Wednesday, December 23, 2009

My 1st Trip To Cameron Highland

20 dan 21 Disember 2009 aku ke Cameron Highland utk attend Meeting MBJ. !st time jejak ke Cameron dan 1st time meeting MBJ di luar. Kebetulan musim hujan, memang sejuk giler ... Bilik tak ada aircond, buka tingkap sikit je, tu pun dah cukup utk kami berbungkus menggigil masa tidur. Aku sebilik ngan Kak Gladys.

Dapat juga pi lawatan ke Mardi, Pasar Malam dan Ladang Teh. Strawberri dah hujung2 sebab terlalu ramai org kat sana. Seronok juga, insyaallah murah rezeki aku nak bawa budak2 ke sini.

Meeting berjalan lancar, KP banyak membantu.

Bawah - gambar2 yg sempat di snap ...
Gambar di Mardi :-




Ladang Teh Bharat dan tempat minum teh tarik - sempat juga pekena skon dan jem strawberry mmmm sedapnya.



Di mardi - pegang je buah epal tu tak leh petik.


Dalam bas.

Wednesday, December 16, 2009

Shaari Kawin

12 Disember 2009 Shaari menikah ngan org Johor tapi aku tak dapat pi, so kami pi hari kenduri the next day 13 Disember (Ahad). Aku, abah , ayang, anje dan kak nor, bertolak dari KL jam 9, kul 12.30 dah sampai tol machap. Alhamdullilah semua selamat ....

Anak dara Omar, my first cucu buah .... Qiasara
Anak dara aku paling puas hati sebab dapat makan kat meja pengantin.
Majlis berarak, tol dan bersanding :-


Pengantin bersiap :-
Menunggu konvoi rombongan :-

Dah besar anak-anak dara Abg Jai.
Aku dan Ipin .... mmmmm tinggi sungguh.

Thursday, December 10, 2009

Tarian 1 Malaysia




Mula-mula fikir macam kerja gila tapi seronok juga. Apa taknya nama aku naik utk pi menari kat dataran merdeka sempena tarian 1 malaysia. Dalam rasa malas tu aku gagah juga pi rehearsal 5 disember, mmmm best juga. Then on actual day aku pi juga, wahhhh meriah .... so aku menarilah dgn sesungguh hari. Lepas yg rasmi depa buat seround lagi, aku menari gak ... akibatnya aku balik rumah sampai kul 10.40am aku zzzzzz sampai 12.30 hehehehe. Lps asar sambung zzzzzz lagi.

Esoknya cadang nak cuti, tapi aku dikejutkan dgn berita member meninggal. Kak Jun meninggal dalam usia 56 thn kerana cancer. Baru tahu 2 minggu sebelum meninggal .... dah tahu terus stage 4, takutnyaaaaa.....

So aku batal cuti, isnin pi ziarah arwah. Selasa baru cuti ....

Raya Haji







Lama betul tak update cerita di blog persendirian aku ni.

Raya haji lepas 27 Nov, kami balik Gemas. Yang balik sama adalah family Encik dan family Mak Uda. Hari raya baru family abg ngah dan family kak tih datang.
oklah meriah juga. Aku bawa zul pembantu kedai budak indon tu balik kg. ramai pulak yg minat dia hehehehe. dia pun nampak selesa.
Raya sambut birthday Cuna. Banyak juga kisah family yg hangat, pak tih ngan affair sampai kak tih dah buat tambahan taklik. Pak encik tu hebat juga, tapi penafian dia pada encik buat aku gelak besar .... mmmmm bukan aku tak kenal peel jantan2 ni.
kami balik 24 - 26 Nov saja. kedai tutup seminggu sebab zaki dan amir balik patani beraya.