Tuesday, July 15, 2008

Politik Malaysia !!!!




Politik Malaysia? Menarik? aku boleh katakan haru biru. sesekali terasa gusar hati bila kenangkan bagaimana anak-anak aku nanti berada di bumi Malaysia.


Politik Malaysia? Harapan? apa yang nak diharapkan pada pemimpin-pemimpin yang tahu menambah berat poket masing-masing. Tak ada keiklasan. Aku masih ingat 1 rancangan yang aku tonton berkaitan pemimpin politik dahulu. The late of Tun Sanbathan, bekas Menteri di beberapa kementerian, pencen dengan wang di bank hanya RM500 sahaja. sebuah rumah dan kereta yang biasa. Sekarang?? baru jadi ketua cawangan tengoklah apa yang diperolehi. Baru Ketua Cawangan. Duit adalah segalanya. Yalah, bak kata hubby, duit tu laku, nak buat cam mana. semuanya RMMMMMMM .....


Adakah Malaysia akan diperintah oleh pakatan rakyat. Allah Maha Mengetahui. aku sentiasa berdoa agar negara ini akan ditadbir oleh orang-orang yang beriman dan berilmu. Tapikan firasat aku - Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia. Sokongan tidak berbelah bagi dari majoriti rakyat. TETAPI akan tiba satu masa kebangkitan semula UMNO/BN bilamana pemimpin-pemimpin yang ada sekarang bertukar ke pemimpin generasi baru yang perjuangannya adalah untuk agama, bangsa dan negara. bilamana pemimpin Melayu/UMNO baru akan tersedar kesilapan pemimpin2 yg dah di peringkat hampir-hampir .... ni dan membetulkan jalan sebagaimana zaman Tuanku dahulu dan rakyat makin terbeliak mata bilamana Melayu terpinggir.


mmmm me..layu terpinggir .... teringat aku pada budak2 interviewer bawah hubby masa hubby kerja ngan Market Consultant dulu yang majoritinya Cina. Pandai-pandai budak2 tu, ada harapan dapat A yang bnyk tapi dia org pernah cakap .... kami ni bangsa Cina susah nak sambg belajar, nak masuk U ada quota. Mentara tunggu SPM kena kerja to make sure dapat sambg study. nak dapat loan mmmm masa tu tak ada PTPTN. Budak me..layu senang, dapat 1 @ 2 A pun dah boleh berangan masuk U. Masa tu aku pandang budak2 tu dengan hati yang sayu. i wish i have lots of money, so aku boleh bantu mereka. kalaulah budak me..layu cam tu, kena bersaing, kena kerja cari duit utk belajar mmmmm dah lama me tu hilang, tinggal layu saja.


Thursday, July 10, 2008

Apa Yang Menarik







Hari ni bawa Ayang jumpa Dentist, 2 gigi depan dah tanggal. gigi pertama yang dicabut. sama pulak dengan Miki. sure tak ramai yang tahu kucing pun akan menyalin gigi sama cam manusia. minggu ni 3 kali gigi Miki tercabut sendiri hehehe ... kelakar ... semua excited tengok mulut Miki. Abu mmmm sapa pulak Abu ni .... sama je meow meow .... dah baik demam selsema. so balik kepada peel lama, tau je lah kucing jantan. memang nak kena perembat dok luar.

Anje hari ni tak dibenarkan ikut bawa Ayang jumpa Dentist. Sat lagi dia meraung lagi kat luar bilik doktor bila tengok doktor periksa gigi Ayang. agaknya dia ngeri tengok suasana bilik doktor tu. dia sangat sayangkan Ayang. Abah pun cabut gigi hari ni ... so jangan senyum lebih-lebih.

Haziq dan Danial macam biasa. Lupa pulak nak pesan kat anak teruna tu suruh masak nasi utk malam ni .... seperti biasa kepala ni dok fikir ... apa nak makan malam niiiii. hari-hari fikir apa nak makan.

Assalamualaikum


Assalamualaikum


Semoga perjalanan hidup ini dirahmati Allah.