Tuesday, September 2, 2008

SELAMAT BERPUASA

1 September 2008 - berpuasalah seluruh umat Islam di malaysia. Tahun ni nampaknya anje puasa, dah besar anak dara tu. Ayang mmmmm cam liat sikit. tak pe baru 6 thn.

26 Ogos 2008 yg lepas, Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihanraya kecil permatang pauh. dah ku duga ... tapi aku terkilanlah juga sebab aku mengharapkan Wan Azizah naik menjadi PM wanita pertama Malaysia. siapa cakap dia tak boleh jadi PM. Dia cukup berkaliber utk jadi PM. Tapi apa pun kita tengoklah nanti macam mana politik Malaysia. Berdebar-debar juga sebenarnya nak menghadapi peralihan kuasa tapi apalah nak diharapkan pada suku sakat BN yg ada ni. semua tak boleh pakai, membazirkan boreh saja.

Banyak sebenarnya yg berlaku dalam bulan ni. Dato Mirza dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah walhal semua tahu yg mendajalkannya di menteri separuh pompuan kat atas tu. mujurlah nak di rumahnya BPR bkn PTK cam Anwar kena.

23 ogos 2008, Lestari buat Sambutan Hari Merdeka. sah2 ler aku yg penat nak mampus ... tak cukup tidur dibuatnya. bosan gak ngan aktiviti tak masuk $$$$ cam tu. nak dibangkang lebih2 karang bergaduh bosar pulak ......

Tuesday, August 12, 2008

Renovation
















Renovation mencatikkan dapur start pada27 Julai 2008 hingga 5 ogos 2008 walaupun awal perkiraan 4 hari boleh siap. Semua kos RM4460. Tambah grill box bilik belakang, 2 sliding windows, tile kat lantai, dinding dan stove. Beli pengedut asap lagi. Secara rasmi dapur baru digunakan pada 10 Ogos 2008, maklumlah dapur baru tak reti pasang, kena tunggu abah yang pasang.
Puas hati lah juga, masak pun dah tak berbau rumah, masalahnya orang lain yang bersin dek bau tumisan sambal. Cam pentingkan diri sendiri pulak rasanya. Onn kontrator tu bagi percuma papan lapis hehehehe yg terpakai utk aku letak barang2. Orang soh pasang pengadang aluminium tinggi, dibuat rendah, suka hati je cina ni. Teringat ayat porpolar dia - nanti 2 laki datang, 1 kali pasang kasi siap. tapi hakikatnya berkali2 datang, berkali2 pasang tak siap2.
Apa pun aku puas hati ............





Tuesday, July 15, 2008

Politik Malaysia !!!!




Politik Malaysia? Menarik? aku boleh katakan haru biru. sesekali terasa gusar hati bila kenangkan bagaimana anak-anak aku nanti berada di bumi Malaysia.


Politik Malaysia? Harapan? apa yang nak diharapkan pada pemimpin-pemimpin yang tahu menambah berat poket masing-masing. Tak ada keiklasan. Aku masih ingat 1 rancangan yang aku tonton berkaitan pemimpin politik dahulu. The late of Tun Sanbathan, bekas Menteri di beberapa kementerian, pencen dengan wang di bank hanya RM500 sahaja. sebuah rumah dan kereta yang biasa. Sekarang?? baru jadi ketua cawangan tengoklah apa yang diperolehi. Baru Ketua Cawangan. Duit adalah segalanya. Yalah, bak kata hubby, duit tu laku, nak buat cam mana. semuanya RMMMMMMM .....


Adakah Malaysia akan diperintah oleh pakatan rakyat. Allah Maha Mengetahui. aku sentiasa berdoa agar negara ini akan ditadbir oleh orang-orang yang beriman dan berilmu. Tapikan firasat aku - Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia. Sokongan tidak berbelah bagi dari majoriti rakyat. TETAPI akan tiba satu masa kebangkitan semula UMNO/BN bilamana pemimpin-pemimpin yang ada sekarang bertukar ke pemimpin generasi baru yang perjuangannya adalah untuk agama, bangsa dan negara. bilamana pemimpin Melayu/UMNO baru akan tersedar kesilapan pemimpin2 yg dah di peringkat hampir-hampir .... ni dan membetulkan jalan sebagaimana zaman Tuanku dahulu dan rakyat makin terbeliak mata bilamana Melayu terpinggir.


mmmm me..layu terpinggir .... teringat aku pada budak2 interviewer bawah hubby masa hubby kerja ngan Market Consultant dulu yang majoritinya Cina. Pandai-pandai budak2 tu, ada harapan dapat A yang bnyk tapi dia org pernah cakap .... kami ni bangsa Cina susah nak sambg belajar, nak masuk U ada quota. Mentara tunggu SPM kena kerja to make sure dapat sambg study. nak dapat loan mmmm masa tu tak ada PTPTN. Budak me..layu senang, dapat 1 @ 2 A pun dah boleh berangan masuk U. Masa tu aku pandang budak2 tu dengan hati yang sayu. i wish i have lots of money, so aku boleh bantu mereka. kalaulah budak me..layu cam tu, kena bersaing, kena kerja cari duit utk belajar mmmmm dah lama me tu hilang, tinggal layu saja.


Thursday, July 10, 2008

Apa Yang Menarik







Hari ni bawa Ayang jumpa Dentist, 2 gigi depan dah tanggal. gigi pertama yang dicabut. sama pulak dengan Miki. sure tak ramai yang tahu kucing pun akan menyalin gigi sama cam manusia. minggu ni 3 kali gigi Miki tercabut sendiri hehehe ... kelakar ... semua excited tengok mulut Miki. Abu mmmm sapa pulak Abu ni .... sama je meow meow .... dah baik demam selsema. so balik kepada peel lama, tau je lah kucing jantan. memang nak kena perembat dok luar.

Anje hari ni tak dibenarkan ikut bawa Ayang jumpa Dentist. Sat lagi dia meraung lagi kat luar bilik doktor bila tengok doktor periksa gigi Ayang. agaknya dia ngeri tengok suasana bilik doktor tu. dia sangat sayangkan Ayang. Abah pun cabut gigi hari ni ... so jangan senyum lebih-lebih.

Haziq dan Danial macam biasa. Lupa pulak nak pesan kat anak teruna tu suruh masak nasi utk malam ni .... seperti biasa kepala ni dok fikir ... apa nak makan malam niiiii. hari-hari fikir apa nak makan.

Assalamualaikum


Assalamualaikum


Semoga perjalanan hidup ini dirahmati Allah.