Thursday, December 30, 2010

Keperitan Bobby beranak 6








Tak de masa nak update blog, bnyk benda nak tulis sebenarnya. Bobby si mak labu yg perut besar sgt akhirnya beranak 6, kurrrrr semangat. comel-comel, tak salah tarikh sebenar pada 7 Disember 2010.
lepas 2 minggu susu Bobby bengkak, beberapa hari pecah, on 22 Dis aku bawa ke klinik haiwan kerajaan, kena jahit 5 jarum, sian betul. Tapi ptg tu aku ke Melaka untuk MBJ. Khaimis mlm Anje dgn cemas call, jahitan semua terbuka, pagi Jumaat aku tumpang Hafiz balik KL. Kelam kabut bawa ke klinik semula, jahit lagi. Kali ni aku jaga betul, ubat makan ikut time. sapu ubat dan jaga betul2. Alhamdullilah nampak dah ok.

28 Dis au bawa Miki dan Hitam pulak pi ambik vaksin, harap Hitam sempat di operate sebelum pregnant lagi.
Aku juga kehilangan Debab, dia hilang masa aku ke Melaka, sampai sekarang tak jumpa.

Tuesday, December 14, 2010

Berakhirnya Perkhidmatan Zaki dan Amir

Setiap yg mula mesti akan berakhir. Bukan mudah nak buat pilihan, bukan mudah nak buat keputusan. Keputusan berat ini terpaksa diambil.
Abah dah decide tak nak buat tomyam lagi, sekaligus menamatkan perkhitmatan Zaki dan Amir. Aku memang sedih kerana mereka dah seperti keluarga sendiri dan dah setahun lebih kerja dgn kami. Tapi keputusan perlu dibuat. Agak drastik dan tiba2 juga.

Sebenarnya abah dah lama tak nak buat tomyam, yalah barang mentah mahal, pendapatan biasa saja. Dicampur pulak dengan mereka yg suka balik lama2, nak balik berdua, tak nak balik sorang2. Sib baik ada Yati penyelamat keadaan yg boleh buat nasi ayam bila dia org tak ada. Ditambah pulak dengan sikap baran Amir, asyik nak marah org, semua dia yg betul, hal rumah sewa pun kecoh. Sampai dia boleh bergaduh ngan Sohan, siap naik tangan, which is i myself don't like it. Pas tu nampak dia cam ada problem ngan Zaki. Abah soh Zaki tegur dia tp zaki cam dah putus asa ja, then zaki cakap 50-50 nak kerja lagi kat KL, dia nak ke Bahau cari peluang kat sana. Abah dah offer dia kerja sorang + kami backup ngan masakan lain tapi dia tak nak.

So masa dia ke Bahau, kedai tutup sehari then esoknya abah terus buat keputusan nak jual nasi ayam/nasi tomato dan yg selain thai food. Keputusan tu rasanya buat dia org terkejut besar sebab maybe all this while they thing we depends on them very much and cannot survive without them. Zaki minta nak sewa ruang kedai nak jual thai food, abah minta rm1500 sebulan which they can't afford to pay. Dia org nak RM600, mana dapat .....

Tapi dia org pergi cara baik, siap kirim salam kat aku. mmmmm mana nak dapat tokey baik macam kami, siap masak utk depa lagi. Aku sedih juga sbb dah setahun kenal. Tapi sepatutnya depa lebih prihatin, contohnya nak balik kg, baliklah sorang2, tak lah tutup kedai. Ni balik sampai 6 hari, kalau raya sampai seminggu lebih. Parahhhh lah.

Monday, December 6, 2010

Kem Anak Soleh Ayang dan Anje

4 - 5 Disember 2010, aku hantar 2 anak dara ni ke kem Anak Soleh anjuran Creative SQ kat Masjid Saidina Othman. Bayaran RM90 seorang (diskaun Rm10 sebab hantar 2 anak, kira murah sgt2 tu. Pagi 8.30 dah daftar, Ayang nampak lebih excited dr anje dan nampak lebih berani. Anje tak sihat , sedikit demam. Esoknya kul 2.15 kami pi semula sbb ada sessi ngan ibu bapa sebelum berakhir. Ni yg lomah den, sessi nangis2 ni ishhhhh cubalah buat kaedah lain pulak. Kaedah jati diri, semangat kental.
Ada 3 budak dok baca surat utk ibu bapa, laki aku dah keluar, aku mulalah cari tisu issshhhhhh. Sesi jumpa mak bapa, aku bangun dptkan anje, nangislah dia, ayang tiba2 mai peluk dr belakang, lg kuat menangis .... mmm lama mana nak bertahan baik tu tak tahulah .... tapi apa pun kem ni adalah aktiviti terbaik mengisi masa cuti.
Semoga anak2ku menjadi anak yg soleh dan solehah, aminnnnnn