Tuesday, March 18, 2014

Selamat Hari Lahir ...

Bila usia dah beranjak ke dalam lingkungan angka 40an, apa lagi yang nak difikirkan pasal Hari Lahir .... sememangnya dari dulu aku mmg tak berapa nak ambik pot bab nak celebrate birthday.

Cuma tarikh dan angka ... pernah 1 ketika masa zaman belajar aku sendiri lupa tarikh lahir sampailah member wish, then baru aku perasan ehhhh hari ni my birthday.  So bila dah tua2 ni, anak yg ingatkan ... Syukur Ya Allah kerana aku masih bernafas di usia 43 thn pada 15 Mac,  syukur kerana Allah memberi masa untuk aku bertaubat atas dosa2 semalam ... syukur kerana dikurniakan nikmat kesihatan, kewarasan dan segala nikmat yang mungkin org lain tidak menikmatinya ....
"Semakin umur bertambah, bermakna baki yang tinggal pun berkurangan ...."

Seperti biasa, office tetap memberi penghargaan/ingatan pada staff. So dapat juga kad ucapan yg betul2 kad, maklumlah sekarang ni semua main online saja .... juga hadiah, seunit thumb drive.  Haziq dah awal2 lg masukkan dlm beg dia.  Limited edition thumb drive, tak de dijual dimana-mana.




VMY Thumb drive











Monday, March 10, 2014

MH0370







Sabtu pagi 8 Mac, sebaik buka tv, aku rasa darah aku berderau dan terkedu dengan berita MH370 hilang.  Terus terfikir, kiranya perkara ni belaku Oktober 2013, diwaktu kami menaiki flight ni.  Ya Allah, semoga Allah selamatkan semua yang berada di dalamnya.

Masa tu, kami gunakan jenis flight yg sama Boeing 777. Bila member bg tau flight kami adalah 777 mmg rasa lega, sebab model ni adalah flight yg canggih.   Tapi kecanggihan manusia tidak boleh melawan kuasa Allah .....