Tuesday, January 24, 2017

Meriahnya ...



Akhirnya baby-baby miaw yang dinanti2 lahir pada 22 Januari 2017 (9 pagi - 11 pagi)
1 ekor .. 2 ekor .. 3 ekor .. 4 ekor .. 5 ekor  ... sabar ja lah, 5 cucu sekali dapat.

Suka Eton jadi mak.  Patutla sejak mlmnya dia asyik kacau aku tidur, ngiau2 naik katil, turun katil.  Aku solat subuh, dipanjat2.  Last2 aku masukkan dia dalam kotak.  Dengan sokongan Mak Be, Manda dan Sinchan yang dok keliling kotak, Eton selamat beranak, bkn 1 tapi 5.   Tahniah la ...

Pak Kudin .... dah jadi deddy ....





Tuesday, January 10, 2017

Miaw-Miaw 2017 - Mereka Sebahagian Dari Keluarga ...


Permata hati yang mewarnai kehidupan.
Semestinya my miaw-miaw, hanya org yg sayang kucing dan suka binatang saja yang tahu ertinya ....


MakBe - the most senior miaw in the house ... ayang bawa balik rumah pd tahun 2010, katanya baby kucing ni mak dia tak peduli.  So kami pun bela, smp skrg MakBe masih bersama.  Masa kecil dipanggil Bobby. dah tua MakBe jalah. Dah meniti hari2 tua, gigi pun dah banyak yg tanggal.  Dulu garang, sekarang dah cool sikit, maklumlah dah tua. 

Donit - anak Shiro.  Sangat manja. Lone ranger. x peduli yg lain.  Lahir awal thn 2014.  Sangat cool. Tempat lepaknya dalam bilik aku tapi selalunya bawah katil. 
Kak Yong Luna - anak Shiro yg sulung sbb tu panggil kak yong.  The most beautiful miaw in the house hihihihi, dia selalu perasan cantik.  Kalau dipegang, suka merungut, ntah apa yg dirungutkan. Tempat lepaknya di bilik anak dara.


Eton - aku jumpa di kedai runcit dekat rmh pertengahan 2015.  Bila dah besar makin garang, ni kira kak long kawasan.  Semua org nak dipukulnya.  1 tabiatnya yg pelek si eton ni suka hisap kain.  Masa ambil dulu cuba bagi botol susu tapi dia tak nak. utk melepaskan gian mengusu dia akan hisap/ngot2 kain. Tapi tempat favorite utk dia nyot2 adakan di ketiak hahahaha. 1 lagi peelnya, kalau aku solat make sure dia tak ada dlm bilik, kalau tidak, waktu sujud, dia akan naik bertenggek kat belakang haaaa nak bangun dr sujud kena extra hati2, sebab kalau bangun mengejut dia akan keluarkan kukunya sbb dia nak jatuh hahahahaha .... Mother to be .... mmmmm x sempat nak mandulkan.

Aku yg dulu bukanlah yg sekarang .... haaaaa bezakan dulu dan sekarang.  Sinchan ni dibawa oleh anak jiran ke rumah.  Dia jumpa then dia tinggalkan kat rmh aku, aku ckp bawa baliklah, bela.  Dia ckp mak dia tak suka kucing ... mmmmm. Tak pa, meh sini aku bela kasi dia lawa balik.  Lagi pun sian aku tengok, daif sungguh.  Dia ni mula2 hidup segan mati tak mau, hari2 kami cek dia, hidup lagi ke? sbb mmg keadaan dia agak teruk.  Aku bg dia TF (transfer factor - 4life), produk utk manusia base on susu awal lembu. mmg mahal tp aku yakin TF boleh membantu. Lps seminggu bg TF nampak dia makin ok.  Guna just spray utk spray tempat2 yg bulu pun dah tak ada antaranya ekornya, dah nampak batang ekor ja.   Sekarang .... haaaaaa lawa kan.  Dan yg kami geram tu, anak jiran yg selalu bertandang kat rmh ni, dok bawa balik pulak si sinchan ke rmhnya, nak main kejap lah, nak kasi mkn lah, bapa dia sukalah .... wah3, masa buruk kau tak nak, dah lawa mak bapa kau suka ya.  dan aku pun bg amaran terakhir ... jgn sesekali bawa sinchanku keluar dr rumah aku. Kalau tidak, dgn kau sekali aku tak kasi jejak rmh aku.




Dari kg ke bandar - Kudin - aku ambik Kudin dr kampung masa kudin dah remaja. Kudin ni kucing mendatang ke rmh kg yg ntah dr mana.  Oleh kerana anak buah aku yg sorang tu alah dgn kucing dan kudin selalu dilarang masuk rumah, masa nak balik, aku angkat kudin terus masuk kereta.  Tp sian kudin dia dah biasa hidup bebas, balik rmh dok tkt 6.  So ptg2 aku kena bawa kudin ke taman .... hahahaha org bawa anak, aku bawa kucing, kucing kg pulak tu.  Buka ja pintu rmh, kudin akan berlari ke lif,  Masuk lif, keluar lif, berlari ke taman ... comel kan.  Tp kudin ramai peminat, bdk2 kat tmn dah kenal dia.
 
Manda namanya sempena Shopping Complex Alamanda, Putrajaya kerana kat situlah aku jumpa manda.  kul 11 mlm waktu aku ngan anak2 balik dr tengok movie, aku jumpa manda nyorok bawah kereta kat parking.  Kereta kat parking dah tak bnyk masa tu.  Seperti biasa aku kluarkan makanan kucing yg sememangnya ada dlm beg utk manda, tp dia tak nak makan dan badannya menggeletar.  Ntah dr mana dia dyg tiba2 muncul kat parking Alamanda. Mesti dia sgt takut.  Aku pun terus angkat manda ... jom ikut mama balik.  Kawan baik Sinchan hihihihihi ... kalau berlari dlm rumah, kerusi makan pun boleh terbalik.


Cuma masalahnya skrg, Eton, Kudin, Sinchan dan Mak Be selsema yg tak baik2.  Dah ambik ubat klinik. Kudin dan SInchan dah bawa ke Hospital Veterina, baiknya seminggu ja, pas tu kena balik ... dah mati kutu apa ubat nak diberi.  Ubat beli online dah cuba, ubat dr pet shop kat Sg Petani pun dah cuba tp macam tu juga.
Tahun 2016 aku kehilangan Tomok, Shiro, Enot dan Itam.  Tomok mati sakit.  Shiro mati agak tragis, dia bergaduh dgn Eton, panjat tingkap bilik air, tingkap terbuka dan dia jatuh.  Enot dan Itam mati selepas aku bg makan ubat selsema yg diambik dr klinik haiwan.  Mungkin dosnya terlalu tinggi.  Sebab tu utk 4 ekor ni aku sgt berhati2 dgn ubat selsema dia org.
Coming soon entah berpa pulak anak Eton. Sebab dia selsema, doktor tak nak mandulkan.  Masalahnya selsema berulang dan x baik2.  Nak tunggu baik .... last2 perut dah ada isi. Siapa lagi bapanya kalau bukan kudin, si jantan manja tu.

Wednesday, January 4, 2017

Selamat Datang 2017

Selamat tinggal 2016 ...
Selamat datang 2017 ...

We can't make a rainbow without a little rain ...

2016 - terlalu banyak yang berlaku sepanjang tahun itu ... yg pahit, yg manis ... 1001 cerita yang mewarnai hidup.  Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku nafas, mengizinkan aku terus hidup dengan sihat bersama keluarga.

2016 menyaksikan betapa aku perlu kuat emosi dan mental.  2016 membuatkan aku bertambah matang, bertambah kuat dan akan terus kuat bagi menghadapi hari2 mendatang.  2016 membuktikan betapa eratnya hubungan kami anak beranak.  Juga mengeratkan lagi hubungan keluarga besarku.  Betapa di usia sebegini rupanya kita akan sangat menghargai nilai persaudaraan.  Betapa kita akan mengharapkan adik beradik kita berada di sisi dan masih perlu bermanja dengan adik beradik.

2017 - semoga terus memberi sinar ...
Ya Allah ... jangan berpaling dari kami walau sedetik pun dan perbaikilah setiap urusan hidup kami.



3 Jan 2017 - di KLIA hantar my one&only sister & husband menunaikan umrah