Dah lama tak update blog, sejak bila nak upload gambar keluar semua script , susah betui nak adjust. ahad 26 sep 2010, Riko pula terjatuh ke bawah. Ya Allah, kali ni aku tengok dr atas saja, aku minta abah uruskan, aku tak mampu lg nak tengok, apa lg nak ambik gambar terakhir. Pagi aku perasan Riko tak ada, aku cari juga ke tkt2 bwh tapi tak nampak kelibat pun, kul 1 pm Ayang dan kawan2 dia menyerbu ke rumah, sambil Ayang dan Kila menangis. Riko jatuh, mmg aku tak terfikir dia akan jatuh. Tapi aku rasa bersalah juga sbb bila aku marahkan dia org membuang merata2 aku selalu cakap, mati jatuh bawa baru padan muka korang, tak reti2 bahasa aku ajar membuang dlm bilik air tak pandai. Nampaknya kata2 aku jadi kenyataan. Tapi Riko manja, setiap mlm dia akan tidur ngan aku. Katil aku akan aku kongsi ngan Riko, Bobby Junior dan Hitam. Sesekali Miki dan Debab join sekali. Kdg2 aku seolah2 terdengar2 suara ngiaunya. Tapi Riko seperti Shiro dan Bobby yg suka memanjat dan duduk di tembok. Rupanya Anum ckp Riko pernah masuk bilik rumah dia melalui tingkat bilik belakang, mmg mencari naas, dan inilah risikonya. Apa pun mama sayang Riko dan akan mama kenang selalu.
Di pagi raya bersama anak2 dara, anak2 saudara dan adik2 ipar Anak-anak dengan mercun klcc, yg melubangkan bumbung rumah hehehehe. Selamat Hari Raya ...
Untuk kesekian kalinya aku beraya lagi di Gemas, seronok juga, ramai yg ada kat rumah arwah mak, family kami, encik, mak ngah, mak tam and uda. Penatnya sbb tak henti2 masak, semuanya full of cholesterol and lemak hehehehe. Yg kelakarnya bila bakar mercun klcc, sekali tu terbang atas bumbung, berlubang bumbung atas bilik mak tam hahahahaha. Seronoknya raya kat Gemas sebab mlm raya ada takbir dari rumah ke rumah, terasa meriah nak sambut raya. Apa pun aku rindu nak baraya di Tandop ......
Hari ini merupakan hari ke 26 Ramadhan dan malam ini adalah ke 27, pertama kali aku rasa yg aku benar2 menghayati Ramadhan sepanjang hidup aku. Aku rasa Ramadhan kali ini amat bermakna, aku menanti kedatangannya, alhamdullilah Allah memberi kesempatan yang besar utk aku kerana aku belum tinggal terawih kecuali cuti yg wajib saja, sib baik 6 hari sahaja dan di awal Ramadhan. Semoga ada rezeki aku habiskan terawih thn ini. Aku dpt buat Dhuha dgn kerap dan Allah berikan aku kesempatan utk menunaikan solat mlm. Dan aku berasa sedih sgt bila mengenangkan Ramashan ini akan pergi tak lama lg. Ntah ada hayatku lg utk kecapi Ramadhan yg akan datang. Anje tabah puasa wpun ada sekali aku tak bangun sahur. Ayang dah kerap ponteng sejak akhir2 ni, tak palah dia baru 8 thn. Yg dia tinggal pun rasanya baru 6 hari. Mmg agak penat sebenarnya bulan puasa ini, walaupun kedai buka, hari2 aku masak. Budak2 lebih suka berbuka dirumah dan mama yg masak. Seperti thn2 lepas menu wajib yg aku buat ayam panggang sekor2, hehehehe tu yg buat danial terliur tu. ABah ngan ikan bakarnya dan resepi dr kak lee, pai sardin, mmg budak2 suka.