Wednesday, August 28, 2013

PhotoBook .....


Hari ni nak bercerita pasal PhotoBook pulak, yg menjadi kegilaan kawan-kawan di opis.  Bermula ngan member opis si blogger Sumijelly Weblog, dah menjadi ikutan semua.  Masing2 menunggu offer photobook utk tawaran harga istimewa.  Memang bosan tengok gambar guna album stail lama, nak buat buku ngan design sendiri kat kedai gambar, mahal pulak.

Muka depan buku gambar - ada member yg letak gambar sendiri besar2
Susun gambar2 ikut kreativiti
Boleh juga edit gambar guna mana2 free software dulu, then baru susun

So, this is my photobook. Semua design sendiri.  Gambar pun actually idak ler best quality, harap kamera henpon ja.

Mula2 kita tengok discount2 yg ada di bigsale - http://deals.bigsale.com.my/  ..... haaaaa macam2 kan? dengan harga yg discount.  kalau ikut member2 yg suka shopping online, barangan di sini mmg best sebab murah.  Nak cari discount utk photobook kena search photobook pada ruangan search.  So macam2 deals yg ada. Untuk buat pembelian kena register di https://www.livingsocial.com.  Tapi jangan risau, kalau klik pada barangan yang kita nak, automatic akan ke page livingsosial dan ada arahan2 yang perlu diikuti.  Pembayaran semua online.  Masa aku beli ni harganya RM48 + RM12 masa nak submit untuk print.  Selepas bayar rm48, kita akan dpt voucher untuk guna masa nak submit untuk print dan pengesahan pembayaran.  Kita akan diberi software untuk design photobook kita sendiri. dan due date untuk submit album biasanya 6 bln dr tarikh kita beli.

ni adalah software yg diberi untuk create album kita
Ni gambar2 yg aku susun dlm album berkenaan

Gambar2 yg tak ada backgound menarik, kita boleh guna online edit photo, contohnya http://www.photofunia.com atau apa2 lagi yg free online.  Kena rajin google.
Bila dah siap masukkan gambar dalam album kita, kita submit online, buat pembayaran rm12 online.  Make sure dapat confirmation yg kita dah submit then tunggu 3 hari. Confirm dlm masa 3 hari bekerja kita akan dapat buku album kita.  Harga asal sebelum discount adalah RM208.

Guna sedikit kreativiti, buku yang dihasilkan pasti menarik.  Photobook bukan sekadar offer buku album, tapi ada juga gambar di atas canvas, yg boleh terus gantung di dinding.  Ada juga poster saiz A4 dan macam2 lagi.

Bila dah habis projek buku pertama, aku beli pula buku ke-2, mmmm dah naik rm52 pulak. Tapi buku ni belum start, lom ada gambar menarik ... tunggu gambar hari keluarga opis, gambar retreat division dan gambar nak fly2222 nanti .....

Thursday, August 15, 2013

Beraya Lagi ....

Seperti tahun-tahun yang lalu, kami beraya ke Gemas.  Plan macam2, last2 balik Gemas juga.

Dah 8-9 tahun rasanya kami beraya di Gemas.  Maklumlah rumah kampung sendiri dah tak ada, tumpang ja lah kampung orang.  Rumah arwah mak dan bapa mertua di Felda Basir Besar, Gemas sememangnya tak berpenghuni.  Kami hanya balik sesekali saja.  Ipar2 kerap juga balik sebab dia org tinggal sekitar Negeri 9.  Kami yg diluar ni balik time raya sajalah.

Tahun ni kami sekeluarga balik 2 hari sebelum raya.  Sebelum puasa ipar2 dah balik kemas rumah, maklumlah rumah tinggal.  So time raya kami selalunya akan balik awal.  Letak ja beg, terus menyapu dan mop rumah.  Onkan peti ais, keluarkan mesin basuh, punggah periuk belanga pinggan mangkuk yg nak digunakan.  Petangnya ke pekan Gemas membeli barang keperluan hari raya, selalunya budget tak lari rm500 untuk seminggu beraya di kampong.  Itu tak masuk daging, ayam dan bahan basah lain.  Alhamdullilah hasil sawit dan getah dikumpul untuk perbelanjaan raya dan membaiki rumah, so setiap kali raya di kampung kami tak payah fikir bab belanja untuk raya.  Tahun ni walaupun getah dah tunggu masa untuk ditebang semula tapi hasil sawit masih ada.  So dapatlah setiap keluarga rm300 duit raya.  Petangnya seperti kelaziman setiap tahun kami akan berbuka di rumah Ibu (adik ipar) tak jauh dr rumah arwah mak.  Encik dan mak uda pun join sama.  Ibu sajikan air istimewa - Air Janda Pulang ... hehehehehe apa punya nama, tak sempat nak snap gambar pulak sebab dah keletihan, dok ingat nak makan ja.  Air ni ada campuran air kelapa + isi kelapa muda dan sirap bandung.  Rasanya sedap juga.  Kenapa namanya Air Janda Pulang - konon cerita si duda nak memujuk jandanya utk rujuk semula, dihidangkannya air ni, so si bekas isteri tertawan dan rujuk semula .... ntah tak sure kisah benar atau hanya rekaan semata-mata.


Hari mantai ... sejak berlakikan orang negeri 9 hehehehe baru ku kenal apa itu mantai .... rupanya persiapan masak2 sebelum raya mmmmm.  Menu tahun ni, rendang maman+ayam kampung, rendang daging hitam (ni rembau most wanted punya resepi), lemang, nasi impit dan kuah kacang.  Kelapa ambil dr pokok belakang rumah, so jumlah keseluruhan kelapa untuk rendang dan lemang adalah 37 biji.   Arrrggghhhh 37 biji kelapa, patutlah 2 hari lepas raya makin melebar je badan ni.  Tapi itulah negeri 9, tak boleh lari dari kelapa.  Lauk2 pun guna kelapa juga.  kolesterol ... kolesterol ....
So last day aku kat kampung, aku masak singgang ikan, haaaa rebus saja. tapi itu yang habis dulu. Raya tahun ni, 4 family beraya di kampung.  Kami, family Encik, falimy Uda dan family Mak Tam.  Family Abg Ngah tak dapat beraya sebab kak ngah masuk hospital dan kena operate di pagi hari raya.  2 hari sebelum raya kak ngah pi cek kat hospital Melaka sebab sakit perut, rupanya apendiks dah pecah dan doktor arahkan operation segera. So pagi raya, jam 11 dia operate, semua anak beranak Abg Ngah beraya di hospital.
Geng pompuan di kampung - ipar, biras, anak dan anak buah

Rendang maman ayam kampung ....
Raya pertama, Encik buat lontong.  Seperti tahun2 sebelum ni, aku mmg tak jalan mana pun. Pakai baju raya kejap ja, pas tu seperti biasalah. Petang je gi melepak rumah Ibu.  Raya ke -2, aku masak nasi tomato, sebab biasanya raya ke-2 ramai yg akan datang rumah.  Raya ke 3, kami ke Pekan Pahang, rumah abg nan.  Tapi kali ni tak tidur sana.  Pi pagi , mlm balik. Ingat raya ke 4 dah nak balik Sepang, kain baju dah siap, dapur semua dah kemas ... rupanya x dpt balik juga sebab bumbung rumah kena repair juga. Tukang rmh pulak ptg baru free, raya lah katakan. aaaaa aku dah bosan sebenarnya.  Encik pun dah balik, sib baik Mak uda ada nak temankan. So tengaharinya kami ziarah kak ngah yg dah keluar hospital.
Lomang hasil tangan Encik, aku dan Pak Tam

KP Cendol
So raya ke 5, lepas selesai repair bumbung, kul 3.30 kami bergerak balik. Ingat Isnin jalan dah ok tapi jem jugaaaa. eeeeee tension aku.  Tapi sempat singgah pekena cendol Kuala Pilah (KP Celdol, lokasi - stesyen bas Kuala Pilah). 7 hari di Gemas, mmmm paling lama rasanya balik kampung ni .....


Gambar raya keluarga besar Bahagian Teknologi Maklumat, Tourism Malaysia.

Wednesday, August 14, 2013

Ramadhan Akan Berlalu, Syawal Akan Menjelma

Puasa kali ini seperti biasa, memang agak penat, balik kerja kelam kabut masak.  Sepanjang bulan ni, cuma 2 kali tak masak.  Sekali beli je kat bazar, sekali lagi majlis berbuka di masjid.  Hari-hari lain masak, mengikut selera mereka2 yg ada di rumah.  Semalam je tekak nak makan mee soto, so buat juga mee soto + lauk yg lain.

Puasa kali ni agak sikit lega sebab lepas berbuka, meja boleh tinggal macam tu saja sebab 2 anak dara dah boleh ambik alih tugas mengemas dan membasuh pinggan. Cuma bab masak nampaknya masing2 masih liat nak belajar ... selagi internet ada kat rumah selagi tu lah malas ...

Tahun ni seperti bertahun2 yg lalu, kami akan balik ke Gemas.  Ramai yang akan beraya di rumah pusaka mak mertua kali ni.  Abang Ngah, Encik, Ina, Uda dan kami ... maknanya 5 keluarga akan beraya di Gemas tahun ni.  Oklah tu, tak lah penat sangat buat kerja.

Semoga amalan puasa dan ibadah sepanjang Ramadhan diterima Allah dan semoga Allah memberikan keberkatan dan kesejahteraan hidup untuk kami.    Insyaallah .....