Thursday, April 18, 2013

Danial Jatuh Motor Lagi


15 April - Untuk kali ke 2 sejak bermotor, Danial jatuh lagi.  Alhamdullilah setakat luka2 sikit.
Katanya kereta didepan break tiba2, so dia pun break dan terus terseret. Sib baik juga dia pakai helmet, sebab kepala pun terseret di jalan.

Lalu aku pesan pada dia .... ' Dik, kalau tak nak dengar pesan mama pun tak pe, tapi dengar pesan Ustaz Azhar, kalau naik motor jgn naik suka2, tapi berzikir dlm perjalanan.  bila berhenti di traffic light, mengucap 2 kalimah syahadah, perbaharui syahadah.  Insyaallah akan dilindungi perjalanan kita'.  dan aku pesan lagi 'Sebab tu sembahyang jgn tinggal, sebab nyawa bkn hak kita, bila2 saja boleh Allah ambik semula'.

Tapi mmg lately ni nampak perubahan dia, solat dijaga, terutama sejak kawannya meninggal eksiden motor beberapa minggu yg lepas.  Ya Allah, semoga kami semua selamat dari sebarang bahaya. Amin.

Wednesday, April 10, 2013

Kursus Programming Lagi ???



20 tahun kerja, 8 thn saja mengadap programming, dulu guna oracle ... bila dah beralih unit, aku dah tinggal terus semua kerja2 programming ....  
Selepas 12 tahun tak sentuh langsung bab programming .... minggu ini masuk kelas programming hahahahahah terus darah naik, hari2 kena minum jus batang saderi, kalau tak, mau aku mc ......

Kerja buat program ni akan menyebabkan seseorang tu bercakap sorang2 hehehe, mengelamun ... sambil makan/masak/buat apa saja tetiba akan dpt idea nak solve sesuatu problem.   Dgn kata lain, malas nak fikir dahhhhh .... Bos, biarlah aku kekal jaga infra saja, lebih rela mengadap server2, mengadap system email dan sewaktu dgnnya dari mengadap programming ...

5S

5S, apa faedahnya buat 5S ni aku tak taulah.  Nak kemas, bagi jelah arahan kemas, ni siap nak kena audit bagai.  org yg buat kriteria 5S ni tak de kerja lain nak buat agaknya.
Katanya ikut Jepun,  cer google sikit, top 10 best company to work, ada company jepun dalam senarai ke?  yg aku tau ramai org Jepun mati bunuh diri sbb tekanan kerja.

Tapi dah diarahkan ikut, ikutlah aku.  Sgt bernasib baik sbb nama tak tercalon dlm ajk 5 S(sengal) ni.
So staf yg bnyk barang2 collection sgt2 tension sbb semua kena keluarkan, simpan ....  whatever ... asalkan tak nampak.  sebagai penggemar keychain, maka semua keychain yg tergantung kemas di dinding semua kini di dalam kotak ... aaarrrrggggg  tidak ke korang tau, tulah penghibur mataku bila aku tension kerja .... 
Inilah hasil 5S ------



Friday, April 5, 2013

Terengganu KIte

Lama betoi aku tak jejak Kuala  Terengganu, rasanya last sekali tahun 2006.  So dah kena out station ke TM Negeri, aku pilih Terengganu.  Antaranya sebab aku rindu kopok lekur trengganu yg fresh, aku rindu nasi dagang dan nasi kerabu dan aku rindukan Linda, sahabat lama semasa di ITM.

Menu kegemaran - nasi putih, sup tulang dan limau suam
 .... nyam nyam nyam

So 23 Mac, aku dan Nuar terbang ke Trengganu.  Opis Trengganu dah book kat Hotel Tanjung Vista.  Agak jauh dr opis.  Sampai je aku mula google, mana nak makan ni ... bagus juga ada blog2 berkaitan persekitaran opis ni.  Mlm masa nak kuar makan, Nuar Tanya "mana kita nak makan kak zu, secret resepi ada kat sana tapi .... nak makan nasi juga".  So dgn confidentnya aku ckp, "sebelah kanan hotel ni ada gerai, jual sup tulang dan masakan panas".  kata blog tu masakan gerai tu sedap walaupun gerainya buruk.
gerai kopok leko
Nasi Dagang Daun Pisang Mok Ngah

So aku ke sebelah kanan hotel, ada gerai makan baru nak buka.  Jam 8 baru dok bersiap2 nak buka?
Rasanya nilah gerai yg aku baca dr blog berkenaan, dan seperti saranan blog tu, aku order sup tulang mmmmmm 3 mlm dok mengadap sup tulang akak tu.  Makanannya sedap walaupun gerainya buruk ja.  Yg masak sorang akak, dibantu oleh 3 anak dara sebagai pengambil order. oooo no wonder Nuar asyik ajak makan situ ja.   Mlm tu juga round butik kedai batik depan hotel, pilih punya pilih last2 sampai sudah selai pun x beli. patut kalau dah berkenan ambik ja, bila bnyk sgt bgi survey, last sekali balik KL dok teringat2, awatla tak rembat je batik idaman hati tu.  mana ada 2 helai yg sama ....


kawasan museum - lenguh lutu naik tangga

Staff Trengganu Office mmg best semuanya, mujur juga waktu kami pi dia org tak bz ngan aktiviti dan promotion.  So sempatlah dia org melayan kami bershopping, pantang sebut nak makan apa, sure akan dibawa ke kedai berkenaan.  Dapatlah makan apa yg aku idamkan ... nasi dagang, nasi kerabu, ayam percik, nasi ayam kukus, nasi daging panggang,  ikan bakar , kopok lekur etc... mmm semuanya menyebabkan berat badan naik dan darah pun naik.  Depan opis lak ada jual cendol yg mmg sedap, so hari2 aku pekena cendol dan rojak buah ja.  Last day, sempat juga Za bawa kami ke taman tamadun islam dan museum negeri. 

Linda, Zimah, Fiza dan Jee

kedai tudung atas station bus
... fuhhh rambang mata ...
Yang paling best, bila jumpa semula kawan2 ITM yg mmg dah lama sgt2 tak jumpa.  Linda, Zimah, Jee dan Fiza.  Last aku jumpa Linda mungkin 10 thn yg lepas.  yg lain2 mmg tak jumpa lepas habis belajar.  So bila tau aku ke sana, dia org arrangekan utk reunion.  Dari bidang IT, antara kami berlima cuma aku je setia ngan bidang ni.  Zimah masuk line hotel, Jee dan Fiza jadi cikgu, Linda full time house wife.


29 Mac, kami terbang semula ke KL.  Aku mmg rasa tak sihat, sakit perut sejak 2 hari sebelum, hari balik lagi teruk. sakit kepala.  Lepas lunch, gi klinik ... haaaa bp pun naik .  apa tak naik, makan tak ingat dunia.