Thursday, January 7, 2010

Balik Kedah

keluarga besar Abg Jai (ayang terselit juga)
Mak, Kak Menah dan Kak Ani , kerabah dari Raub pun ada.
Aku, My Sis and Ita My Cousin
Siapa Pengantin niiiii
Anak2 dara jadi tukang kasi gula2, ada juga gambar Haziq terselit kat tepi.
Semua nak merasa naik pelamin
Anak2 dara belaka + bakal menantu abg nan yg bertudung hijau.
Keluarga aku dan pengantin.


Nak kata balik kampung pun boleh, nak kata gi melancong pun ok. itulah perjalanan aku ke kedah, negeri tumpah darahku. Kami balik sekeluarga + mak untuk majlis kawin shaari di Kedah. Dah lama tak balik, seronok tengok sawah padi, nyaman rasa.
1st night kami dok rumah sewa shaari, 2nd night kami tidoq hotel, T hotel. budget hotel je tapi cukup selesa kat tandop. mmmm full house juga. Abg Nan dan Abg pun dok situ.
Pengantin perempuan datang serombongan degnan bas. Majlis berjalan lancar, sederhana tapi meriah ... Kenduri Shaari di Kedah pada 26/12/2009.

Wednesday, December 23, 2009

My 1st Trip To Cameron Highland

20 dan 21 Disember 2009 aku ke Cameron Highland utk attend Meeting MBJ. !st time jejak ke Cameron dan 1st time meeting MBJ di luar. Kebetulan musim hujan, memang sejuk giler ... Bilik tak ada aircond, buka tingkap sikit je, tu pun dah cukup utk kami berbungkus menggigil masa tidur. Aku sebilik ngan Kak Gladys.

Dapat juga pi lawatan ke Mardi, Pasar Malam dan Ladang Teh. Strawberri dah hujung2 sebab terlalu ramai org kat sana. Seronok juga, insyaallah murah rezeki aku nak bawa budak2 ke sini.

Meeting berjalan lancar, KP banyak membantu.

Bawah - gambar2 yg sempat di snap ...
Gambar di Mardi :-




Ladang Teh Bharat dan tempat minum teh tarik - sempat juga pekena skon dan jem strawberry mmmm sedapnya.



Di mardi - pegang je buah epal tu tak leh petik.


Dalam bas.

Wednesday, December 16, 2009

Shaari Kawin

12 Disember 2009 Shaari menikah ngan org Johor tapi aku tak dapat pi, so kami pi hari kenduri the next day 13 Disember (Ahad). Aku, abah , ayang, anje dan kak nor, bertolak dari KL jam 9, kul 12.30 dah sampai tol machap. Alhamdullilah semua selamat ....

Anak dara Omar, my first cucu buah .... Qiasara
Anak dara aku paling puas hati sebab dapat makan kat meja pengantin.
Majlis berarak, tol dan bersanding :-


Pengantin bersiap :-
Menunggu konvoi rombongan :-

Dah besar anak-anak dara Abg Jai.
Aku dan Ipin .... mmmmm tinggi sungguh.

Thursday, December 10, 2009

Tarian 1 Malaysia




Mula-mula fikir macam kerja gila tapi seronok juga. Apa taknya nama aku naik utk pi menari kat dataran merdeka sempena tarian 1 malaysia. Dalam rasa malas tu aku gagah juga pi rehearsal 5 disember, mmmm best juga. Then on actual day aku pi juga, wahhhh meriah .... so aku menarilah dgn sesungguh hari. Lepas yg rasmi depa buat seround lagi, aku menari gak ... akibatnya aku balik rumah sampai kul 10.40am aku zzzzzz sampai 12.30 hehehehe. Lps asar sambung zzzzzz lagi.

Esoknya cadang nak cuti, tapi aku dikejutkan dgn berita member meninggal. Kak Jun meninggal dalam usia 56 thn kerana cancer. Baru tahu 2 minggu sebelum meninggal .... dah tahu terus stage 4, takutnyaaaaa.....

So aku batal cuti, isnin pi ziarah arwah. Selasa baru cuti ....

Raya Haji







Lama betul tak update cerita di blog persendirian aku ni.

Raya haji lepas 27 Nov, kami balik Gemas. Yang balik sama adalah family Encik dan family Mak Uda. Hari raya baru family abg ngah dan family kak tih datang.
oklah meriah juga. Aku bawa zul pembantu kedai budak indon tu balik kg. ramai pulak yg minat dia hehehehe. dia pun nampak selesa.
Raya sambut birthday Cuna. Banyak juga kisah family yg hangat, pak tih ngan affair sampai kak tih dah buat tambahan taklik. Pak encik tu hebat juga, tapi penafian dia pada encik buat aku gelak besar .... mmmmm bukan aku tak kenal peel jantan2 ni.
kami balik 24 - 26 Nov saja. kedai tutup seminggu sebab zaki dan amir balik patani beraya.

Wednesday, November 18, 2009

Ketulusan Hati ....



Anuar Zain - Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya



Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya


Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu

Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

----------------------
*** Pengalaman menunaikan umrah masih segar dalam ingatan, terpahat kuat. Getaran yang dirasakan bila menyebut Labaikallah hummalabai ... terasa diri terasing diawangan, dgn juraian air mata yg tidak dipaksa, satu perasaan yang menyentap jiwa dan naluri yang sukar diucapkan. Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamuMu lagi.

Tuesday, November 17, 2009

Sek Men Teknik Alor Setar '87 - '88




Gambar yg aku dapat dari facebook kawan2 lama. Sek Men Teknik Alor Setar tahun 87 dan 88 di kelas 4B1 dan 5B1. Memang di SEMENTAS kelas form 4 dan form 5 tak akan berubah pelajarnya. So ragam kawan2 memang paham sangat. Seingat aku, pengawas cuma aku dan Ismail saja. Miss Lim yang comel adalah guru kelas utk 2 thn berturut2. Bilangan pompuan dalam kelas memang kurang sebab kelas Civil Engineering. Kelas Pertanian je yg ramai pompuan.
Tapi ramai juga yg aku dah lupa nama, muka ingat lagi. Biasalah dalam kelas ada yg huha huha ada yg pendiam. So yg huha huha tu yg paling ingat. Alhamdullilah ramai yg dah berjaya, zikri dah jadi ahli korporat, helmy katanya dah dapat dato' mmmmm dato apa ya.
kenangan sekolah adalah yang paling best ..... zaman tak ada masalah ....

Monday, November 16, 2009

Aku Tanpa CintaMu

Album : Mirwana & JayJay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


*** Apa diharap kasihnya manusia, tiada penghujung tiada kesudahan, yang tinggal hanya diri sendiri terkapai-kapai melewati waktu ...
Rebutlah kasihnya Allah, insyaallah bahagia ke akhir hayat dan bahagia di sanaaaa ...

Kerlipan Cinta

Kerlipan Cinta
Album : Rabbani

Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan
Bahagia abadi ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya



Ya Allah, terima kasih kerana menerima aku sebagai tetamuMu. Semoga ada rezeki utk aku menjadi tetamuMu lagi.

Friday, November 6, 2009

Gary pun dah tak ada

Semalam sebelum aku tidur, si Gary tiba2 keluar dari rak bawah tv (memang dia suka dok kat situ) dan datang naik atas riba aku. Aku belai2 dia, from my experience aku tau Gary sakit dan tak akan hidup lama. Dah seminggu dia tak makan. Masa aku pegang, berbunyi2 si Gary cam menyanyi. Dia ngan Mawi mmg suka bunyi2 cam menyanyi tu.
Pagi tadi masa aku bangun tidur, aku nampak Gary di bawah coffee table, dah tak ada. Sedih juga rasa, aku jaga budak2 tu dari baru lahir. Gary yg garang, suka berebut botol susu ngan adik beradik dia dah tak ada. Tinggal mawi dan Tompok saja sekarang ni.