Destinasi yg dicari semestinya nasi beriani gam batu Pahat. Puas google mana yg best, tapi sebab Jumaat banyak kedai yg tutup. So kami cari Restoran BP Beriani Power, lebih kurang cam tu lah namanya. located tak jauh dari hospital. Sedikit frust sbb beriani gam dah habis, yg ada beriani biasa. mmmm dah tau org suka, buatlah lebih sikit.
Apa pun selesai juga sepinggan beriani kambing + sirap bandung, sama seperti blog yg aku baca, nasi dan kambingnya mmg best, sirap bandungnya pun best. Abah pekena 2 pinggan beriani kambing. Aku makan sepinggan pun dah kena telan panadol. Harganya pun berpatutan. Acar buah sgt sedap. cuma lupa minta papedom, dek kerana lapar dan bau beriani yg mmmmmm menusuk kalbu, lupa papedom.
kawasan JPO |
Seronok Suhaimi dapat bini hihihihihihi |
masa aku sampai dlm 9.30pg, suasana masih berkabus. mmg tak de pencemaran .... akad nikah kul 10 lebih.
Then lepak rumah makcik sebelah rumah pengantin. Kul 2 berarak dan bersanding .... alhamdullilah semuanya selesai.
Lepas kenduri, kami terus bergerak ke KL. Sebelum tu pekena kopi dan roti bakar kat Kluang Rail Coffee. Kedai kopi terkenal turun temurun di railway station kluang. Kedai Cina hainan tapi 60% pekerjanya melayu. Orang punyalah ramai. Mmg kena tunggu tempat nak duduk. Kopinya mmg best bg penggemar kopi macam kami.
Kluang Rail Coffee |
Mata dah segar, terus gerak ke KL, singgah ambik Haziq di Politek Melaka. Makan lagi sambil tengok bola, final singapore dan thailand. pas tu terus ke rumahhhh ..... letak kepala mmg x sedar sampai pagi.