26 Disember, jam 10.30 kami bergerak ke Alor Setar, sekeluarga. Seperti sebelum ni, sambil2 tu jalan2 cari makan. So abah pun mulalah teringat mee rebus ramli kat ipoh. So kami masuk ipoh untuk lunch, puas merayau sbb kedai lama di bandar ipoh dah pindah ke Taman Tasek Jaya. Dulu masa singgah makan mee ngan arwah mak, dah lama tu.
So puas merayau, aku google sajalah, jumpa juga akhirnya. Mee sedap cuma aku rasa sesap lagi mee rebus makcik kat pasar mlm taman seroja hehehehehe ... apa pun habis juga. nasi ayamnya pun nampak biasa saja. Singgah solat then meneruskan perjalanan. Kakak dah berkali2 msg, asyik tanya ada kat mana, kul berapa sampai.
![]() |
mee rebus ramli |
Masuk penang, terus ke Padang Kota. Pekena pasembur, rojak kangkung, coconut shake, laksa penang. Dah kenyang, lepak kejap then terus naik feri semula, meneruskan perjalanan ke Sg petani.
Kami sampai SP dah jam 8.30 mlm.10 jam perjalanan hehehehe, kalau abg ipar aku, dr KL ke SP cuma 4 jam saja. agaknya enjin kereta dia guna enjin kapal terbang.
Kat SP, Ita dah ada. yg kelakarnya asyam ajak kawan2 dia dtg sbb katanya sepupunya anak dara dari KL nak datang. So ada 3 kawan dia yg setia menunggu kat rumah, tiba2 yg keluar kereta ayang dan anje hehehehe budak2 lagi.

28 Disember - kami ke alor setar, checkin kat homestay. sebelum tu singgah lunch rumah Yan, jiran lama masa di lestari. dia yg carikan homestay ni. lepas asar baru ke rumah abg jai, sbb mlmnya ada tahlil di homestay penginapan keluarga sebelah pengantin perempuan. Just buat sikit kenduri utk keluarga saja. kakak datang ngan anak2nya.
![]() |
anak2 dara di pelamin |
![]() |
Selamat Pengantin Baru |
Azi dan Wan, sahabat baik aku sejak kami sama2 di sekolah teknik dulu juga datang. Azi bawa pak we baru errrrrrr member sekolah teknik juga cuma kelas lain hehehehe. mmm tak lama menjanda kawan aku ni, makan nasi minyak tak lama lagi ni. Wan juga masih solo molo. Next kenduri rumah kakak bulan 6 nanti, insyaallah aku nak buat reunion member2 sekelas masa di teknik AS dulu.
Malamnya, family abg nan join aku kat homestay. of course la aku mengangkut toto dan bantal dari rumah yan. sib baik ada sahabat kat sana. berita tergempar hafiz pun dah nak bertunang haaaaaaa biar betik.
Mlm tu juga Haziq balik Melaka, kawannya dr AS tolong belikan dia tiket bas. sbb Isnin dia dah ada kelas. Kalau ikut aku balik sure makin lambat.
![]() |
ayang dan mee kari zul |
Kami meneruskan perjalanan pulang ke KL, singgah lagi di Bukit mertajam rumah ita. Lepas lunch baru balik KL. errrrrr jln2 cari makan lagi .... abg wahid cakap kat tol xxx (tak ingat ler tapi sebelum tol rawang) ada kedai makan - zul mee kari. katanya sedap. so kami singgah makan lagi. mmmmm sedap aku masak lg kot. boleh bg markah 7/10. sbb lemak sgt tak larat nak hirup kuahnya. tapi org beratur panjang.
Akhirnya jam 10 mlm kami sampai KL, Alhamdullilah. Kucing2 aku si tomok dan mak be dah meraung2 dr cermin tingkap bila nampak kami. kucing jiran sebelah, si panjang pun seperti biasa datang juga bila nampak kami balik. miki ntah kemana. keluar ikut tingkap tapi tengah mlm mengiau2 baru balik ....
home sweet home .... insyaallah bulan 6 aku balik kedah lagi.
![]() |
my sister ngan mat black |
No comments:
Post a Comment