Thursday, April 23, 2015

Aku dan Roti

Aku boleh masak hihihihihi .... masak lauk pauk, jenis2 nasi atau yang kategori pedas memang aku boleh. Tetapi masak benda2 yang memerlukan kretiviti mmg aku failed. Sebab tangan ni tak kreatif.
Kot nak suruh buat kek pun, paling mahir tiramisu.  Kek ni org buta pun boleh buat kata member opis aku.  Kek2 yg main campak2 , aku mmg terror .  Biskut mmmmm kadang jadi kadang tidak, selalunya jadi tapi bentuknya buruk. 

So bila member lama zaman ITM dulu ajak aku belajar roti. aku pun bersemangat nak belajar.  Last month aku pi kelas buat roti kat Ulu Langat, kelas cikgu Zai .... mestilah menjadi rotinya sebab cikgu ada.

Bersama cikgu, kawan2 dan hasil roti

come gak roti aku ni

taraaaaa .... sedap ..


Lepas beberapa minggu, aku beli mixer baru sebab nak buat roti. Nak menguli tangan tak larat. errrrr oklah. Ada la juga rasa roti walaupun rupanya buruk.  Awalnya tersalah tengok adunan hihihihi


My new mixer

walaupun rupanya buruk tapi tetap rasa roti

haaaa ni Mexican bun , ala2 roti boy ... tp ni resepi internet ja. Janji ada rasa sama mcm kedai roti boy tu

Tuesday, April 21, 2015

Tomok Masuk Hospital, Mak Be Yang Sakit dan SiPutih Kelabu Yang Pergi


Tomok dah beberapa minggu aku perasan tak membuang air besar.  Bila keadaannya agak kritikal aku bawa ke klinik Presint 15 tapi tetap tak baik.  So aku bawa sekali lagi ke klinik.  Sian betul tengok tomok yg sampai terketar2 nak buang air.  Doktor sarankan aku bawa ke Hospital Veterina, UPM. So 6 Apr aku bawa tomok ke sana.  Hospital Veterina letaknya tak jauh dari Hospital Serdang.  Ikut signboard Hospital Serdang, Hospital Veterina terletak 2 traffic light ke hadapan. Mmg mulanya agak susah nak cari sebab tak ada signboard.


sebelum masuk wad
Tomok di scan, mmg keadaan usus agak teruk dgn najis yg keras dan melingkar mengikut usus.  Tomok dah mula demam dan tak makan.  Bila makan tomok akan muntah. Bermakna toksid dalam badannya dah tinggi dan sangat bahaya.  Doktor decide tomok kena masuk wad.  1st time kucing aku masuk wad hihihihihi ... sian tomok.  Sebelum masuk ke wad, doctor akan kira kos rawatan yang akan di tanggung.  Kira pi kira mai ... kosnya rm900++ hahahaha ... terkedu kejap aku.  Itu kiraan untuk 7 hari dalam wad dan rawatan selama 7 hari.  Tomok punya pasal tak pe lah.  Tapi heran juga bila hospital kerajaan juga charge mahal sama mcm swasta.  Deposit RM400++ termasuk gst mmmm ubat binatang pun kena gst.

Alhaldulillah selepas 4 hari doctor call, tomok dah boleh balik.  Kelakarnya bulu di bahagian bontotnya dicukur hingga ke ekor.  Sebab dia bnyk membuang hihihihi ... untuk elakkan kotor bahagian berkenaan maka dicukur.  Lega sikit kos rawatan keseluruhan RM520. 
ekor tomok hihihihihi
susahnya nak bagi tomok ubat
pintu masuk wad




Mak Be - yg ni pulak masalah kencing.  Kerap dan sikit2, kadang2 tak keluar.  Bila dah ada merah2 dlm air kencingnya aku bagi Mak Be Transfer Factor (TF). Sehari 2 atau 3 kali. Alhamdulillah selepas 5 hari masalah Mak Be nampak makin ok.  Kat rumah ni, TF ni kongsi, orang makan, kucing pun kadang2 makan juga. La ni masih bagi Mak Be makan TF lagi cuma sehari sekali. 





SiPutih Kelabu - sedih sangat Si Putih Kelabu dah mati. 2 hari aku tak nampak siputih kelabu , tak datang rumah, cari2 kat bawah pun tak ada.  Pagi aku nak pi kerja,terkejut tengok si putih kelabu dah mati tepi jalan.  Tapi tak nampak tanda2 dia kena langgar.  Mungkin dia sakit.  Tak sanggup nak ambil gambar dalam keadaan macam tu.  Biarlah aku kenang dan ingat dia dalam keadaan dia masih hidup.  So aku buang bekas makanan dan minuman depan pintu yang aku sediakan untuk Siputih kelabu kerana dia tak akan datang lagi.  Miss you very much ...