Thursday, April 26, 2012

KC ?

Alhamdullilah rezeki anak-anak, aku dapat KC lagi untuk kali ke 3 dalam 19 thn perkhidmatan.  Tak sangka juga sebab markah Penilaian Prestasi pun bukannya banyak sangat.  rezeki Allah.

Sebenarnya bila dapat macam ni lagi risau .... risau tak boleh nak maintain prestasi macam ni lagi. Risau apa yg dibuat sebenarnya tak seberapa pun .....
mmmm iklaskan hati dalam bekerja, pastikan masa dipejabat diperuntukan untuk bekerja, bekerja kerana Allah ... semoga berkat rezeki, insyaallah.

Tuesday, April 10, 2012

kenduri rumah taib di sg besar, selangor

pulut kuning tu aku yg rasmi hehehehehe


ayang dan anje tepi sawah


haaaaa bestkan rumah dia .... mlm2 sure sejuk niiiii


!st time aku merayap sampai ke SG besar< selangor, melalui tanjung karang, sekhincan dan lain2. Ok juga area sana.

Tapi bestnya rumah si taib, laki ana ni sbb rumahnya dikelilingi sawah. mak aiiiii teringat betul zaman aku budak2 masa dok kat lorong keriang dulu. belakang rumah sawah yg sgt luas.


rumah taib agak jarang2 dari jiran2. mlm2 sure sunyi sepi, padanlah adik beradiknya ramai hahahaha. Kat sawah siap ada bangau lagi tp spesis kecik dan campuran putih kuning. anak2 aku + anak abg nan siap merayau ke batas2 sawah. kenduri dia buat mmg utk sedara terdekat dan jiran dekat2 je. Tapi makannya mmmm lauk pengantin + lauk kampung. siap ada masak keladi, pekasam, mmmmm sampai tapau menapau kami dgn muka tak malu hahahahaha.


keluarganya pun ramah2 belaka. semoga ana bahagian sehingga akhir hayatnya.

Friday, April 6, 2012

Dah Jumpa Bunga

10 hari bunga hilang, beberapa jam selepas aku lepaskan dia kat bawah. Hari Selasa 2 apr, abah ckp sebelum tutup kedai dia terperasan ada kucing melintas dr ruang buat air ke platform yg letak PA system. mcm kucing tu meluru masuk celah platform tu. So esoknya Si AYang dok memanggil, tinjau2 nampak juga kelibat Bunga tapi dia diam. Petangnya aku balik kerja, aku terus panggil2 dia, dengar dia mengiaw. Kami panggil2 sampai dia kuar.

siannya bunga, dah kurus. 10 hari dok menyorok kat celah platform yg sempit tu. Bila bawa naik atas, wahhhhh semua pakat menerepa kat Bunga, mlmnya bunga dok ngiaw2 kat aku, mmg mcm tak puas hati betul dia. Sbb dia tu jenis tak bunyi suara. Sure dia dok tanya aku - Nape mama letak bunga kat bawah, bunga nak dok ngan mama.

mmmmm sedih aku, la ni si kiki gatal tu pulak tak jumpa. ntah ke mana dia sejak ada boyfriend ni.

Minggu yang meletihkan

Seronok sebenarnya bila datang kerja, bnyk kerja yg nak kena buat. Sejujurnya rasa gaji yang diterima lebih berkat.
Minggu ni memang kelam kabut bila data center buat hal lagi + meeting2 yang telah ditetapkan. Semalam jam 8.30 aku dah lena, sian ayang dok tanyakan kerja sekolahnya. aku bagi jawapan dalam keadaan 1/2 sedar sampaikan dia marah, apa yg mama merepek ni hahahaha mmg aku ckp dah merepek sbb mata dah tak boleh buka.