Friday, January 30, 2015

Anak-anak dan persekolahan ... "budak baru"

Menjadi pelajar baru bukan 1 yang mudah kecuali bg pelajar tingkatan 1 yang boleh dikatakan semuanya adalah budak baru.

Tahun ni 2 anak dara berkenaan dipindahkan sekolah ke SMK Persint 18(1).  Ayang di tingkatan 1 dan Anje di tingkatan 3.  Ayang agak selesa sebab memulakan sesi pelajaran dgn semua pelajar 'baru'.  walaupun majoriti pelajar tkt 1 dr SRK Persint 18(1) tp ramai juga yg mmg dr luas kawasan.  So dia dapat sesuaikan diri.   Berbanding dgn masa dia di SK Seroja, BBST dulu, bila dia masuk ke darjah 5, hari2 minta tukar sekolah.  Bkn saja dgn bdk sekelas, dgn cikgu pun dia tak boleh ngam.
So alhamdullilah kali dia sgt bersemangat untuk belajar dan tak sabar2 nak aktif dlm aktiviti sekolah.

Berbalik pulak dgn anak dara tkt 3 sorang ni .... mmm dia ni agak fragile ... Minggu pertama dia harus ikut minggu orientasi bersama form 1 dan semua murid baru.  Alhamdilillah dia dah jumpa kawan.  Minggu ke 2 baru dia ditempatkan ke kelas tapi x sama dgn kwn2 yg dia mula rapat masa minggu orientasi.  So bermulalah episod air mata dan tension .... dan tensionnya dia tempias ke aku.
Hari2 minta tukar semula ke sekolah lama di BBST.  Boleh dikatakan kena buli.  Oleh sebab dlm kelas cuma ada 6 murid perempuan, dia jadi x bnyk ckp.  Locker kena buka, kata2 kesat dari beberapa org kawan sekelas, ada yg perli2 suruh dia tukar semula ke sekolah lama .... macam2.
Mulanya aku cuba utk tukarkan semula ke BBST tapi masalah asrama yg penuh.  So aku terpaksa pujuk dia, hari2 bercakap dengan dia, nasihatkan dia, bg dia kata2 semangat.  Suruh dia bnyk berdoa, bagi dia ayat2 yang boleh dia amalkan untuk memudahkan urusan.  Sebab dia dah mula bg mcm2 alasan untuk tak ke sekolah, demamlah, sakit telingalah ... macam2.  Akhirnya aku ckp aku bg dia tempoh seminggu, kalau keadaan dlm kelas masih sama aku akan jumpa cikgu @ pengetua sekolah untuk berbincang.

Alhamdullillah mungkin dgn berkat doa yg tak henti2, selain ayat2 yang aku minta dia amalkan, keadaan beransur2 berubah.  Aku pesan dgn dia yg dia juga perlu cuba suaikan diri.  Mungkin ada sebab2 yg org menjauhkan diri dr dia.  Seminggu masa yang aku bg dah berlalu dgn baik sekali. Alhamdullilah.  Dia dah ok dgn kwn2 sekelas.  Masa rehat pula selalu dia habiskan dgn kawan2 yg dia mula rapat dari kelas sebelah.  Kawan2 sekelas pun dah tak ada yg perli2 atau buli dia lg.

Akhirnya dia bg tau kenapa dia jadi pendiam bila masuk kelas, sebab kawan2 pompuan asyik bercakap pasal boyfriend dan pasal cinta tak henti2 hihihihihihi dan dia rasa rimas dgn topik tu. 

Apapun yg penting sebagai ibu kita mesti rapat dgn anak kita supaya kita boleh sama2 memahami dan mengatasi masalah anak2.

"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit
Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan
 
(ini ayat yang aku minta Anje amalkan - syukur Ya Allah kerana memudahkan urusan kami)


Tuesday, January 13, 2015

Pindah ...

Awal November aku mendapat tawaran kuarters di Persint 17.
Mestilah aku terima sebab dah letih nak ulang alik dan boleh jimat kos.  Tapi aku selesaikan urusan sekolah anak, selesaikan urusan outstation dan waktu paling sesuai bila 2 anak teruna boleh balik.  Kebetulan minggu yg ada cuti Krismas haziq cuti seminggu dan danial dalam study week, so bolehlah balik tolong angkat barang.

20 Disember, aku pun jadi warga Putrajaya.  Kerja kat sini, rumah kat sini .... sesungguhnya kita hanya merancang, Allah juga sebaik-baik pelaksana.  Bila opis berpindah ke sini 4 thn lepas, kami semua sebenarnya dalam keadaan blur.  Kami yg biasa dgn kesibukan KL tiba2 dok tempat tempat yg sunyi sepi. Opis di Persint 5 yg mmg kawasan agak sunyi.  Masa tu tak terfikir nak kerja area sini apalagi nak tinggal disini.  Aku antara mereka2 yg lewat apply kuarters sbb tak rasa nak dok sini.
Tapi takdir Allah mengatasi segalanya dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.
2 tahun lepas. bermula dgn aku berhijrah ke Sepang, menjual apartment di KL dan membeli rumah di Nilai dan sekarang aku berhijrah ke Putrajaya.

Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana Persint 17 adalah kawasan yg kecil dan jauh dari suasana sibuk.  Kawasan yang selesa dan rumah yg sangat2 selesa.  Walaupun apartment tapi cukup luas bg kami 6 beranak.  Ditambah dgn 6 ekor miaw2, pun masih luas lagi.  Apartment disini bertaraf kondo sebenarnya, dgn saiz lebih kurang 1400 kp.  Yg paling aku suka 1 floor cuma ada 8 rumah.  So suasananya jauh berbeza dgn apartment di Cheras dulu yg 1 floor ada 22 rumah. 

2 anak dara dah tukar sekolah.  Ayang dah selesai orientasi tingkatan 1.  Anje pulak akan menghadapi cabaran 'budak baru' dan terpaksa tukar aliran sebab di sekolah baru tidak ada aliran ert yg dia ambil.

Miaw2 pulak .... mula2 dia org agak tension aku rasa.  Shiro dan wawa yg memang jenis jarang masuk rmh tiba2 terperap dalam rmh.  Minggu pertama kami terpaksa tutup semua tingkap, takut ada pulak yg terjun.  tp sekarang slowly dia org dah boleh terima perubahan. Masa nak pindah adalah saat yang paling susah, maklumlah dia org ni bukan sebulu, bekas kucing pun ada 1 ja.  So 3 ekor masuk dalam bekas, 3 lagi masuk kotak .... ambik kau.  1/2 hari dok berkurung dalam tu.

mak be, tomok dan kak yong luna dalam kotak ... bergegar2 kotak dia org dok bergaduh
Donit ... atas katil je tempatnya
Sian shiro ... dah tak dapat keluar ... tengok pemandangan ja lah

Apa pun tak boleh .... keluar tak boleh ... tidur je lah
Dapur yg dah siap kabinet ... agak luas dan selesa

Ruang lepak yg paling aku suka .....