Kejam celik ... pejam celik dah 20 tahun rupanya berkhidmat di sini. Alhamdulillah ... masih rasa seronok dan bersemangat untuk bekerja.
Walaupun dah injak angka 40an, kekadang memang rasa letih tapi aku enjoy kerja di sini. Teringat 20 tahun dulu masa baru kerja, ramai member2 bekerja dgn swasta dan selalu cakap - sampai bila kau nak kerja ngan gomen. Rupanya sampai 20 tahun, kut panjang umur sampai pencen rasanya. Menakjubkan tahun2 kebelakangan ni, semua org berebut2 nak kerja ngan gomen.
Setiap tahun mana2 staf yang kerja 20,25,30,35,40 akan dapat anugerah ini. Ada juga beberapa staff yang perkhidmatannya sampai 40 tahun. errr rasanya aku tak mampu kot. Cukup umur 56 aku nak bersara. Lagi 13 tahun. Itupun masa aku bersara nanti, insyaallah service dah 33 tahun.
Geng 20 tahun, welcome to the club! |
Apapun pekerjaan yang kita buat, mesti buat dengan ikhlas. Susun jadual tugas dengan baik dan pastikan masa digunakan sebaiknya untuk menyelesaikan tugas. Kerja adalah amanah yang mesti dijaga dan akan dinilai bukan saja di dunia tapi di akhirat. Jangan berkira, apa lagi bila bekerja dalam pasukan. Jangan mencari salah orang bila sesuatu perkara berlaku, tersilap atau perlu dibetulkan tetapi atasinya dengan cara berhemah. Sekiranya orang dibawah kita lebih tua dari kita, gunakan arahan yang jelas, bahasa yang baik dan sentiasa ada rasa hormat kerana mereka lebih tua dari kita biarpun jawatannya lebih rendah.
Hormati orang lain kalau nak diri kita dihormati. Positifkan minda, insyaallah yang disekeliling kita juga positif,