Tuesday, June 29, 2010

retreat kesihatan

21 - 24 jun aku kena attend retreat kesihatan, dalam bahasa yg mudahnya kalau dah berumur tu kenalah pi kursus ni, apa lagi dah ter obes cam aku ni hahahahaha. Anyway, kursus ni sgt bermakna, mengajar kita menyayangi diri sendiri. Betul kata penceramah, nilai diri kita sebenarnya melebihi 1 juta ringgit. kalau rosak tak ada alat ganti, kalau ada pun bukannya mudah nak dapat, bukannya serasi seperti original.

Org kat malaysia ni tak ada yg mati kebuluran tapi ramai yg mati kekenyangan. Tengok tenaga pengajar pun makkkk aiiiiiiiii mmg layak bebenor ajar kesihatan. So la ni aku pun amat berhati2 dgn pemakanan. Dalam Islam pun ajar, makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Thursday, June 17, 2010

Aku dah boleh pakai kebaya


Kebaya lama ni dah 3 thn rasaya, dah masuk almari belakang dah pun. Semalam beriya2 Faiz ckp aku dah kurus. masa pi kedai, mamak kedai pun ckp aku kurus ishhhhhh tak percaya!

Mlmnya aku menerai baju2 lama, aaarrrrhhhhhhh muat yahooooo. then aku ambik kebaya merah ni, mak aiiiii muat juga. tahniah zu anda dah kurus.

--------------------
Aku masih rindu sgt2 pada shiro, masih terbayang2 di mata dia ada di rumah. Kdg2 saja2 aku panggil2 nama dia. Mama rindu sgt ngan shiro.

Thursday, June 10, 2010

Shiro Dah Pergi Untuk Selamanya

Aku pangku Shiro selepas aku bawa dia naik, masa ni badannya masih lembut, mcm tak ada apa berlaku saja.

Aku balut shiro ngan kain dan letakkan dalam bakul.

semalam 9 Jun aku kehilangan Shiro untuk selamanya. Seperti Bobby, Shiro jatuh. Aku mmg tak sedap hati dan selalu bayangkan akan terjadi macam tu sbb Shiro suka memanjat. Suka duduk kat tembok luar. Tapi aku tak pernah tengok Shiro meniti paip air tepi rumah tu. Mungkin sbb smlm hujan tembok tu licin.

AKu balik rumah jam 8.20pm, kelam kabut mandi sbb lom solat lg. Selalunya aku akan pastikan kucing2 aku cukup semuanya. lepas isyak baru aku keluar bilik, ngemas rumah then aku perasan Shiro tak ada, selalunya kalau dia tersesat kat tkt 10 dia akan mengiau, tapi aku tak dengar pulak suaranya. Aku keluar cari Shiro bermula tkt 13. then aku terasa nak jengok ke bawah. Ya Allah, shiro kat bawah. Aku rasa lemah betul badan. Aku dan Ayang terus turun ke bawah, aku soh Ayang panggil Haziq. aku yg angkat shiro, masih lembut badannya dan belum sejuk, maknanya baru jatuh. Shiro dah tak ada. tapi tak ada darah langsung cum aku rasa kaki dan tangannya patah. Shiro mengandung dan aku rasa dah cukup bulan. dah besar sgt perutnya.

Aku angkat shiro bawa naik atas. Abah balik bila haziq bg tau. kami cuba juga sedarkan shiro, manalah tau dia pengsan saja. tapi dia dah tak bergerak. aku letakkan dlm bakul. kul 11.30 mlm kami tanam Shiro. Badannya baru mula mengeras, sah Shiro dah mati.

Shiro ni mmg kelakar, masa kecilnya dia suka hisap jari Ayang, dah besar badannya gemuk, dia suka tidur terlentang. Tambahan waktu mengandung. Tapi dia sgt aktif, berlari ke sana sini.

Mama akan rindu shiro, tak ada lagi kucing mama yg akan tunggu depan pintu bilik air lagi bila mama membasuh. Shiro suka perati mama membasuh kasut budak2 kat bilik air. Shiro juga paling suka cakar pintu bilik air , kalau dia nak masuk dan ada org dlm bilik air. tapi shiro garang, kalau mama geram, mama akan peluk shiro kuat dan cium2 muka shiro, dan shiro akan usahakan utk cakar mama. tak ada lagi shiro utk tidut di katil ngan mama.

mama akan rindu yoshiro ... nilai kasih sayang yg tak ternilai harganya ... May 2009, masa aku bawa Shiro balik, jumpa kat tong sampah masjid. Aku pangku Shiro dr mula aku ambil dia sampai akhir hayatnya.

Monday, June 7, 2010

Kameraku

My new camera.


Apa lagi sasaran awal sure lah miaw2. Shiro yg suka tidur terlentang, ngan perut yg dah besar.

Bobby dah besar dan hitam. manja kan main 2 ekor ni.


miaw2 yg lahir kat kedai, embam dan riko, mmg menggeramkan.

Tak kira nak juga ... aku akhirnya berjaya dapatkan canon powershot A495. Biar pun tak canggih tapi puas hati. Asal ada kamera.