Wednesday, August 24, 2011

Puasa Ramadhan

24 ogos, dah 5 hari tinggal puasa sebab awal puasa dah tak leh puasa, ni dah tak posa lagi ... haiiiyakkkk mau 11 hari kena ganti. thn lepas aku boleh tarawih setiap hari aku puasa, thn ni mmg teruk. aku letih tahap gaban. kat surau pun boleh tersengguk2. dah tu kali kena sakit perut 2 kali. last week dah kena dah mc. hari ni kena lagi. maybe sebab antibiotik aku makan tak habis.

sejak balik semalam dah rasa lain macam, masak terhegeh2, dah azan pun tak siap lg. aku cuma berbuka ngan sup makaroni. sahur aku bangun dlm keadaan yg payah, sakit perut, pening, loya. 2 suap ja nasi goreng yg boleh masuk. mmg teruk betui rasa. hari ni el, nak pi klinik pun ubat ada lg.
sepatutnya hari ni kat putrajaya .... ramadhan kali ni tak dpt aku hayati seperti thn lepas.

Sahabatku ---
melati di icu sekarang. terkedu aku dengar. boleh kah dia bertahan lagi .... rasa mcm nak balik utara .....

anak bobby berhijrah ke johor

18 jun 2011, giliran anak2 bobby juga berhijrah. 3 ekor aku kasi wan, dia bg mak dia di kota tinggi, johor. sedih mmg lah sedia, tapi bnyk sgt. maybe dia org lagi happy dok sana sebab kawasan kampung. do yg kecik2 kat rumah ada 6 ekor. bersih lah bawah katil, aku bersihkan sbb mula dia org membuang kat situ. dari berabuk bawah katil sampai licin berkilat aku kerjakan.....

yg ada ni pun, kalau ada sesapa yg berkenan aku cdg nak kasi je. Raya ni, abah dah dapat org tolong tengokkan kucing. upah selvam cleaner, hari2 dia akan dtg cuci bilik air dan bg miaw2 makan. kalau tak, mau aku pitam bila balik dr raya nanti.

Sunday, August 21, 2011

Jamuan Berbuka Opis




20 ogos, pertama kali TM buat jamuan berbuka untuk staff dan kaum keluarga. selalu buat utk staff dan aku semestinya tak akan pi. So kali ni aku pi bawa semua sekali, lega tak yah masak. Berbukalah kami kat Pan Pacific.
Ptgnya Haziq dan 3 kawan pi shopping barang raya dia org, so aku soh haziq terus ke pan pacific. Oleh sbb dah kul 7 lebih, haziq minta agar kwn2 dia boleh join sekali, aku tak kisah, masuk je lah, bnyk makanan. lagipun budak2 tu gerenti tak pernah makan kat hotel, masing2 bknnya org kaya.

Wednesday, August 17, 2011

selamat tinggal union

Nekad keputusan aku kali ni, aku tidak akan join AJK union lagi. rasanya dah ada pelapis yg berkaliber. aku pun dah terlalu lama dlm union, dah mcm samy vellu pulak, tak reti2 nak berundur.
YDP dan lain2 ajk akhirnya terima keputusan aku .... maybe aku nak buat benda lain pulak, fokus on puspanita pulak, melayan karenah mak datin tu hahahahahaha ....
AGM 19 ogos ni adalah hari terakhir aku dalam ajk, dah lebih 10 thn rasanya. dah bnyk perkara ahli yg aku tolong selesaikan walaupun ada kalanya aku bersuara tinggi dengan timb ketua pengarah, dgn timbalan pengarah admin mmg selalu tinggi lah hehehehe sesuatu yg hak perlu ditegakkan ...... apapun union mengajar aku berani utk ke hadapan, untuk bercakap dgn sesapa saja.

kEk pUaSa


Semalam kat putrajaya, waktu lunch bila dah boring mulalah buka you tube cari resepi omputeh ... maklumlah semua site belum blok lg.
tekak terasa nak makan kek coklat valcano, alah mcm kek kat pizza dominos tu. yg garing kat atas dan coklat cair di dalam .... mmmm yummy ....
akhirnya dapat resipi dari Nigella Lawson, yg kat channel AFC tu .... mmg mudah dan menjadi.
smlm balik terawih lepak dulu tengok tv jap, kul 11 baru start buat kek .... sedapnya makan panas2 .....
nak buat kek lagi ..... mmmm kek apa pulak ye ..... tiramisu dah buat awal puasa ......

Saturday, August 6, 2011

bila tiba masanya

Jumaat lepas, masa aku nak sampai opis, Az call, menangis. aku dah agak, tepat sekali. bapa dia meninggl di icu hospital kajang selepas seminggu kat sana. last week dia buat by pass di IJN, then ok, after seminggu bapa dia muntah darah. dok icu hampir seminggu.
dulu aku tak rasa apa2 bila dengar org meninggal sebab itu adalah lumrah kehidupan tapi bila mak dah tak ada, aku terasa kosong. mmg betul aku ada keluarga sendiri, aku ada suami, ada anak2 tapi kasih ibu yg tulus iklas tak sama dgn semua yg lain. aku sendiri tak mungkin dpt kasihkan mak sebagaimana mak kasihkan aku.

tadi aku tengok FB husband melati,razman, aku rasa dia betul2 mengumpul kekuatan menghadapi keadaan melati. raya ni kawan2 nak buat gathering kat perlis utk melawat melati. 1 saja di fikiran aku, aku harap dia org sempat .... dan aku sendiri rasa tak cukup kuat untuk dgr berita ... Ya Allah semoga engkau memberi kekuatan kepada sabahat baikku, semoga Engkau memberi kesihatan yg baik .... andai kata masanya tiba Ya Allah, permudahkan segalanya ...

dari FB razman, dia letakkan lagu search, aku pasti dia tujukan untuk melati, liriknya sangat2 menyentuh hati aku ....

Andai Kumiliki Semalam

Artist: Search

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan

Wednesday, August 3, 2011

aksi hitam dan miki

2 Ogos 2011 aku cuti lagi, kali ni bawa hitam ke hospital, operate tak bg beranak. Bunga dah ok jahitannya tapi aku belum buka lg jahitan kat perut dia. Lepas ni Mak Bi pulak ....
Hitam selepas di suntik bius, lalok ja


Ni pulak aksi Miki dan anak2nya, kalakar betui kucing zaman moden ni. bapa kucing dulu2 makan anak, bapa kucing zaman milenium ni siap tidurkan anak. Miki mmg suka betul tidur atas meja ni, bila meja ni patah dia tetap tidur kat meja ni juga, wpun terbalik. Anak2 dia pun join sekali .... miki ... miki