Saturday, March 23, 2013

Abg Nan

Rambut sama hitam, hati lain2 .... kata orang tua2 tapi sangat aku tak paham bila ada yang hati penuh hasat dengki dan berusaha membinasakan orang lain ....
Kadang terfikir ... kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?

Abang nan sakit ni sebenarnya dah kali ke 2, mengalami masalah yg sama tetapi kali ni lebih teruk.  Pakar kulit, tulang, darah, saraf dah analyst, dan buat macam2 scan tapi resultnya sama ... tak ada masalah.  Akhirnya doktor cakap kuman dalam daging ... sebab betisnya membengkak teruk, mengalahkan org kencing manis tapi dia tak ada kencing manis.  nak pijak lantai pun tak boleh.
terbaring di katil, gerak lebih sikit , penatnya mengalahkan orang lain 100 meter.

Iktiar lain pun diusahakan, menggunakan pengamal perubatan tradisional pula.  Seperti yg diduga ada unsur sihir. Dihantar oleh pesaing ... mmm nak kata pesaing pun tak juga sbb lain2 item g diusahakan.  Guna bomoh org asli lg.  Aku tanya kak mie, apa ustaz tu buat, kak mie ckp buat air utk minum dan sapu .... bukan nak merendahkan org2 tu tapi gerak hati aku dia org bukan lawan bomoh org asli tu.

Abg nan dibenarkan balik wpun keadaannya sgt lemah.  Complete dos antibiotik yg dia ambik, 2 jenis lak tu fuuuhhhhh .... patut badannya lemah sgt2. Aku mmg x confident ngan ustaz2 berubat tu.  So aku arrangekan supaya abg jai dpt minta tolong ngan cik rahim.  alhamdullilah semuanya berjalan lancar, lepas  hari abg jai dan cik rahim ke pahang berubatkan abg nan.  masa aku call lepas dah berubat, boleh dengar suara abg nan kembali segar.dah boleh berjalan ke toilet.  alhamdullilah semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala ...  

Thursday, March 14, 2013

Cuti2 Malaysia ?

 Tiba2 je tercuti2 Malaysia pulak ....
Alkisahnya Jumaat 8 Mac, kami balik nogori, sebab esoknya ada kenduri kat rumah sedara mara sebelah abah kat Palong.  so sebab dah lama tak bermalam kat kg, kami dan family abg ngah balik kg dan bermalam kat rumah mak. 
Cuma aku, abah, anje dan ayang saja yang balik.  Amok ada tuisyen dan training bola.
Hari Sabtu, lepas kenduri, kami terus ke Kuantan.  Abang Nan dah beberapa hari kat hospital kuantan, di transfer dari hospital Pekan.  Kami sampai dah hampir jam 5.  Kak mie ajak tidur Pekan tapi mmmm jauh la pulak.  Ana pulak blk rumah mertua, so kami decide cari hotel ja lah.  Lagi pun kak mie dan hafiz tidur kat hospital.

Alang2 dah sampai Kuantan, budak2 nak cari hotel kat tepi pandai, so kami merayau kat Balok, dah gelap juga waktu tu, ingat nak cari chalet tapi dek cuaca dah gelap, kami tuju hotel yg nampak saja lah.  So kami bermalam kat De Rhu Resort.  ok juga tempatnya.

Mlmnya keluar makan kat tepi pantai, bestnya ... lama betul tak lepak tepi pantai macam ni ... 2 anak dara ni yg paling enjoy.  Esoknya pun pagi2 lepas breakfast, dia org dah tergedik2 nak ke pantai, pas tu mandi kolam pulak, maklumlah sejak pindah sepang tak jumpa kolam, kalau tak hari2 terjun kolam  .... mmm ni melawat org sakit ke @ nak bercuti ....

Lepas check out, gi makan kat Tg Lumpur, then terus ke hospital semula.  Dalam kul 4 kami bergerak balik Sepang.  Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.

Sampai rumah, ada sikit yg berbeza.  ada kesan tanah terbakar, dapur aku kemas tapi susun atur barang berubah2.  mmg amok ada cakap yg kawannya tidur kat rumah.  Lepas aku soal2 amok, baru dia cakap, rupanya mlm semalam depa dok berkumpul buat bbq.  bertuah punya budak.  12 org kawan2 dia dok berkumpul kat rumah sambil makan2, bakar ayam.  sakan betul anak bujang sorang ni.