Sunday, February 22, 2009

Gambar-gambar menarik

Gambar bulan lepas, kelas memasak di office hehehehe. kak lee buat kek batik, yg lain tukang potong dan makan termasuklah aku. org masak mmg sedap.
keletihan .... miki tidur ternganga ....

Aku paling suka lepak dalam bilik Haziq dan Danial, sampaikan bilik dia org pun dah bau hancing jeee.





Miki dan Bobby bersantai kat luat, mana lagi dia org nak pergi ...



Baby Baru


Semalam masa aku dok landinggg nak zzzz, Ayang and the geng serbu masuk bilik. Ditangan Ayang ada anak kucing, baru lahir. Mata belum buka dan tali pusat masih ada. Terkejut aku. Budak2 ni cakap dia org jumpa kucing tu dalam bilik saluran air. Ada 4 ekor tapi yang lain dah keras, mati lah tu. Sekor je yg hidup. Badan dia pun dah agak sejuk, agaknya tak minum susu dan dok atas lantai saja. Aku buatkan susu dan suap dia, mencabar betul nak jaga baby kucing, bukan cam baby org.

Kalau panjang umur hiduplah dia. Bila terasa lapar dia ngiau2, siannya. Aku pun bagi dia susu. Yan datang prg semalam, so dia dah janji, masa aku pi Langkawi minggu depan dia akan ambik alih tugas jaga kucing tu. Itu pun kalau kucing tu survive. Miki dan Bobby nampak tak mesra alam langsung ngan kucing baru tu. Tapi kucing tu lah peelnya.


Ayang dan anje masuk Seni Silat Setiabakti, sama ngan Danial. Farah dan Izati pun join. So tugas baru aku, setiap Ahad dr kul 8 - 10 aku akan berada di sekolah temankan budak2 tu. Anak dara kena belajar sei pertahan diri. Mama depa dulu pernah belajar silat gayung kejap, then tae kwan do. Dulu setakat nak nak dusyum orang, no hal. Tapi la ni hehehehe dah berat badan, lupa dah semuanya .....

Friday, February 20, 2009

Apa cite seminggu 2 ni

patah dan petua :-
Masa ke Sentul hari tu, Danial dah seliuh tangan, kira pergelangan tangan dah renggang sikit. So lepas dpt nasihat dan ubat doktor aku bawa jumpa bibik tkt 7 yg pandai ngurut. Yg aku nak kongsi adalah petuanya. Lepas urut bibik tu soh aku balutkan tangan Danial dgn campuran cekur + halia bara + Biji pala + kunyit + beras rendam + samsu cina = tumbuk semua dan tampal pada bahagian patah sebelum balut. tapi aku cuma ada cekur, halia dan beras saja. Lgipun mana pula nak cari samsu cina, nak pi cari pun malu, tak pasal2 org ingat nak diminum. So apa yg ada aku taram sajalah. Pantang patah ialah tak boleh makan pedas.

Server ooooo server :-
kadang2 mmg aku tension tul jaga data centre ni. Nampak kerjanya mudah tapi risikonya makkkk aiiiiii. Ahad lepas aku OT sebab kena monitor org Microsoft uruskan hal Exchange. tengah buat tiba2 semua connection out, rupanya rack server tu yg out. ups rack yg out owwwhhhh tension aku. terpaksalah uruskan perpindahan kabel2. Dah ler panas kat opis, panas otak aku juga. Lusanya aircond buat hal, panggil Microcad tukar part lagi. Hari ni tension lg bila 1 lg rack buat hal pulakkkkkk. ke hulu ke hilir ngan tension, bila dah settle sikit aku pun ter zzzzzz rasa cam penatnya.

Tuesday, February 10, 2009

Back To Sentul

Ahad, 8 Feb, Kak Sarah invited us for his son wedding. Dah lama tak jejak Sentul. Tengok rumah lama, pokok belimbing masih ada tapi depa2 kat situ ckp pokok tu merajuk sejak tuannya pindah. berbuah tak selebat dulu.
Memang hasrat hati nak singgah rumah Kak Normah, baby sitter Haziq, Danial dan Anje dulu. Tapi kat kenduri dah jumpa dia org, ada sekali Pak Long, abg kak Normah. Aku tanya Ros, anak Kak Normah, mana anak2, dengan senang hati dia cakap dia cakap ada kat abah depa dan dia dah bujang kembali hehehehehe. So lepas makan, kami pun singgah rumah Kak Normah, banyak cerita hal anak2 dia. Ros dah 7 bulan berpisah gara2 ipar dia. Dah lama juga dengar cite ipar Ros, agaknya suka betul hati dia bila Ros bercerai.
Tak pe lah, dalam dunia ni ramai pompuan yg boleh hidup sendiri. Cuma ralat jugalah aku sebab dah lama tak contact Kak Normah, dia nampak uzur dgn sakit kencing manisnya. Mata dah rabun dan akan operate tak lama lagi. macam mak operate dulu. Lepas ni aku akan kerap contact dia. Dia orang yg sangat baik, jaga anak2 aku tak berkira langsung. Dulu kalau aku outstation, siang malam budak2 tu dok rumah Kak Normah. Cuma dia tak dapat jaga Ayang saja sebab dia ada cucu masa tu.
Taman Dato' Senu sesak lebih teruk dari dulu, sib baik aku tak beli rumah kat sana. Aku jumpa Waris, member serumah abah depa dulu. dah besar anak2nya. Semuanya sama cuma makin tua hehehehehe .....

Friday, February 6, 2009

Lawatan Kerja Ke Penang





Lama betoi tak pi rombongan. Sesekali dapat pi rombongan ngan kawan2 syok juga. 4 February rombongan BTM (aku, mila, kak kiah, abg din, ida, jun, az, rozi, anwar, faizal daud, nana dan izuddin) ke Penang. Agenda pertama lawatan ke Dell. Sangat menarik.
Flight kul 7.35 am, so kul 5.30 aku dah keluar ke Kl Sentral, kul 4 am aku dah bangun. Lawatan pulak pack sehari dari kul 9 am - 5pm. Penatnya. Pergi kilang Dell, menarik , 1st time tengok org kerja kilang. Insaf betoi depa kerja tak henti2, berdiri pulak tu. Patut ler aku makin kembang hehehehe duduk memanjang.
Mlm, pejabat Penang belanja kat Holiday Inn Batu Feringi, makanan India Utara. Fuuuhhhh terangkat. Balik dr sana, depa2 nak makan sup Hamed pulak. Idak ler sedap sgt. Malam tidur lambat juga, panjang lak sembang ngan kak kiah. Kul 1 baru tidur.
Pagi dah bangun, kul 8.30 am dah keluar, beli jeruk then ke Pejabat TM Penang, apa lg banyak betoi masalah yg kena selesaikan. Kul 12 baru beredar ke Peranakan Masion, Muzium, pekena cendoi Penang dan mee sotong kat Padang Kota Lama. Flight kul 3.30 cancel, so kami ambik next flight kul 5.20pm. Sampai KL dah malam, penatnyeeeeeee. Anyway enjoyyyyyyy .... cuma tak sempat jumpa Mak Wan. sempat telefon saja.