Friday, July 19, 2013

Apa kena Tomok ???




Apa kena tomok sejak 2 menjak ni .... makin garang.  sebelum tomok adalah kucing paling manja.  Buatlah apa pun, tomok diam ja.  cium sampai dia sesak nafas pun dia diam. tapi semalam mmmmm berlubang tangan aku.  Tomok dah mula ambik alih tempat miki agaknya, jadi ketua.

Masa tomok dgn garang nak bergaduh ngan panjang (kucing jiran sebelah), aku tepis badan tomok, akibatnya kenalah cakaran berbisa dr tomok aaarrrgggggg. terduduk kejap, nampak sikit tapi bisanya .... nak meleleh air mata. tak pernah2 tomok macam tu.  selalunya tomok cool ...

kali ni tak pi klinik, selalu kalau kena cakar kucing aku akan ambik injection dr klinik.  ni aku letak gel gamat je, nak hilangkan bengkak yg keras keliling luka tu, aku sembur je  liniment oil gamatmas. mmmm tahan ja lah pedihnya tapi alhamdullilah minyak ni menghilangkan bengkak dgn cepat dan menutup luka.

tomok .. tomok .... apa masalah agaknya tomok ni ....

setiap kali org sibuk berbuka puasa, masa tu lah tomok sibuk nak join sekali ...

Friday, July 12, 2013

Mana Miki ......

Sehari selepas aku ke Tioman, Miki tak balik.  Kata anak2 last sekali nampak Miki hari Isnin, Selasa dah tak nampak sampai sekarang.
Kami cari kat area taman perumahan ni, tapi tetap tak jumpa.  Walaupun Miki jantan tapi Miki dah di kasi, so dia mmg tak akan merayau cari mak we. Pernah jugalah Miki tak balik 2 hari, tapi kemudian dia tetap balik.  Ni dah lebih 2 minggu ... rindu sgt2 ngan Miki.
Rasanya umur Miki dah 6 tahun. Tapi sebelum Miki hilang, tak nampak tanda2 Miki sakit.
Matikah dia ... aku pernah sampai termimpi jumpa Miki dalam keadaan cedera.  Abah pula mimpi Miki jumpa Miki mati dlm longkang.

Miki adalah kucing kesayangan kami semua terutama arwah mak.  Dulu tempat lepak Miki adalah di atas katil mak.  Sampaikan budak2 ni selalu ckp, bau miki dah macam bau tok.
Selepas mak meninggal, nampak sgt Miki stress, dia tak ceria mcm selalu, makan pun tak. Bilik mak, bila aku dah kemaskan dan jadi bilik Amok dan Haziq, miki dah tak lepak situ lagi. Mungkin tak sama suasana bilik budak2 tu dan bilik mak.

Mana miki .... balik lah miki ... rindu sgt ngan miki .....


Thursday, July 11, 2013

Berkursus ke Tioman

Lama sungguh tak berkursus keluar dari opis, so bila ada tawaran Teambuilding, mmg aku tak lepas lah ...
23 Jun naik bas mlm ke Tioman, smp jeti Mersing jam 3.30 pg mmmm laju gak basnya. Dlm kul 9 lebih smp ke Pulau.  Kali ke-2 menjejakkan kaki ke Tioman, suasana nampak tak bnyk berubah, selepas 10 thn yg lalu aku ke sana ngan family, masa tu si Ayang baru beberapa bulan.
Kursusnya mmm oklah, penat sbb kelas siang malam.  Bnyk aktiviti luar yg agak mencabar untuk org yg berusia macam aku ni.
Produk update, aku join group gi snokling ......... snokling? untuk org yg takut ngan air macam aku?
walaupun bertemankan cikgu snokling yg handsome, yg ajar geng2 tak reti mcm aku ni, sampai sudah aku tetap takut nak turun ke air dalam.
Fatimah, member yg ikut sekali, siap ajar aku 1 by 1 kat tepi pantai, itupun aku dah rasa nak tenggelam wpun air paras pinggang ja.  So bila sampai kat laut yg dlm, mmmm aku dok atas bot ja lah, turun ja sikit kat tangga, tenggelamkan muka ..... sumpah aku mmg fobia air dalam dan bnyk mcm tu.  bkn ikan cantik yg dalam kepala tapi dasar laut dalam yg aku kenang2kan.
Masa kat marine park, aku cuma dok tepi tangga jeti yg bawah sekali dan tenggelamkan kepala hahahaha smp budak2 tu ckp, 'kakzu, baik selam kepala dlm baldi ja' ... hampeh betui .... anyway aku sebenarnya nak naik bot laju tu ja ....
Masa ni cuaca Malaysia berjerebu.  abah membebal ja aku nak ke tioman sbb mmg Johor teruk jerebu.  KL/Putrajaya/Sepang pun dah mula teruk.  tapi aku nak pi juga, yalah nama dah naik ... tak pergi nanti sure kena surcharge.  tapi alhamdullilah, kat Tioman cuaca sgt cantik, bersih.  walaupun minggu sebelumnya tioman antara yg teruk kena jerebu.
27 Jun, balik KL.  Sempat bercakap ngan org unit training, no more Damai Beach Rst for training next time.  dan dia org pun mmg tak akan htr org ke resort tu lagi.  Sebabnya ... service sgt teruk, makan pun bercatu. Bilik pun teruk, lubang sana sini.  tempat kursus yg teruk ngan bilik air di luar, tepi jalan lak tu .... kalau pi sana utk jalan2 oklah ... 
mmm bila pulak nama nak naik utk training ?????



Gabungan bentuk - kulpulan kami buat kepala gajah, dah cantum2, jadi jugalah rupa gajah ....



Dalam Mahligai Pasir Berdengung, bersama tenaga pengajar mmmm budak2 semua, level anak2 buah ja

My roommate - Liza, staff Admin

Damai yang tak berapa damai ... hentam ja lah

(Joe Wings) Kebetulan jumpa kumpulan Wings di Damai Rst - rupanya dia org ni geng diving .... ingat rockers tau naik motor besaq ja ...