Monday, May 31, 2010

Birthday Haziq




28 Mei 2010 - Haziq dah masuk 16 tahun. Dah besar anak mama dengan pelbagai ragam. Lain anak lain kerenahnya. Haziq ni jenis yg tak melawan tapi adakala buat benda2 bodoh dalam diam.

Mulanya sambut birthday kat kampung. Kebetulan balik kampung Gemas. So buatlah sikit potong kek dan makan utk kaum keluarga saja. Then balik KL , pi dinner kat Legend Hotel. Sebenarnya aku dah lama beli voucher dinner, masa MATTA fair hari tu. So aku gunakan utk birthday haziq, tu yg buat danial sedikit jeles tu ....
yg aku geram ni, tak ada kamera. kat kg guna hphone Ijat. Kat hotel guna hphone haziq je.


Sukaneka Lestari





Pertandingan rekacipta -


22 Mei - Lestari buat sukaneka, meriah juga cuma timing sedikit tak kena bila Sabtu ramai yg sekolah. Petangnya ramai org. Bermula ngan pagi acara mewarna dan sukaneka, petangnya pakaian peragam, acara kolam, iron man dll. Pakaian beragam ramai pulak yg masuk mmmm. Apa pun kami kepenatan kerana dah seminggu lewat tidur asyik balut hadiah dan buat persediaan.
Makan tengahari yati , pembentu kedai aku yg masak, boleh tahan juga. dan petangnya zaki masak.

Kira oklah ........

Monday, May 17, 2010

Perjalanan Ke Raub

Sabtu 15 Mac, aku ke Raub dengan abah, ayang, anje, abg Jai dan Kak Nor. Dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki ke kampung halaman arwah abah. Last sekali beberapa tahun lepas masa cucu buah aku kawin. Hehehehehe cucu buah, nak wat cam mana dah pangkatnya cam tu.

kak chah buat kenduri arwah abg dollah. Ramai sedara mara yang hadir, abg wahab dan anaknya, keluarga abg dolah dan lain2. Ada juga pangkat2 anak sedara, cucu sedara yang baru aku kenal. Lama juga dari kul 11 pagi sampai sana hingga kul 6 petang. Abg Nan sampai dari Pekan jam 1.30 pm dengan mak, kak mi dan 2 anaknya.

Aku bawa anak2 aku ke Sekolah Kebg Mohd Jabar. Sekolah ini mengambil nama arwah datuk aku. zuraini bt ahmad bin mohd jabar. Terlalu banyak sejarah di Raub dan sejarah asal keturunan dan susur galur keluarga yang aku kurang tahu. Kena cari buku - Sejarah Raub, yg ditulis oleh salah sorang kaum kerabat unruk aku mencari asal usul keturunan. Tapi aku tahu kami dari Tanah Tinggi Sumatera dan dikatakan banyak peralatan kebesaran yang disimpan oleh anak Cu Nab yang di Melaka.

Masa di Raub aku nak gelak pun ada, ya lah yg tua2 dr aku panggil aku Tok Su hahahaha. Mana taknya dah aku dan neneknya sepupu. Kiranya aku cucu Mohd Jabar yang paling bongsu. Abah dapat anak lewat, dah mencecah 50 thn baru dapat anak sulung, diwaktu sedara2nya dah bercucu. Bila Ana panggil Abg Hamid , pak cik, semua ketawa besar .... sebab dia patut panggil abg walaupun Abg Hamid dah 60 thn. Aku pulak, aku akan panggil mengikut usia, walaupun pangkat anak buah aku tetap panggil Abg/Kakak. Yalah takkan aku nak panggil org yg umur 60 thn tu dengan panggilan nama semata2 aku pangkat mak sedara ......

Seronok balik sana sebenarnya, sempat juga melawat tanah abah. Abah sendiri sebenarnya tak tahu yg datok membeli dan menamakan tanah tu dengan nama abah. Dan sekarang kami yang akan mewarisinya , cuma agak complicated sebab geran besar belum dipecah dan semua nama yg ada di situ dah menginggal. Tanah abah adalah yg paling besar dan sekarang nampaknya abg nan kena usaha uruskan perkara ini.

Aku sebenarnya rindukan mereka-mereka yang telah tiada .......

Wednesday, May 5, 2010

Artritis

4 Mei - aku ke klinik Baharom lagi. Actually dah hampir sebulan aku punya date appoiment lari. My result - masih ada kuman RA tapi bacaannya turun 1/2, menjadikan 200. So sambung injection dan ubat2 + injection utk hepititis B. Asid urid dah back to normal, maknanya boleh ler aku makan paru goreng lagi hehehehe .... so lepas ni ada 3 siri injection lagi, Ya Allahhhhhhh letihnya aku makan ubat.

Aku sebenarnya tension ni, camera hilang. Balik dr Pekan sampai lah aku cari camera tak jumpa. Sekor makhluk dalam rumah tu pun tak ngaku bg hilang. Miki pun jawab tak tahu, wal hal dia semedang je ada dalam rumah, tak leh harap betui. Shiro, Putri itam dan bobby junior apatah lagi, semuanya tak tahu. tahu makan dan tidur ja .......