Friday, December 6, 2013

Akukah yang penakut ....

Dah lama tak jengok ke blog ni.  Kekangan masa dengan kerja yang bertimpa2.
Sangat penat dan sangat tension.  Mula semalam boleh tarik nafas lega sikit ....

Terlibat dalam pengendalian hal2 teknikal, peralatan komputer, presentation ... bukanlah 1 kerja baru untuk team kami tapi masalah komunikasi dengan main secretariat atau mungkin arahan2 dari atasan di saat2 akhir dan bertukar2 yang buatkan kami stress.  Stress tak stress kerja kena buat juga.

Aku ni agaknya masuk kategori lemah semangat @ penakut .... errr rasanya lebih pada penakut.
Masa konferen bermula Sabtu lepas, team kami dpt bilik di hotel nearby office, konferen tu pun buat kat hotel berkenaan sampai jumaat.  So my boss pun dpt juga 1 bilik tapi dia tak nak dok situ, maka yg lelaki ambik bilik bos, yg pompuan masuk bilik yg dikhaskan utk team kami.  Mmg beruntung sbb hotel penuh, so kami dpt suite yg besar.  Sabtu, aku dan raiza checkin. biliknya agak suram tapi bila berdua, lena diulit mimpi lah juga.  aku dok semalam je utk make sure semua siap, isnin aku berulang mcm biasa.  raiza stay kat bilik tu smp mlm khamis. Bilik book until friday, so aku ambik semalam nak bawa ayang & anje, since today ada aktiviti Kids Fun Reading yg dianjurkan oleh Puspanita kat office.  Smlm aku bawa 2 anak dara tu, tidur kat hotel.

Seperti biasa, si anje mmg suka bergambar, sana sini snap.  Oh ya, bilik tu mmg besar, ada 3 tv.  Tapi ruang sofa dekat pintu masuk mmg aku rasa tak selesa.  tak tau kenapa tapi aku x suka dok situ.  Dlm kul 10 aku pun dah lelap, 2 anak dara ni kelam kabut kejutkan aku.  tunjukkan gambar yg diambil. Aku perasan sesuatu tapi aku cakap 'alah cermin ja tu'.  Bdk2 nampak ketakutan, aku pun sama sebenarnya tapi buat2 berani.   Nak masuk toilet pun, 3-3 masuk sekali hihihihi.  Tapi sebelum tidur aku soh budak2 baca apa yg sepatutnya dibaca dan aku azan 3 kali.  So lena lah juga.  sblm subuh bila terjaga baru aku tengok betul2 gambar yg anje cakap tu.

Baru aku teringat raiza tunjuk pahanya yg lebam pada mlm sebelum kami masuk bilik tu.  mmmm
harap2 yang digambar ni hanyalah bayang2 sesuatu saja.  bab2 ni aku mmg penakut sebenarnya ... teringat di guangzhou, smp lari mlm .....


Ni gambar asal Anje, dia ckp ada 'benda' di sebalik langsir (belakang cermin agaknya).
Ini gambar yang telah di zoom.