Wednesday, December 23, 2009

My 1st Trip To Cameron Highland

20 dan 21 Disember 2009 aku ke Cameron Highland utk attend Meeting MBJ. !st time jejak ke Cameron dan 1st time meeting MBJ di luar. Kebetulan musim hujan, memang sejuk giler ... Bilik tak ada aircond, buka tingkap sikit je, tu pun dah cukup utk kami berbungkus menggigil masa tidur. Aku sebilik ngan Kak Gladys.

Dapat juga pi lawatan ke Mardi, Pasar Malam dan Ladang Teh. Strawberri dah hujung2 sebab terlalu ramai org kat sana. Seronok juga, insyaallah murah rezeki aku nak bawa budak2 ke sini.

Meeting berjalan lancar, KP banyak membantu.

Bawah - gambar2 yg sempat di snap ...
Gambar di Mardi :-




Ladang Teh Bharat dan tempat minum teh tarik - sempat juga pekena skon dan jem strawberry mmmm sedapnya.



Di mardi - pegang je buah epal tu tak leh petik.


Dalam bas.

Wednesday, December 16, 2009

Shaari Kawin

12 Disember 2009 Shaari menikah ngan org Johor tapi aku tak dapat pi, so kami pi hari kenduri the next day 13 Disember (Ahad). Aku, abah , ayang, anje dan kak nor, bertolak dari KL jam 9, kul 12.30 dah sampai tol machap. Alhamdullilah semua selamat ....

Anak dara Omar, my first cucu buah .... Qiasara
Anak dara aku paling puas hati sebab dapat makan kat meja pengantin.
Majlis berarak, tol dan bersanding :-


Pengantin bersiap :-
Menunggu konvoi rombongan :-

Dah besar anak-anak dara Abg Jai.
Aku dan Ipin .... mmmmm tinggi sungguh.

Thursday, December 10, 2009

Tarian 1 Malaysia




Mula-mula fikir macam kerja gila tapi seronok juga. Apa taknya nama aku naik utk pi menari kat dataran merdeka sempena tarian 1 malaysia. Dalam rasa malas tu aku gagah juga pi rehearsal 5 disember, mmmm best juga. Then on actual day aku pi juga, wahhhh meriah .... so aku menarilah dgn sesungguh hari. Lepas yg rasmi depa buat seround lagi, aku menari gak ... akibatnya aku balik rumah sampai kul 10.40am aku zzzzzz sampai 12.30 hehehehe. Lps asar sambung zzzzzz lagi.

Esoknya cadang nak cuti, tapi aku dikejutkan dgn berita member meninggal. Kak Jun meninggal dalam usia 56 thn kerana cancer. Baru tahu 2 minggu sebelum meninggal .... dah tahu terus stage 4, takutnyaaaaa.....

So aku batal cuti, isnin pi ziarah arwah. Selasa baru cuti ....

Raya Haji







Lama betul tak update cerita di blog persendirian aku ni.

Raya haji lepas 27 Nov, kami balik Gemas. Yang balik sama adalah family Encik dan family Mak Uda. Hari raya baru family abg ngah dan family kak tih datang.
oklah meriah juga. Aku bawa zul pembantu kedai budak indon tu balik kg. ramai pulak yg minat dia hehehehe. dia pun nampak selesa.
Raya sambut birthday Cuna. Banyak juga kisah family yg hangat, pak tih ngan affair sampai kak tih dah buat tambahan taklik. Pak encik tu hebat juga, tapi penafian dia pada encik buat aku gelak besar .... mmmmm bukan aku tak kenal peel jantan2 ni.
kami balik 24 - 26 Nov saja. kedai tutup seminggu sebab zaki dan amir balik patani beraya.

Wednesday, November 18, 2009

Ketulusan Hati ....



Anuar Zain - Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya



Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya


Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu

Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

----------------------
*** Pengalaman menunaikan umrah masih segar dalam ingatan, terpahat kuat. Getaran yang dirasakan bila menyebut Labaikallah hummalabai ... terasa diri terasing diawangan, dgn juraian air mata yg tidak dipaksa, satu perasaan yang menyentap jiwa dan naluri yang sukar diucapkan. Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamuMu lagi.

Tuesday, November 17, 2009

Sek Men Teknik Alor Setar '87 - '88




Gambar yg aku dapat dari facebook kawan2 lama. Sek Men Teknik Alor Setar tahun 87 dan 88 di kelas 4B1 dan 5B1. Memang di SEMENTAS kelas form 4 dan form 5 tak akan berubah pelajarnya. So ragam kawan2 memang paham sangat. Seingat aku, pengawas cuma aku dan Ismail saja. Miss Lim yang comel adalah guru kelas utk 2 thn berturut2. Bilangan pompuan dalam kelas memang kurang sebab kelas Civil Engineering. Kelas Pertanian je yg ramai pompuan.
Tapi ramai juga yg aku dah lupa nama, muka ingat lagi. Biasalah dalam kelas ada yg huha huha ada yg pendiam. So yg huha huha tu yg paling ingat. Alhamdullilah ramai yg dah berjaya, zikri dah jadi ahli korporat, helmy katanya dah dapat dato' mmmmm dato apa ya.
kenangan sekolah adalah yang paling best ..... zaman tak ada masalah ....

Monday, November 16, 2009

Aku Tanpa CintaMu

Album : Mirwana & JayJay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


*** Apa diharap kasihnya manusia, tiada penghujung tiada kesudahan, yang tinggal hanya diri sendiri terkapai-kapai melewati waktu ...
Rebutlah kasihnya Allah, insyaallah bahagia ke akhir hayat dan bahagia di sanaaaa ...

Kerlipan Cinta

Kerlipan Cinta
Album : Rabbani

Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan
Bahagia abadi ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya



Ya Allah, terima kasih kerana menerima aku sebagai tetamuMu. Semoga ada rezeki utk aku menjadi tetamuMu lagi.

Friday, November 6, 2009

Gary pun dah tak ada

Semalam sebelum aku tidur, si Gary tiba2 keluar dari rak bawah tv (memang dia suka dok kat situ) dan datang naik atas riba aku. Aku belai2 dia, from my experience aku tau Gary sakit dan tak akan hidup lama. Dah seminggu dia tak makan. Masa aku pegang, berbunyi2 si Gary cam menyanyi. Dia ngan Mawi mmg suka bunyi2 cam menyanyi tu.
Pagi tadi masa aku bangun tidur, aku nampak Gary di bawah coffee table, dah tak ada. Sedih juga rasa, aku jaga budak2 tu dari baru lahir. Gary yg garang, suka berebut botol susu ngan adik beradik dia dah tak ada. Tinggal mawi dan Tompok saja sekarang ni.

Wednesday, October 28, 2009

Alhamdullilah

Alhamdullilah, Syukur ke hadrat Allah yang memberi segalanya yg baik utk ku. Segala pujian ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad saw.
Hari ni dah 11 hari Captain Cafe beroperasi, ramai customer alhamdullilah. Aku ler yg paling teruk rasanya, siang kerja, kerja rumah lagi, kerja kat cafe lagi. penatnyeeee.
Doa aku semoga Allah murahkan rezeki kami, panjangkan umur kami, jadikan kami org2 yg berhati baik, iklas, dan permudahkan urusan hidup kami Ya Allah. Hidup dan mati kan lah kami pada jalanMu.

Friday, October 23, 2009

Miki, Captain Cafe dan Jadual Aku

Semalam 22 Okt, Miki kena pukul kau2 punya ngan Abu. Dah lama Abu geram ngan peel mengada2 Miki tu, mak cakap berguling dah mcm bola bergoleh. Suara Miki dah tak dgr, ingatkan dah mati. Balik kerja aku tengok memang Miki luka bnyk, sian Miki. Semua part kat badan bergaris2 kena cakar. Dlm bilik ada darah2 sikit, bulu putih dia pun berdarah. Samseng tak bertempat Abu ni.

Captain Cafe dan Aku.
Sejak buka cafe, rutin aku pun berubah. Dapur dah lama tak berasap. Sejuk dapur tu, dah jadi tempat sidai kain. Aku balik kerja terus ke cafe sampai abah selesai solat magrib, then baru aku naik atas. 2 mlm aku tak turun bawah, settlekan kerja2 rumah di atas dan merehatkan badan yg mmg letih. Pendapatan alhamdullilah ..... pokoknya jgn kedekut, jgn terlalu berkira. ikhlas dalam setiap yg kita buat. Moga Allah meluaskan rezeki kami dan memudahkan setiap urusan kami.

Tuesday, October 20, 2009

CAPTAIN CAFE



18 Oktober 2009 (29 Syawal) - Captain Cafe dibuka secara rasminya. Alhamdullilah.
Dengan pertolongan Along dan Ram, kami dapat tukang masak Thai yg pro. Mat pembancuh air yg juga ok dan Buyat mmmm bolehlah.
Haziq jaga stall burger. Alhamdullilah semuanya ok, jadual aku pun bertukar. Dapur tak berasap lagi, dapur kedai je. Pelanggan alhamdulillah ok. Lega juga rasa. Ya Allah moga murah rezeki kami.

Friday, October 16, 2009

Jamuan Raya BTM







Jamuan lagi, budaya Malaysia memang macam tu. Sampai masa kena serangan jantung, padam semuanya. Gara2 makan berlebihan. Dimana SEDAP? kat sekitar mulut je. Masuk ke perut apa pun tak rasa, mulalah sedap tadi bertukar sakit.
Apa pun sekali lagi secara kecil-kecilan, BTM buat lagi jamuan raya. meriah lah juga. last minute aku juga yg kena cari katerer. Last2 minta Ita bandar Tun Razak tolong masak. Sedap juga dia masak, nasi putih, ikan masin gulai lemak + pisang, ayam grg berempah, daging palembang (daging hitam), buah. Air kami buat sendiri. Abg Taib bawa laksa johor. Ina & K.Kiah masak bubur kacang dan puding. Ada rojak buah, cheese cake, kek secret receipi, kuih muih, ais krim, buah2an yg sedap ..... Last2 banyak juga atas meja. Kena sentuhan kak Fazi dan kak Ida, lawa jadi bilik meeting tu.
Pagi breakfast mee grg kak faridah, lepat az, karipap aku beli, sandwich telur dan tuna. Kenyang juga. Alhamdullilah .... bila nak diet ni, dah mcm tong drum ....

Persidangan UMNO PWTC

Pekerja di PWTC ni memang menunggu-nunggu persidangan UMNO setiap tahun. Bukan kerana nak dengar ucapan tapi kerana nak shopping. Penuh gerai, meriah sungguh. Bos pun cam paham2 kalau ada persidangan maka anak2 buahnya awal keluar lunch dan balik lewat.
Agaknya kalau dia buat spotcheck kat bawah sure ramai yg kena tangkap. Kul 2 lebih masih mencuba2 tudung dan memilih baju. Tu lah peel org pompuan walaupun tak ada duit hahahaha.

Aku pi juga sambil butakan mata, karang terlebih celik parah aaaaa banyak yg menarik. Tapi kali ni rasanya tak seramai dulu, mungkin sebab tak ada pemilihan.

Aku sempat snap beberapa gambar menarik. Oh ya mee rebus Nadia Mustapa (pelakon tu) memang sedap....

Gelagat teruna penjual tudung
Wan dan penjual songket

Nadia Mustafa sedang siapkan mee rebus di gerainya.