Saturday, April 25, 2009

mak ...

Hari ni mak mcm seminggu 2 ni, keluar sekejap dr bilik cuma makan sesuap 2, then duduk depan keja, pas tu masuk tidur. keluar pi toilet saja. bnyk tidur. keadaan mak nampak agak lemah. smlm depan, aku dah belikan ubat demam. hari ni dah baik demam tapi masih lemah.
aku msg abg2 dan kakak dan ita. abg nan nak mai esok pg. abg jai esok ptg. ya lah tak kan aku tak bg tau pulak. nanti apa depa ckp.
cuma mak nampak pelek sikit lately .....

Thursday, April 16, 2009

My PTK

10 April - 17 April 2009 - memang aku tak boleh lupa. seminggu penuh tension, rasa cam nak lari pun ada. nak menjerit pun ada, kadang2 biul kejap. apa lagi kalau bukan mengadap seminggu PTK.
khamis sebelum kursus dah dpt tugasan, kira oklah juga aku pilih it outsourcing. rasanya adak umum dan senang goreng dgn contoh2 di tempat kerja sendiri. jumaat 10 april aku dan kak lee ke holiday villa subang, tumpang keta rozi, depa pi set up cyber cafe. mlm taklimat dah mula stress. public speeking aku dpt tajuk sport management in malaysia dan pengucapan awam dapat semangat kejiranan. alamakkkkkkk bab ni yg den lomah lutut ni...... mlm tu juga cari bahan dr internet. kak lee siap call abg dia yg kerja wartawan, maklumlah wartawan sure bnyk idea. so aku tumpang sekali ler dok minta idea dia juga. esoknya start kerja ... ape ke benda lah nak belajar bab negiotiation, change management dan sebagainya .... org pangkat rendah cam aku nak change management cam mana. cuma konsultan ni memilih lecturer yg cukup berkaliber dlm bidang yg diajar. en andansura rabu(pelek kan nama tu, mulanya ingatkan india, rupanya org nogori), dr lai (yg ni mmg pakar tapi kelakar habis), pn adura (comel lote ajar public speeking), dr latif (agak lembut tapi dia claim dia lelaki sejati hehehe) dan of course yg paling aku respect en nizam (bakal dr nizam dr iim, orgnya cukup cool, cakapnya 1 per satu tapi mak aiiii insaf lah juga apa yg dia cakap, englishnya fuf tahap satu, sampai kan ada yg aku tak paham, terkebil2 ngan kak lee hahahaha). konsultan en fadzil kurang membantu, cuma waktu buat paper saja dia bantu, buat public speeking dan ucapan awam meraban lah sendiri buat ayat.
sabtu, ahad dan isnin ptg ada kelas, selasa ujian. rabu dah PS dan PA, aku mmg hancus habislah, tergagap2, PS cuma 6.5 minit hahahaha mampus. PA sampai masa tapi apa aku meraban aku tak tahulah. nak bg salam pun 2 kali hahahaha. sib baik presentation aku hari jumaat pagi, so masa nak prepare agak banyak. aku confident nak present, bahasa malaysia lah. tapi jgn ingat bm tu senang, kalau dah 99.95 % mesti bm apa cite. sebab dah besa ckp campur bm bi. so nak present puas nak translate ke bm pulak. apa pun aku cukup confident, dan cik razip bg komen yg menyenangkan aku. oooh ya, ptg lepas PA, aku pi main bowling , tu diaaaa 1st time pegang bola bowling, 2 round aku rasa lenguh tangan.
masa sebelum PS dan PA, aku dan kak lee sampai tak lalu makan hahahaha bahananya Allah saja yg tahu. kira2nya keluar bilik buat PS dan PA tu menggeletar ler lutut.
apa pun aku harap tulah 1st and last time aku ptk. dgn kata lain aku doa biarlah dpt 4-4. amin

Wednesday, April 1, 2009

Ahli baru


Qasih Qiasarah Bt Mohd Omar Mokhtar, merupakan anak sulung Omar, cucu sulung Abg Jai dan cicit sulung Tok. Kami pun tumpang sekaki, aku dah jadi Tok Su, alamakkkkkkkk. Ayang Anje dah jadi mak saudara cuma Anje masih belum putuskan nak dipanggil apa. Dia macam tak gemar ngan panggilan mak lang, cam langsuir je katanya.
Gambar adalah waktu Qiasarah datang ke rumah pada 29 Mac. Qiasara lahir pada 5 Feb 2009.
Unitnya qada qadar Allah. Tok lahir 1934, Abg Jai 1959, Omar 1982, Qiasarah 2009.