Tuesday, July 14, 2009

Shiro, Rumah Kampung Yang Baru dan Pertandingan Mewarna Ayang dan Anje




Shiro, anak baru aku dah besar, nakal, aktif. Berlari kesana ke mari. Dah kamceng dgn Miki dan Bobby. Mlm2 terselit tidur celah2 org. Pandai juga aku besarkan baby kucing .....




4 Julai 2009 - kenduri arwah dan doa selamat rumah baru di kampung. Sederhana tapi cukup selesa. Kalau dari dulu rumah tu dibuat cam tu kan bagus. teringat pada arwah ibu mertua. Mesti suka dia kalau dia masih ada. Yg balik kenduri family aku, abg ngah, kak tih, uda dan encik. Ina tak balik sebab masalah ngan kak tih, pak cu tak balik sebab masalah ngan abg ngah, ram datang kejap, tu pun sbb abah depa dah sound. cam mana nak dtg bini dia dah istihar perang ngan kak tih, abg ngah dan encik. bangang betul lah. tak boleh ke diamkan mulut dan jauh dari masalah. bercakar je. aku call juga makcu tapi yg jawab pakcu. katanya dia kat luar, tel line baru kat rumah dia tak ingat number. tapi suaranya idak ler semesra dulu. setelah dia pun bertegang leher ngan abah depa raya lepas. tapi mmmm apa kena mengena ngan aku. tak ada duit cari aku, air kena potong cari aku dulu. rasanya thn lepas je, cecah jugalah duit aku rm800 lebur utk masalah2 dia org. bukan nak mengunkit tapi dah rasa malaslah nak berbaik ngan org. boleh pulak buat acuh tak acuh ngan kita. sabar je lah ... apa pun kenduri selamat. makan semestinya best, masak lemak baung. dan yg bestnya ruang belakang rumah yg dulu jarang sekali dijejak dah bersih dan budak2 bermain di situ. Makcik2 jiran se blok yg dtg dah nampak uzurnya. yalah aku pun dah hampir 40 .....





12 Julai 2009 - Anje sibuk nak masuk pertandingan mewarna anjuran Pasaraya Pak Aji. Pergi juga lah, karang meraung pulak budak sekor ni. Yan dan 2 anak pun ikut. Anje dpt tempat ke 4. oklah dari tak ada langsung.