kak lee.

Tuesday, November 1, 2011

2 anak Sagua dah di ambil orang





31 okt - 2 ekor anak Sagua yg kelabu dan gebu dah diambil org di Putrajaya. Alhamdullilah, aku tau dia akan jaga mereka lebih baik dr aku jaga. sekarang tinggal sekor yg sebiji cam Sagua dan 2 ekor anak angkat Sagua.
sedih juga tapi kat rumah dah terlalu bnyk. lepas ni kena buat iklan lah nampaknya, siapa nak kucing. cuma anak2 Mak Be tak lawa, sama ja mcm mak dia, kesitttt ja. tak dak sapa yg nak.