Thursday, September 19, 2013

Retreat BTM 2013

Retreat Bahagian kami buat kat Pulau Langkawi tahun ini.  Memilih cuti hari Malaysia sama seperti tahun lepas.  Cumanya sebab kali ni lambat book, maka jadual mengikut flight ticket.  So kami berangkat ke sana dgn flight kul 1 pada 13 Sep dan balik KL dgn flight kul 9.40 pada 16 Sep.  Mengakibatkan semuanya keletihan, sampai ada yang demam2.  Cuaca kat Langkawi juga mmmm hangat sungguh.

Baru ja muka berjelaga (sub burn) masa kat PD, sambung kepam lagi kat langkawi. Tahun ni boss pilih Meritus Pelangi Beach Resort and SPA ... mmm tempat ni rasanya amat2 sesuai utk org honeymoon.  Macam kami yg pi dgn group, mulalah merayau cari tempat nak lepak.


KLIA - group checkin
 
Petangnya tak ada aktiviti, maka kami pun bergambar sakan la.

Meritus Pelangi - sempat posing sebelum merayau ke Cenang.


Hari Ke 2 sebelah petang, selepas habis berkursus, kami naik cruise.  Dinner atas cruise (cruise lah sangat mmmm).  Tema kali ni 'color block' hahahahaha sebiji macam aiskrim paddlepop.  Oleh sebab tahun lepas aku dah juara hehehehe, maka tahun ni aku besaralah.  Malas dah nak over sangat, pakai apa yg ada asal warna tak sama.  So kami di atas kapal ni dengan baju yang macam pelangi ...
Posing lagi - belakang yg comel tu Jimmy Shanley (kawan baik azura)
budak2 ni mmg berani ...
Cruise ni menawarkan mandi di laut yang hanya berlapikkan jaring .... Tapi ada sorang 'minah saleh' yg jaga, supaya tak ada yg lemas pulak.  Aku? nak mandi macam ni? errrrr tidaklah.  sebab aku mmg takut ngan air.  Baik aku dok diam2 kat atas sambil menikmati keindahan alam dan menemankan member 3 org ni yg 1/2 pitam sebab mabuk laut.


 Hari Ahad - kami ke KLIM.  Dah lama nak ke sini sebenarnya ... cantik tempatnya. 1/2 hari kat sana, lunch kat salah 1 kedai terapong kat sana sambil bagi ikan makan.  Ikan pari dalam sangkar besar meja, ngeri pun ada.
Aku memang suka haiwan, nampaknya kera ni pun suka aku hahahaha
Rakan sebot.
Petang pulak, bergerak ke pekan kuah.  Habis duit dengan coklat saja.  Aku cuma beli periuk kukus yg dah lama diidam2kan dan towel.  Sib baik pi sana tengah bulan, so kena lah kesiankan purse, nanti kering pulak.  Mlmnya dinner kat Wan Thai Restaurant - sapa yang pi Langkawi memang wajib singgah makan kat sini.  Makanan Thai yang sangat2 sedap.  Kena booking dulu ya.  Nak walk in makan kat sini hari cuti ? jangan harap.  Memang full house.  Oleh kerana penat dgn aktiviti seharian, maka kami makan macam ikan phirana.  Restaurant ni ownernya seorang wanita bertudung yang mmmm cantiknya. warga thailand yang berkahwin dgn org malaysia. 



Group merah!
Last Day - pagi ada telematch, group kami dapat no 2.  Tengahari lunch kat Laman Padi, sedapnya makan masakan kampung.  Petang aktiviti bebas.  So kami beberapa orang decide naik cable car. Dulu pi ngan family, kali ni merayau ngan kawan2.  Ada yang sambung shopping dan ada yg melepak saja.




 Balik dari naik cable car, lepak jap kat hotel sementara tunggu semua orang, then kul 6 gerak ke Langkawi Airport.  Kena check in awal sebab group kami ramai + barang2 yang di shopping. Smp rumah dah jam 12 lebih.  Letihnya, esoknya aku dah siap2 apply cuti, siapa yg tak apply, selamat bekerja. No EL - pesan my boss.
Masing2 mengurut badan mentara tunggu naik flight

Posing lagi


Bahagian Teknologi Maklumat, Tourism Malaysia

*** - Pantai Cenang dah tak macam dulu, chalet2 tepi laut dah ditutup oleh deretan kedai2, siap ada mall lagi, dah macam kat Thailand pulak.
*** Penceramah kursus kami sama juga seperti tahun lepas, Dr Ridzuan, bapa pada Aina Tasneem.  Dah selalu sgt dgn dia boring lah juga, asyik promote anak dia ja ...

Friday, September 13, 2013

Baby, Hadirmu Hanya Seketika .....


Baby kucing yang masih bertali pusat ni Ayang jumpa masa balik dari sekolah pada 10 Sep. Jumpa kat tepi semak, dihurung oleh kerengga.  Cepat2 Ayang ambil, buang kerengga dan balut dgn tudung.
Kami namakan dia baby.  Tapi dari pengalaman aku, menjaga kucing yg masih bertali pusat mmg susah, jarang dapat hidup.  Apapun kami berdoa yg dia akan terus hidup.

Kami letakkan dalam kotak kecil berlapik tuala. Sib baik botol kucing masa shiro kecil masih ada. agak payah juga dia nak hisap susu.  Mlm pertama, kul 3.30 pagi aku terjaga utk bg baby susu, dah mengiau-ngiau kelaparan agaknya.  Baby nampak boleh survive ..

12 Sep. Cerita abah - masa Ayang balik sekolah, dia terus jengok kotak baby. Siap dok 'cak ... cak'. Abah perasan baby tak gerak. Abah cakap - 'cuba pegang kucing tu, mcm keras ja'.  Rupanya betul, baby dah tak ada.  Apalagi menangis la anak dara tu.  Dia sendiri yg tanam baby belakang rumah.  Petang masa aku balik kerja, mata Ayang masih merah. mmmmm sedih pulak dengar cerita dia, last2 mata aku pun merah juga!


Thursday, September 12, 2013

Hari Keluarga Tourism Malaysia


6 - 8 September - Hari Keluarga Tourism Malaysia di Port Dikson.  Lama tak pi Port Dikson, tapi family day kali ni kami 4 beranak saja yg pi.  AKu, abah, ayang dan anje.  2 anak teruna tak ikut.  Haziq tak balik, Danial bz ngan tusyen dia.
Jumaat boleh balik awal dari opis, so kul 3 lebih kami bergerak ke sana.  Oleh sebab rakyat Tourism yg nak berhari keluarga ni ramai, mencecah seribu , maka dipecahkan pada 3 hotel. Main hotel was Thistle Hotel, aku kena dok Permaisuri Resort dan sebahagiannya dok Ancasa Resort.  Tapi semua aktiviti kat Thistle Hotel, so berulang alik lah 2 hari ke sana untuk semua aktiviti.

Apa pun kekurangannya, hari keluarga ni meriah.  Anak2 dapat hadiah untuk game yg dia org masuk. Aku dan group BTM dapat hadiah pertama untuk treasure hunt (beg) dan cabutan bertuah (termos 6L Pensonic).

Sebahagian staff BTM
Tepian pantai with Mila, Ayang & Anje
With Surya dan Kak Kiah

Anak dara je naik banana boat ni .... Me? errrrrrr terima kasih ja lah. Aktiviti dalam air tak nak ....

Amir, Sara dan Ayang .... habis baju seluar kau Mir, hentam sajalah .....

Group Treasure Hunt - sebelum bermula

Geng Treasure Hunt - dlm dok mencari harta karun pun sempat posing lagi ...... juaralah katakan ...