Dah 8-9 tahun rasanya kami beraya di Gemas. Maklumlah rumah kampung sendiri dah tak ada, tumpang ja lah kampung orang. Rumah arwah mak dan bapa mertua di Felda Basir Besar, Gemas sememangnya tak berpenghuni. Kami hanya balik sesekali saja. Ipar2 kerap juga balik sebab dia org tinggal sekitar Negeri 9. Kami yg diluar ni balik time raya sajalah.
Tahun ni kami sekeluarga balik 2 hari sebelum raya. Sebelum puasa ipar2 dah balik kemas rumah, maklumlah rumah tinggal. So time raya kami selalunya akan balik awal. Letak ja beg, terus menyapu dan mop rumah. Onkan peti ais, keluarkan mesin basuh, punggah periuk belanga pinggan mangkuk yg nak digunakan. Petangnya ke pekan Gemas membeli barang keperluan hari raya, selalunya budget tak lari rm500 untuk seminggu beraya di kampong. Itu tak masuk daging, ayam dan bahan basah lain. Alhamdullilah hasil sawit dan getah dikumpul untuk perbelanjaan raya dan membaiki rumah, so setiap kali raya di kampung kami tak payah fikir bab belanja untuk raya. Tahun ni walaupun getah dah tunggu masa untuk ditebang semula tapi hasil sawit masih ada. So dapatlah setiap keluarga rm300 duit raya. Petangnya seperti kelaziman setiap tahun kami akan berbuka di rumah Ibu (adik ipar) tak jauh dr rumah arwah mak. Encik dan mak uda pun join sama. Ibu sajikan air istimewa - Air Janda Pulang ... hehehehehe apa punya nama, tak sempat nak snap gambar pulak sebab dah keletihan, dok ingat nak makan ja. Air ni ada campuran air kelapa + isi kelapa muda dan sirap bandung. Rasanya sedap juga. Kenapa namanya Air Janda Pulang - konon cerita si duda nak memujuk jandanya utk rujuk semula, dihidangkannya air ni, so si bekas isteri tertawan dan rujuk semula .... ntah tak sure kisah benar atau hanya rekaan semata-mata.
Hari mantai ... sejak berlakikan orang negeri 9 hehehehe baru ku kenal apa itu mantai .... rupanya persiapan masak2 sebelum raya mmmmm. Menu tahun ni, rendang maman+ayam kampung, rendang daging hitam (ni rembau most wanted punya resepi), lemang, nasi impit dan kuah kacang. Kelapa ambil dr pokok belakang rumah, so jumlah keseluruhan kelapa untuk rendang dan lemang adalah 37 biji. Arrrggghhhh 37 biji kelapa, patutlah 2 hari lepas raya makin melebar je badan ni. Tapi itulah negeri 9, tak boleh lari dari kelapa. Lauk2 pun guna kelapa juga. kolesterol ... kolesterol ....
So last day aku kat kampung, aku masak singgang ikan, haaaa rebus saja. tapi itu yang habis dulu. Raya tahun ni, 4 family beraya di kampung. Kami, family Encik, falimy Uda dan family Mak Tam. Family Abg Ngah tak dapat beraya sebab kak ngah masuk hospital dan kena operate di pagi hari raya. 2 hari sebelum raya kak ngah pi cek kat hospital Melaka sebab sakit perut, rupanya apendiks dah pecah dan doktor arahkan operation segera. So pagi raya, jam 11 dia operate, semua anak beranak Abg Ngah beraya di hospital.
Geng pompuan di kampung - ipar, biras, anak dan anak buah |
Rendang maman ayam kampung .... |
Lomang hasil tangan Encik, aku dan Pak Tam |
KP Cendol |
Gambar raya keluarga besar Bahagian Teknologi Maklumat, Tourism Malaysia. |
No comments:
Post a Comment