Wednesday, January 15, 2014

Tahun Baru ....

Selamat Tahun 2014 ... Setahun umur bertambah, setahun lagi baki umur berkurang ... So balance umur mmg kita tahu, cuma doa aku setiap hari biarlah baki yang ada dipenuhi dengan perkara2 yg baik, amal ibadat dan kesihatan yang baik.

Meninggalkan tahun 2013 dengan segala cerita, Think Positive and move forward ......

Disember 2013 - Alhamdullilah sahabat baik sejak zaman sekolah, Azie dah selamat diijabkabul dengan sesama rakan sekolah kami dulu, janda bertemu teruna.  mmmm 2 kali hang dapat anak teruna ye .... apa pun i'm very happy for her.  Semoga bahagia hingga ke Jannah.
Azie dan Zol di hari akad nikah
Disember juga membawa khabar duka bila kami dimaklumkan salah seorang sahabat sekelas, Anas, telah kembali ke rahmatullah secara tiba2.  Ajal maut mmg tiada siapa yang tahu, macam aku cakap, baki umur yg tinggal dah berkurangan setiap hari.  Anas adalah sabahat sekelas semasa si SMTeknik AS yang ke 3 meninggal dunia.  Bermula dengan Nik Mohd Rozi yg meninggal semasa masih belajar di UTM, Melati yang baru 3 tahun dijemput Ilahi dan kini Anas.  AlFatihah untuk semua sahabat, semoga dalam lindungan Allah di sana.

Ok move on ... penjualan rumah di Cheras dah masuk fasa terakhir, walaupun dah setahun laywer buat kerja tak habis2 sampai dah hilang sabar.  Dah tak boleh nak bercakap lg ngan org pejabat peguam, biar abah ja yg settle sebab kalau aku call mmg menambah dosa ja dgn kemarahan aku.  Tak pernah dibuat org, proses jual rumah ambik masa setahun lebih.  Sabar ... sabar .... ada hikmahnya ni.  Setiap yang berlaku ada hikmahnya, bertawakal dan berdoa semoga Allah memberi yang terbaik.

Danial masih menunggu SPM, dah kerja sebagai kitchen helper di Windmill Western Restaurant, Nilai.  Balik tengah malam, esok kerja lagi.  Kadang2 balik kerja dah dekat kul 1 pagi, esoknya masuk kerja jam 10 pagi.  Dunia dia di dapur restoren tu ja.  Apa pun nampak dia happy dan bersemangat. 
Haziq pulak masih praktikal di Bangi, dah sama ja ngan org kerja, ada kala sampai tengah malam kena kerja, terutama kalau kena kerja luar.  Kerja pulak 6 hari seminggu, So on weekend mmg dia akan lepak saja kat rumah, tidur, main game, tengok movie ... makan ... mulalah setiap Ahad minta nak makan itu ini.

"Like mother like daughter"
Anak dara berdua tu dah berspek mata pulak ... mmmm melayang lagi $$$ mama, baru ingat nak tukar spek baru, kena beli utk dia org pulak ... tapi aku ingat pesan sorang kawan.  Nak beli spek mata jangan beli di kedai2 besar macam England Optical @ Focus Point atau segala kedai kat shopping complex tapi cari kedai biasa2 kat area deretan kedai2 biasa.  So mula aku target nak cari kat Pekan Nilai lama tapi teringat ada kedai kat Salak Tinggi, kami pun ke sana.  Mmg betullah .... aku dah pakai spek 30 tahun, dah masak harga spek, tapi selalu dok beli kat shopping complex ja.  So kali ni aku pi kedai biasa ja, lupa lak nama kedai ni.  Kak Ros dan husband dia dah berbelas thn buka kedai spek, so harga yang dia bg mmg murah.  Spek anak dara tu jenis multi coated, anti silau baru rm150.  Utk dewasa bingkai berjenama+cermin yang boleh gelap waktu panas+semua2 yg special, baru dlm rm800.  Kot kat England Optical garenti rm1,000 ++.

Cabaran utk tahun 2014 .... mestilah barang mahal.  Kalau ada rm100 dlm purse jangan berangan nak pi Giant.  Beli ja lah apa yg perlu saja.  Semua kena bersukat dan mesti ada kira2nya ...  Sabarlah wahai hati ... mana tau kot ada harta karun turun dari langit, boleh aku beli tanah luas buat tanam kangkung hahahahaha